"Ya, Puan Sri." Mak Tam sudah berdiri di tepi Puan Sri.
Sudu di tangan diletak semula di dalam mangkuk. Wajah Mak Tam dipandang lama.
"Bukan awak yang masak kan?" Pertanyaan Puan Sri membuatkan Mak Tam rasa amat bodoh sangat. Kenapalah dari tadi dia tak sedar semua ni. Sudah tentulah Puan Sri dapat bezakan masakannya dengan orang lain. Mana mungkin dia lupa. Dah berapa lama dia rasa air tangan Mak Tam pun.
"Bukan Puan Sri." Mak Tam sedang sibuk fikir nak jawab apa kalau ditanya lagi.
"Kalau bukan Tam yang masak, siapa pulak yang masak? Jangan kata Dewi yang masak pulak." Puan Sri langsung tak tinggikan suaranya. Tapi Mak Tam tahu Puan Sri nak dengar jawapan dengan kadar segera.
"Zana yang masak Puan Sri." Terpaksa juga Mak Tam beritahu perkara sebenar. Otak tak berfungsi pulak kali ini. Tak dapat fikir alasan lain.
"Zana? Siapa pulak Zana ni?" Sedikit berkerut dahi Puan Sri bila dengar nama tersebut. Tak pernah pula dia dengar sebelum ini.
"Kawan Daud." Aduh! Mak Tam dah terlepas cakap. Macam mana boleh nama Daud yang disebut? Itulah Mak Tam. Ikut mulut nak cakap apa aje. Tak fikir panjang.
"Buah hati Daud la tu." Puan Sri buat andaiannya sendiri. Seperti biasa.
Dia kembali hirup sup tadi.
"Sedap. Pandai Zana masak." Mak Tam dah tak tahu nak cakap apa. Dia hanya mampu tersenyum memandang Puan Sri yang khusyuk menghirup sup tadi.
"Kaki tu kenapa Tam?" Puan Sri perasan yang Mak Tam jalan sedikit terhencut-hencut semasa masuk tadi.
"Terseliuh sikit Puan Sri."
"Kena pergi urut tu Tam. Nanti lagi sakit." Memang betul pun apa yang Puan Sri cakapkan tu. Lagi dibiar, lagi sakit nanti. Kalau dah bengkak, mahu lagi sakit kalau kena urut.
"Baik Puan Sri. Kalau takda apa-apa, saya keluar dulu Puan Sri." Mak Tam minta diri untuk keluar. Dia rasa bersalah pula sebut nama Daud tadi.
"Yalah." Mak Tam tak tunggu lama. Dengan kaki yang sedikit sakit, dia melangkah keluar dari bilik tersebut.
Kini hanya Dewi yang menemani Puan Sri di dalam bilik.
.
Zana sedikit hampa. Dari tadi sehingga ke petang dia masih tidak dapat berita gembira.
Mungkin bukan rezeki hari ni. Mungkin esok. Pujuk hati kecil Zana pada diri sendiri.
Zana balik ke rumah bila waktu senja menjelma. Selalunya waktu-waktu begini, emak tirinya sudah ada di rumah. Memang itu yang dia mahukan. Dia mahu elak berdua-duaan sahaja dengan Taufik. Memang rasa tak selesa langsung.
"Kau dah balik pun." Tegur Laila pada anak tirinya itu.
"MakCik." Terkejut Zana. Disangkanya tiada orang di dapur. Niat hendak buka pintu peti ais terbatal bila melihat wajah Laila yang seperti tidak puas hati.
"Kau dah berhenti kerja?" Tanya Laila dengan wajah sedikit bengis.
"Diberhentikan. Tapi Zana tengah cari kerja lain ni."
"Memang kau kena cari kerja. Kalau tak, macam mana kau nak bayar bil semua." Sudah Zana dapat agak itu yang merungsingkan fikiran Laila. Itu yang buat wajahnya nampak garang kali ini. Nampak tak puas hati semua.
"Okey, Zana masih tengah cari. Susah nak dapat kerja sekarang." Zana sedikit mengeluh dan minta simpati pada Laila walaupun hakikatnya dia tahu ibu tirinya tidak pernah ada perasaan tersebut pada dirinya.
"Kau tu memilih sangat." Zana tidak mahu bertelagah dengan Laila. Biarlah apa pun yang dia hendak cakap padanya, dia terima sahaja. Senyuman tawar diukir di bibir sebelum berlalu dari ruang dapur. Tekak yang tadi sedikit dahaga, kini sudah tidak lagi.
Selesai mandi, Zana tidak lupa mengerjakan solat maghrib. Berdoa pada Yang Maha Esa untuk membantunya mendapatkan kerja baru. Duit simpanan pun bukannya banyak tinggal. Lama-lama akan habis juga nanti. Itu yang menambahkan kerisauan di hati Zana.
Dengan masih bertelekung, Zana berbaring di atas tikar sejadah. Tiba-tiba hati rasa sayu saat wajah ibu dan ayah memenuhi ruang fikirannya. Rindu sangat pada mereka. Air mata tidak semena-mena mengalir di pipi.
Rindu tersebut bertandang saat hati Zana dilanda keresahan atau sedih. Dia perlukan seseorang untuk diluahkan perasaannya. Kini hanya Ayu yang sanggup mendengar semua rintihan hatinya. Tapi dia tahu, Ayu sekadar kawan baiknya sahaja. Tak patut rasanya kalau dia acapkali menganggu kehidupan Ayu. Itu sebabnya dia banyak memendam selagi mampu.
"Kalah lagi." Husin, kawan Taufik sedikit mengejeknya sebaik sahaja tamat perlumbaan motor yang mereka sertai.
"Bagi peluang kat kau aje. Tunggulah next race." Taufik tidak mahu mengalah. Hatinya masih sakit dek kalah dengan Husin dalam perlumbaan haram tersebut.
Pedal minyak dipulas berulang kali saat mendengar ketawa si Husin. Habis duitnya dipertaruhkan dalam perlumbaan kali ini. Itu yang buat dia panas hati. Dia memang sudah pasang niat nak menang kali ini. Dengan duit tu, dia nak bawa Zana makan di luar. Dia nak cuba pikat hati Zana.
"Malam ni, aku makan besar lagi. Kau gigit jari ajelah." Husin cuba sakitkan hati Taufik lagi. Rupa-rupanya malam ni, bukan sahaja mereka pertaruhkan wang ringgit tetapi siap dengan perempuan untuk menemani siapa yang menang. Gadis cun entah manalah mereka dapat. Boleh pula tu si gadis akur dan setuju ikut sesiapa sahaja.
Sudah lama juga Taufik tak makan mana-mana perempuan. Memanjang asyik makan asap aje. Duit tak dapat, perempuan pun tak dapat. Balik dengan tangan kosong aje.
Malas Taufik nak layan Husin dan geng yang lain. Dia henjut laju motor meninggalkan tempat tersebut.
P/s: TQ so much pada yg sudi follow HIMD. Tunggu sambungannya lagi okey!.
YOU ARE READING
Hati Ini Milik Dia
RomanceMengisahkan tentang Ruzana, gadis yang berusia 23 tahun yang kematian kedua ibu bapanya terpaksa tinggal bersama ibu dan abang tirinya. Disebabkan Zana hampir diperkosa oleh abang tirinya, dia melarikan diri dan minta untuk menetap di rumah Dato Fa...