10 Tahun Yang Lalu..
Pada suatu malam yang sunyi dan sejuk , kira-kira jam 12 malam . Jihyo dan keluarganya tidur dengan nyenyak disambut kipas yang meniup laju ke muka.
Jam semakin bergerak . Tidak terasa sudah tiba pukul 2 pagi. Mereka masih lena dibuai mimpi.
Tiba-tiba , ayah song terhidu sesuatu yang menyakitkan hidung. Mukanya mula berkerut dan lantas tersedar dari tidurnya. Dia tercari-cari di mana punca bau tersebut datang.
Lama kelamaan , bau itu semakin kuat. Dan kali ini , didatangi dengan asap yang sangat memedihkan mata! Fikiran ayah song mula membayangkan sesuatu.
" kebakaran? "
Ayat pertama yang bermain di otaknya. Dia yakin akan peristiwa tersebut. Lalu dia segera mengejutkan jihyo dan isterinya yang sedang lena tidur.
" Jihyo! Sayang! Bangun!! "
Jerit ayah song. Ketika itu , mereka langsung tersedar dan kebatukan akibat terhidu asap yang kuat.
" bawa jihyo keluar sayang! Sekarang! "
Jerit sang ayah yang lebih mementingkan keselamatan isteri dan anaknya. Tanpa membuang masa , mereka berdua segera keluar setelah bersusah payah mengharungi asap dan api yang semakin membara.
Pada waktu kejadian , sudah ada beberapa penduduk yang datang untuk memberi bantuan. Mereka menyimbah beberapa baldi air sambil menunggu kehadiran bomba.
" tolong selamatkan suami saya! Dia masih ada dekat dalam " kata sang isteri kepada penduduk kampung sambil menangis.
" ibu.. Ayah mana? Kenapa dia tak keluar? " soal jihyo dengan perasaan yang panik.
Beberapa minit selepas itu , api sudah pun lenyap disimbahi air bomba. Penduduk kampung juga kebanyakan mula merebah punggung mereka ke atas tanah kerana keletihan.
Ibu song meninggalkan jihyo di pelukan jirannya , lalu dia menyapari si bomba.
" macam mana dengan suami saya? Dia kat mana? " soal sang ibu dengan harapan yang tinggi.
" maaf cik . Suami cik tidak dapat kami selamatkan! Api membara semakin kuat. Sehingga kami tidak menemukan bayangan suami cik "
Wajah ibu song mendadak berubah pucat. Dirinya seakan terpaku dan tidak mampu berkata apa-apa . Kemudian , datang jihyo kepada ibunya.
" ibu.. Kenapa ni? Ayah mana? Hyo nak jumpa dia " ungkap jihyo juga dengan penuh harapan.
Namun sang ibu malah berdiam diri. Hanya air mata yang membasahi seluruh mukanya. Jihyo mula rasakan sesuatu yang tidak baik berlaku. Dia segera mendapatkan bomba tersebut.
" encik.. Ayah saya mana? Kenapa saya tak jumpa dia? " soal jihyo sambil tercari-cari.
" sekali lagi kami minta maaf . Ayah kamu tidak dapat kami selamatkan " tegas bomba itu turut memberikan panahan kejutan buat jihyo.
Dia diam bak boneka kayu. Matanya bergerak ke kiri ke kanan. Mulutnya juga terbuka luas. Dan akhirnya dia rebah ke tanah.
YOU ARE READING
IT'S YOU •
Randomιғ ι'м ever gonna ғall ιn love , ι ĸnow ιт'ѕ gon' вe yoυ - ιт'ѕ alwayѕ yoυ • ●_● - START DATE : 28 SEPTEMBER 2019 END DATE : - STATUS : ON GOING