Prolog

40.1K 281 6
                                    

Razman terjaga dari tidurnya apabila sinar matahari sudah memancar. Seperti hari-hari sebelumnya, dia hanya tidur beralaskan kotak dan sehelai selimut menutupi tubuhnya dari kedinginan malam. Sudah hampir enam bulan dia menjadi gelandangan.

Semuanya gara-gara ditipu oleh kawan baiknya sendiri yang merupakan rakan seperniagaan. Perniagaannya diisytiharkan muflis kerana menanggung hutang yang banyak. Tidak cukup dengan itu, isterinya juga mengambil keputusan untuk meninggalkannya. Ini membuatkan Razman hampir menjadi gila. Perasaan marah, dendam, sedih bercampur-baur. Dia kehilangan semua kemewahan dan kebahagian yang dikecapi dalam sekelip mata. Dan akhirnya dia menjadi gelandangan di kota besar ini.

Razman berjalan mundar mandir di sekitar 'rumah'nya. Perutnya terasa lapar. Sudah dua hari dia hanya makan sisa makanan di kedai mamak. Matanya memandang kelibat seseorang yang sedang berjalan di laluan pejalan kaki. Seorang wanita yang sedang menjinjing beg plastik. Mungkin baru selesai membeli belah.
Razman berfikir sejenak.

"now or never." Dia berkata perlahan.

Razman nekad. Dia memejamkan matanya. Kemudian, Razman berlari dengan sepenuh tenaga kearah wanita itu. Beg tangan berwarna putih wanita itu menjadi sasarannya. Razman merentap beg tangan dan menolak wanita itu dengan kasar. Kemudian dia berlari meninggalkan wanita yang sudah jatuh terduduk itu. Risau jika perbuatannya dilihat oleh orang ramai.

*kalau korang rasa cerita ni ok, dan mau author teruskan, sila komen dan click vote k..

Kepada yang pernah baca siri Izzah, pasti korang kenal siapa author. So, here i am. Ready for new story.

PsychopathWhere stories live. Discover now