BAB 8

3.2K 57 10
                                    

TITLE : CRAZY CHALLENGE
WRITTEN BY : LIVEANNEROSE

PART 8

Harry masuk ke dalam rumah itu dan dia tahu Mia ada berada disitu sebab kereta milik Mia berada di luar.
Mia melangkah dengan muka yang garang sekali sampaikan dia ada dihadapan Mia pun kena langgar.

"Mia.. Kenapa dengan kau?"

Mia hanya meneruskan langkah nya tanpa menoleh ke belakang.
Harry tetap memanggil nama nya tetapi seolah-olah Harry tidak wujud disitu.

Harry hanya memerhati kan langkah Mia sampai hilang dari kelihatan.
Harry terus menuju ke ruang gelanggang untuk mencari Dallen.

Harry masuk dan terkejut melihat Dallen berdarah, di tangan nya memegang pisau yang penuh dengan darah.
"Dallen! Kenapa ni?"
"Tiada apa-apa"
Dallen meletakkan pisau yang berada dalam genggaman nya.

Dallen membuka baju nya memudahkan untuk merawat luka itu.
Harry menyerahkan peti kecemasan kepada Dallen yang duduk di atas gelanggang.
"Macam mana ni boleh terjadi?"
Dallen mencuci luka dia dengan cecair dettol lepastu itu baru dia menjawab pertanyaan Harry.

"Kami berdua sama-sama berlatih tinju di atas gelanggang, memang tidak dinafikan Mia seorang yang panas baran, dia memang hebat dalam perlawanan"
"Jadi... Kenapa sampai begini?"
"Saya tanya pada dia kenapa bermuka sedih, dia terus hilang fokus jadi saya dapat menumbangkan Mia, saya terus marah dia dengan nada tinggi disebabkan saya nak dia bagi motivasi kepada dia jadi saya tikam pisau ke arah dia tetapi dia tangkap dan baling balik"

Dallen sibuk merawat luka nya sambil berbicara dengan Harry.
"Saya suka dia"
"Hah! Su.. Su.. Ka macam mana tu?"
Dallen bagi tamparan hinggap di kepala Harry.
"Saya suka dia jadi anak mafia, bukan suka sebab lain"
"Syukur.. Huhu, kalau tak mampus kau"
"Itu saya tahu"

Dua hari berlalu, berita tentang Mia menikam Dallen iaitu ketua Mafia dan juga ketua kepada Rocco.
Bila Rocco tahu berita itu dia terasa kecut perut sebab takut.

"Mia tahu kah Dallen tu siapa hah!."
"So... Kalau saya tahu dia siapa apa akan terjadi?"
"So.. Kau kata so, Mia dady akan mati dengan ketua Mafia tu"
"Kalau dady mati kenapa sekarang masih juga hidup"
"Berani kau kata macam tu dekat saya!."

Mia hanya bersantai duduk di atas sofa tiada satu pun perasaan nya takut.
"Mia.. Lain kali jangan susah kan hati dady boleh tak?"
Mia menutup muka nya menggunakan bantal, manakala telinga nya ditutup dengan earphone.

Rocco seperti bercakap dengan diri nya sendiri sebab Mia memang tidak akan mendengar kata-kata Rocco.

Keesokan pagi Mia seperti biasa pergi ke sekolah menggunakan pakaian uniform sekolah dia.
Dan perangai dia pun semakin menjadi-jadi, kalau ada yang membuli nya pasti akan makan penumbuk.

Sebulan sudah berlalu, Mia dengan Melina menjadi kawan rapat sampai lah di mana musuh Mia merancang sesuatu untuk menjatuhkan Mia.

Melina seorang yang mudah dipengaruhi oleh mana-mana orang yang ingin berkawan dengan nya.
"Hai.. Melina saya minta maaf sebab selalu buli kau selama ni"
Ace tersenyum menghulurkan tangan untuk berjabat tangan dengan Melina.
"Ermm.. Saya juga minta maaf"

Mereka semua tersenyum ke arah satu sama lain.
"Sudi kah kau masuk ke group saya?"
"Boleh kah?"
"Boleh.. Jadi nak tak?"
"Nak.. Yeay"
Melina tersenyum bahagia dapat masuk ke group mereka itu.

hari bertukar ganti dan Melina semakin lupa akan Mia,
"Melina.. Nanti kita main lumba nak?"
"Urm.. Taknak lah sebab saya ada hal lain"
"Oh.. Okay, lain kali lah boleh?"
"Tengok lah nanti, saya pergi dulu bye.. "

Melina segera berlari meninggalkan Mia di situ.
Mia semakin merasakan hubungan persahabatan mereka berdua semakin renggang.

Waktu rehat mereka semua berjalan beriringan dan Melina juga nampak gembira bila bersama group si Ace.

Mia hanya duduk berseorangan diri di meja tidak seberapa jauh dari kumpulan Ace, Mia menjeling ke arah Melina tetapi seolah-olah Mia bukan kawan rapat nya.

Hari berganti hari hubungan persahabatan mereka semakin renggang, Mia dipermalukan oleh Melina kerana bukan anak kandung kepada Rocco.

Ada yang mengatakan Mia ini anak luar nikah, anak pungut dan banyak lagi.
Keesokan pagi nya, poster yang ada gambar Mia tergantung di semua sekolah termasuklah di kaca tv Kolej itu.

Gambar Mia hanya memakai bra dan seluar dalam dengan seorang perempuan yang sangat dia kenali.., orang itu ialah Melina yang sanggup menganiayi kawan nya sendiri semata-mata untuk mendapat perhatian  dan disanjung tinggi oleh orang lain.

Mia mengoyak kan poster tadi lalu pergi dari situ,
Mia berjalan dengan rasa malu bila dipermainkan seperti itu walaupun diri nya bukan lesbian.

"MIA!!.. mari sini kau" Rocco dengan muka nya yang tengah menahan malu kerana kes Mia.

Mia mengangkat kan kedua-dua mata nya ke atas kerana tahu apa yang akan berlaku sebentar lagi.
Semua orang di situ hanya tertumpu kepada nya ingin melihat macam mana dengan Mia sebentar lagi.

Mia melangkah kan kaki nya menuju ke arah ayah nya Rocco,
Melina dengan kumpulan Ace sedang tersenyum sinis memerhatikan Mia.

Rocco terus menampar kedua-dua belah pipi Mia sampai bibir Mia terluka, tidak lama kemudian darah mula mengalir di luka bibir Mia.
"Dasar anak tidak mengenang budi memalukan saya kalau ibu kau tahu perangai kau macam ni.., dia pasti menyesal ada anak macam kau!."

Mia hanya berdiam diri menyentuh bibir nya yang tengah menahan sakit kerana ditampar oleh ayah nya Rocco.

Rocco tidak mampu untuk merahsiakan segala-galanya dari Mia tentang kehidupan ibu nya dan bagaimana ibu nya mengandung kan Mia sampai lah meninggal dunia.

Rocco menceritakan semua nya kepada Mia tanpa satu pun yang tinggal, semua di kolej itu saling berbisik ada yang rasa kasihan dan ada yang mengejek nya.
Selesai sudah Rocco menceritakan segalanya Rocco menarik kasar rambut Mia.

"Kau memang anak keturunan sial macam bapa kau Jodas!."

Mia memejamkan mata nya untuk menahan air mata dari terus mengalir, dia ingin kuat dihadapan orang ramai tetapi gagal.
Air mata nya terus mengalir di pipi sambil menahan sakit rambut nya di cengkam oleh ayah nya Rocco.

"Dad.., saya bukan lesbian"

Hanya itu yang dia mampu katakan dengan suara yang bergetar kerana menangis.
Melina dengan kumpulan ace itu sedang mengejek nya dengan menyebut anak luar nikah.

Mia menjeling ke arah Melina yang
tengah tersenyum sinis,
Mia menarik nafas sedalam-dalam nya cuba mengumpul kekuatan nya untuk kuat.

"Ayah akan menyesal kerana telah menampar kedua-dua pipi saya, tapi tidak mengapa kerana bukti itu nanti akan tidak pernah muncul"

Mia melangkah pergi menuju ke kereta nya lalu pergi dari situ.

Dalam perjalanan itu Mia menangis teresak-esak kerana tidak menyangka kawan rapat nya telah menikam dari belakang.
"Kali ini, saat ini, saya akan tidak berkawan dengan sesiapa pun manusia yang datang dalam hidup saya, dan cinta juga tiada dalam diari hidup saya!."

Mia mengenangkan cerita ibu nya Talia hancur kerana cinta dan juga kawan menikam dari belakang,
Mia ingin berdepan dengan ayah kandung nya iaitu Jodas untuk tahu hal sebenarnya.

Mia juga bertekad mahu berjumpa dengan kawan-kawan ibu nya Talia, siapakah kawan nya yang sanggup memperbodohkan akal fikiran nya semata-mata untuk seorang lelaki hubungan persahabatan menjadi onak duri!.

# Bersambung...

CRAZY CHALLENGE ( Dihentikan Seketika )Where stories live. Discover now