KAIST
Keesokan harinya ,
Seperti biasa pelajar-pelajar berjalan di kawasan utama sebelum masuk ke kelas masing-masing bersama pasangan/kawan mereka.
Sementara jihyo masih berjalan sendirian kerana boah belum tiba di Kaist.
Ketika dalam perjalanan , tiba-tiba datang baekhyun dari arah belakang lalu meragut beg sekolah jihyo yang disangkut di bahagian bahu.
" eh!! " hanya perkataan yang terkeluar dari mulut jihyo . Di samping dirinya terkejut dan juga terpaku.
" kalau awak nak beg ni! Kejar lah saya " jerit baekhyun yang sudah melangkah jauh di depan.
" kya! Byun baekhyun! Pulangkan balik beg saya " jihyo terpaksa berkelakuan seperti kanak² yang harus berlari di kawasan u semata-mata untuk dapatkan begnya kembali.
Setelah beberapa minit berlari , jihyo akhirnya kepenatan. Dia mengalah untuk mengejar baekhyun. Lalu duduk di atas bangku yang disediakan.
Dia menyandarkan badannya sambil memegang dada kerana semput berlari.
Tidak lama selepas itu , baekhyun akhirnya memunculkan diri di hadapan jihyo.
" awak penat ke? " soalnya yang tampak sedikit perli. Padahal dirinya juga termengah-mengah.
" awak ni dah kenapa? Haritu dah rosakkan basikal saya , sekarang nak curi beg saya pula? -_-# " jihyo mendongak kepalanya.
" itu lah awak! Selalu fikir negatif je pasal saya " keluh baekhyun.
" dahtu? Kalau macam gini perangai awak , camne saya nak fikir positif? "
Baekhyun kemudiannya duduk di sebelah jihyo. Kerana hakikatnya dia juga penat. Dah la dia yang lari jauh.. Lepas tu dia juga yang patah balik.
" waktu saya sekolah menengah dulu , saya ada kawan yang lebih kurang sama macam awak! Dia jenis yang pendiam. Then dia suka marah² tak tentu pasal " kata baekhyun. Membuatkan jihyo memandang sinis ke arahnya.
" satu hari tu , saya buat benda² yang macam tadi.. Saya kononnya nak curi perhatian dia.. Awalnya memang lah dia tak suka . Tapi lama-lama dia dah mula ok dengan saya! So.. Saya buat lah dekat awak pula! Mungkin awak pun akan berubah juga nanti? " baekhyun menoleh ke tepi.
Jihyo tersenyum pahit. " awak fikir... Semua orang sama ke? Kalau dia suka awak buat macam tu . Buat je lah dekat dia sorang "
" dia dah meninggal " sampuk baekhyun.
Wajah jihyo mula berubah usai mendengar perkataan tersebut. Dirinya juga seakan bersalah kerana berbicara benda yang tak sepatutnya.
" oh erm... Saya tak bermaksud macam tu.. Saya cuma... "
" aniya! Dia dah lama meninggal.. Dia pergi pun sebab nak selamatkan nyawa saya " baekhyun mula menunduk. Tiba-tiba sahaja suasana yang ceria berubah sedih.
" maaf lah , saya tak ada niat nak buat awak sedih " ungkap jihyo yang masih rasa bersalah. Walhal dirinya tidak bersalah sepenuhnya.
YOU ARE READING
IT'S YOU •
De Todoιғ ι'м ever gonna ғall ιn love , ι ĸnow ιт'ѕ gon' вe yoυ - ιт'ѕ alwayѕ yoυ • ●_● - START DATE : 28 SEPTEMBER 2019 END DATE : - STATUS : ON GOING