Qaseh merapikan tudungnya di hadapan cermin. Well itu perkara wajib yang perlu dia buat setiap pagi sebelum pergi ke sekolah. Selepas itu dipastikan tudungnya menutupi dadanya. Alhamdulillah auratnya terjaga. Tidak lupa juga dikenakan pada tangannya iaitu hand shock berwarna hitam.
" Lama lagi ke kau nak bersiap adik? Dah pukul 7.15 pagi.. "
Datang dah si Azfar ingin mengacau adiknya pagi- pagi macam ni.
Seketika Qaseh melirih jam loceng berbentuk hello kitty di tepi katilnya.
" Ish baru pukul 6.45 pagi lah.. mana ada 7.15 pagi lah.. angah ni sengaja kan? " bebel Qaseh. Pagi-pagi dah ajak aku membebel angah ni.
Uwais Azfar memeluk tubuh lalu bersandar pada pintu bilik Qaseh. Tersengeh - sengeh seperti kerang busuk!
Qaseh mengabaikan abang ngahnya di situ. Dia mula menggapai beberapa buku teks dan beg sekolahnya. Dia melangkah mendekati pintu.
" Dah jom lah turun.. Duk tersengeh apa lagi dekat sini? Gila ke? " kata Qaseh.
Uwais Azfar mencebik. Eee aku tarik tudung yang dah on point tu kang baru tau! Tapi aku tak berani lah nak buat. Kang ada juga buku teks yang hinggap dekat muka aku yang handsome ni macam mana? 😂💓
Seketika dibiar Qaseh berlalu terlebih dahulu. Sesudah itu baru lah Uwais Azfar pulak yang membuntuti langkah Qaseh Amani.
Kelihatan umi sudah siap menghidangkan makanan di atas meja buat seisi keluarga. Rajin kan umi ni? Pagi - pagi buta dah siap bertungkus lumus di dapur nak siapkan makanan anak - anak dan suami.
Qaseh tak tolong ke? Pemalas betul Qaseh ni? Eh stop it! Mana ada lah. Qaseh tolong juga kadang-kadang tu bila dia free. Well jadi budak Form 6 pun banyak assignment okay! Tapi setiap hujung minggu mesti Qaseh tolong punya lah umi dekat dapur.
Ni hah yang tak tolong tu si Uwais Azfar! Dia yang pemalas. Well lelaki memang jarang nak rajin.
" Makan cepat.. nanti lambat pulak pergi sekolahnya. "kata umi.
Qaseh mengangguk lalu mencedok nasi goreng yang telah siapa terhidang oleh uminya itu. Seketika baru aje dia nak letak senduk nasi, datang satu pinggan menghulur meminta dicedokkan nasi goreng juga. Qaseh mengerling ke empunya pinggan.
Uwais Azfar hanya tersenyum lebar.
" Cedokkan please? "
Akhirnya dicedokkan jugak nasi untuk abang ngahnya itu. Haish ada tangan pun tak nak cedok sendiri! Pemalas betul abang ngahnya ini.
Seketika masing - masing menikmati breakfast diaorang. Tak seorang pun bersuara. Yalah depan rezeki mana boleh cakap banyak. Cakap bila perlu aje.Beberapa minit selepas itu, abi Qaseh mengambil tempat pulak untuk breakfast. Ya abi baru turun makan.
Setelah selesai semuanya, Qaseh meminta diri untuk berangkat ke sekolahnya terlebih dahulu.
Well buat beberapa bulan ni, Qaseh ada driver tak berbayar lah nampaknya." Jom angah... " ajak Qaseh.
Uwais Azfar merapikan rambutnya ke belakang. Flip hair gayanya hahaha 😂 Selepas itu baru lah dia terkedek - kedek bersama helmetnya.
*******
Kaki diatur menuju ke kereta yang terparkir elok di seberang jalan. Seketika pintu kereta ditarik.Tubuh Azrin masuk ke dalam kereta." Huh..." keluh Azrin.
" Alhamdulillah settle juga ceramah kita dekat Kedah kan Azrin ?" kata ustaz Firdaus.
Azrin mengangguk seraya menghadiahkan sedikit senyuman puas hati kepada Firdaus.Alhamdulillah Allah telah permudahkan urusannya untuk berdakwah di Kedah ini.
YOU ARE READING
Sayangku Ustaz Munajat !
Romance" Q ? Awak Q kan ? " - Qais Azrin - " Mana dia tahu nama panggilan aku yang dulu tu ? " - Qaseh Amani - Apabila mereka dipertemukan kembali. Si Qais Azrin mulai menyesal akan penghinaan yang dibuat dulu ke atas Qaseh Amani dan akhirnya baru dia se...