Bab 1

36K 231 15
                                    

Maria merupakan isteri kedua kepada seorang ahli perniagaan terkenal di ibu kota, Dato Ismail. Mereka berkahwin tanpa pengetahuan isteri pertama Dato Ismail. Usia perkahwinan mereka sudah menjangkau dua tahun, namun masih belum dikurniakan cahaya mata.

Maria yang berumur 28 tahun, merupakan bekas pembantu peribadi Dato Ismail. Mereka berdua saling jatuh cinta dan akhirnya mengambil keputusan untuk berkahwin. Oleh kerana ingin merahsiakan hubungan mereka, Maria mengambil keputusan untuk berhenti kerja.

Dato Ismail amat tergoda dengan penampilan Maria yang jauh lebih muda dan bergetah berbanding isteri pertamanya. Maria memiliki tubuh yang amat diidamkan oleh lelaki. Wajahnya tidaklah terlalu cantik, namun memiliki daya penarik dan amat menggoda. Walaupun tidak berpakaian yang seksi, namun sudah cukup untuk melemahkan iman setiap lelaki yang memandangnya. Maria memiliki sepasang payudara yang tidaklah begitu besar, tetapi amat montok. Bekulit putih dan bersih, memang idaman setiap lelaki.

Dato Ismail membelikan sebuah rumah dipinggir bandar untuk Maria. Dia hanya akan bermalam dirumah itu pada setiap hujung minggu, bagi mengelakkan perkahwinan mereka diketahui.

****

Maria menunggu kepulangan suaminya dirumah setelah kembali dari balai polis. Baru siang tadi dia diragut oleh seseorang ketika dalam perjalanan pulang dari membeli belah. Dari luar, terdengar bunyi kereta. Pasti suaminya sudah pulang.

"Sayang...sayang okey tak?" terdengar suara Dato Ismail sejurus masuk kedalam rumah. Riak wajahnya tampak risau setelah mendapat panggilan dari Maria yang mengatakan isterinya diragut.

"Okey... Nasib baik peragut tu tak apa-apakan ayang. Dia ambik barang je." Maria mengadu.

Dato Ismail duduk disebelah Maria. Tangan isterinya dicapai dan diperiksa.

" Dah buat laporan polis? Haih..apa nak jadi la zaman sekarang ni. Banyak sangat kes ragut yang berlaku dekat sini." keluh Dato Ismail. Dia bersyukur kerana isterinya tidak mengalami kecedaran. Cuma tangannya sedikit calar, mungkin akibat ditolak oleh peragut itu.

"Dah tadi. Emm..Abang mesti penat kan? Abang pergi mandi dulu, biar ayang masakkan makan malam."

"Eh tak payah la masak. Sayang kan cedera. Kita makan kat luar je okey?"

"Abanggg..sikit je la. Takda apa yang cedera pon. Dah abang mandi la dulu."

"Hmm yelah. Abang naik atas dulu."

*

" Sayang ingat tak muka peragut tu?" Tanya Dato Ismail ketika mereka menikmati makan malam.

"Hmm. Polis pon tanya soalan yang sama. Tapi, tulah. Ayang tengah panik masa tu. Terkejut. Mana la ayang sempat pandang muka dia." Maria bercerita. Memang dia tidak cam wajah lelaki yang meragutnya siang tadi.

"Berapa banyak yang dia ambik?" Dato Ismail bertanya lagi.

"Rm2000. Tapi beg tu...ayang sayang sangat beg tu." Maria buat muka sedih.

"Takpalah. Benda dah nak jadi. Nanti abang belikan yang lain ya? Macammana dengan credit card, ic semua?"

"Ayang tak bawak pon. Nasib baik lah ic ayang simpan dalam poket baju.." jawab Maria sebelum menyuap makanan.

"Nampaknya abang kena tukar kunci rumah semua sekali. Risau kalau peragut tu pecah masuk rumah ni." Dato Ismail berkata lagi. Wajahnya tampak risau.

"Abang ni. Tak payah la risau. Macamlah peragut tu tau rumah kita." Maria cuba memujuk suaminya. Tidak mahu menyusahkan.

"Ayang pasti ke? Bahaya tau tak?"

" Abang..kalau ya pon peragut tu nak pecah masuk rumah kita, dia kena cuba kunci tu dekat semua rumah yang ada kat KL ni." Maria berseloroh.

"Hmm yelah. Lepas ni kalau ada apa-apa yang mencurigakan, cepat-cepat call polis tau?" Dato Ismail mengikatkan.

Maria hanya tersenyum memandang suaminya. Paranoid sangat.

****

Razman menikmati makan malam yang enak pada malam itu. Tidak lagi mengemis sisa-sisa makanan dikedai mamak. Dia juga tidak menyangka hasil ragutnya itu amat lumayan. Terdapat wang sebanyak dua ribu ringgit didalam beg wanita itu.

'Bukan calang-calang perempuan ni. Bawak cash banyak-banyak macam tu je. Mesti orang kaya.' bisik hatinya.

Sedang dia makan, tangannya sibuk menggeledah beg tangat itu lagi. Manalah tau kalau ada apa-apa lagi yang menguntungkan. Barang kemas mungkin. Namun apa yang ada cuma sejambak kunci, dan sepucuk surat. Razman mengamati surat ditangannnya. Akalnya datang. Dan perlahan-lahan bibirnya mengukir senyuman.

Bersambung...

NOTE:
Masih lagi dalam peringkat awal. Hope pembaca semua teruskan menyokong. Sebarang idea dan pendapat untuk jalan cerita seterusnya, boleh tulis diruangan komen dibawah.

PsychopathWhere stories live. Discover now