Bab 9

2K 42 7
                                    

TITLE:CRAZY CHALLENGE
WRITTEN BY:LIVEANNEROSE

Part 9

END FLASHBACK

"Mrs.Mia dengar tak?"

Sierra mengejutkan boss nya si Mia dari lamunannya yang panjang itu.
"Ah!.., sorry kita dekat mana tadi?"
"Er.., Mrs.Mia sudah terima saya jadi PA jadi apa yang perlu saya lakukan untuk kamu Mrs.Mia?"

Mia berdiri setelah lama duduk sebentar tadi,
Dia berjalan kearah Sierra di situ dengan berpeluk tubuh.

"Setiap pagi pastikan kau datang lebih awal dari saya on aircord, komputer saya dan semua dalam ni pastikan tersusun rapi faham?"
"Faham Mrs.Mia"
"Dan kau tidak payah buat kan saya kopi atau apa-apa biar saya sendiri yang buat mana tahu ada yang nak masukkan sesuatu biasalah dunia sekarang"
"Baik Mrs.Mia jadi saya boleh berkerja sekarang lah kan?"
"Iya.., so sekarang bagi saya fail warna merah"

Sierra masih berdiri di situ masih tidak berganjak kerana mahu bertanya kan di mana nak dapatkan fail itu.
"Kenapa? Pergi lah cepat lembab!."
"Hihi.., baik Mrs.Mia"

Sierra segera keluar dari situ untuk mendapat kan fail yang Mia minta tadi.
Sierra mencari orang yang dapat membantu nya mahu bertanya di mana nak dapat kan semua fail yang di simpan.

Sierra bertanya kepada seorang lelaki yang seperti sotong pekerja di situ,
"Er.., boleh saya tanya di mana nak dapatkan fail warna merah tak?"
"Erm.., you baru dekat sini kan?"
"Iya saya baru di sini"
"okay, tepi sikit"

Lelaki yang macam sotong itu lalu membawa Sierra ke bilik fail berkunci dengan ketat nya kerana menggunakan kata laluan dari kad nama yang diberikan Mia pada PA nya sebentar tadi.

Cap tapak tangan Mia ada dekat kad nama Sierra itu dan hanya PA dengan Mia yang dapat masuk ke dalam bilik fail itu.

"guna kan kad nama kau tu tekap di dinding sini untuk membuka pintu, dan kau mesti berhati-hati setiap kali kau masuk sini jangan kau cuai, bilik ni terlalu ketat perlu dikawal dan kau ada nampak sekuriti kan di luar tu?"
"Iya saya nampak jadi kenapa?"
"Sebab tu kau mesti hati-hati, tu kau nampak pintu besi tiada siapa yang tahu password nya tetapi memang banyak barang kemas dalam tu yang beribu-ribu harga nya, dan yang pasti ada diamond"
"Eh, ye ke.., terima kasih sebab beritahu saya"

Lelaki sotong tadi terus keluar dari tempat itu tetapi langkah nya terhenti bila Sierra memanggil nama nya.
"Err.., boleh saya tahu nama kau?"
"Willy, just call me Will"
"Okay, nice to meet you Will"
"Nice to meet you too sweetheart"

Sierra tidak berlengah lagi untuk mencari fail merah yang Mia suruh tadi.
Sierra cepat-cepat keluar dari bilik fail itu lalu mengunci nya kembali.

Sierra mengetuk pintu office Mia,
"Mrs.Mia.., ini fail yang Mrs.Mia minta"
Sierra menghulurkan fail merah itu kepada Mia.

"Kau pergi mana tadi?"
"Cari fail ni tapi saya tidak tahu tempat mana, tu yang saya minta tolong Willy"
"So.., kenapa lama sangat hah, mahu nenyundal!."
"Maafkan saya Mrs.Mia"
"Lain kali jangan lambat, tidak kira kau baru ke lama ke tetap harus profesional faham?"
"Faham Mrs.Mia"
"Satu lagi.., tidak payah panggil saya Mrs.Mia just call me Mia"

Mia terus merampas fail merah tadi ditangan Sierra itu,
Sierra cuba untuk bersabar dengan kata-kata Mia tadi yang mengatakan dia ingin menyundal.

Sierra menarik nafas panjang-panjang dan tersenyum,
Didalam hati Sierra dia akan dapat memenangi hati boss nya si Mia itu suatu hari nanti.

Sierra seorang yang paling minat dengan Mia dari segi fesyen pakaian, make up dan setiap berita yang ditayangkan dimana-mana pasti Sierra akan fokus terus.

Dan kini Sierra menjadi PA kepada Mia seperti dalam mimpi yang terindah walaupun hari pertama nya tidak seperti yang dia harapkan,
Kalau ikutkan berita panas dari wartawan Mia memang seorang yang kejam sikit kalau dalam bab berbicara.

Para wartawan pernah mengajukan soalan dimanakah keluarga Mia, tetapi Mia hanya mengatakan "Bukan urusan kau."

"Sierra..., kau termenung tu kenapa?"
"Hah! Hihi.. Ada apa Mrs.Mia eh.. Bukan, Mia?"

Krik, krik, krik..

Mia hanya menyambung balik kerja nya yang menaip sesuatu dalam komputer nya tidak mengendahkan pertanyaan Sierra tadi.

Sierra mengangkat kan bulu kening kanan nya kerana tidak diendahkan oleh Mia,
Sierra terpaksa keluar dari office Mia itu perlahan-lahan menuju ke office khas untuk nya.

Setelah Sierra keluar dari bilik office nya, Mia tersenyum kerana melihat telatah comel Sierra.

Petang itu semua pekerja mula mengemas barang di atas meja bersedia untuk pulang,
Mia menyusun surat yang berselerak itu kepada fail merah tadi.

Waktu balik Mia terserempak dengan Sierra sedang menanti seseorang yang menjemput nya untuk pulang.

"Bye.. Mia" Sierra melambaikan tangan nya kearah Mia tetapi tidak diendahkan Mia sekali lagi.

Sampai di kereta Mia membuka highheels nya kerana kaki nya terasa begitu lenguh seharian menggunakan highheels.
Tidak lama itu kereta hitam berhenti dihadapan Sierra,
Sierra tersenyum terus masuk ke dalam kereta itu.

Mia menggunakan cermin mata nya sebelum pergi dari situ,
Sierra ternampak kereta Mia sedang menuju ke arah mereka berdua.
"Abang.., Mia"
"Mana tu?"
"Tu kereta warna merah"

Mia membuka tingkap kereta nya untuk semata-mata nak tengok Mia.
Sierra dengan abang nya sama-sama terpegun melihat Mia memakai kacamata hitam itu menampakkan diri Mia seperti seorang samseng.

"Nah.. Itulah idola saya"
"So.., macam mana hari ni?"
"Erm.., okay juga lah walaupun kata-kata dia pedas sikit, tapi takpa suatu hari nanti saya akan jadi kawan Mia kan abang?"
"Okay.., if you say so"

Mereka berdua terus berlalu dari situ sebab sebentar nanti mereka sekeluarga dinner luar sama-sama.
"Nanti Sierra jangan buat hal kalau sampai di Restoran nanti boleh?"
"Kenapa pula?"
"Restoran tu milik orang mafia, setiap penjaga tu ada senjata api tau silap haribulan kena tembak"
"Hurmm.., kalau macam tu kita tidak payah lah dinner sana"
"Tapi Restoran tu 5 bintang, dikawal rapi kalau kita tidak buat hal mereka akan hormat kita"

Sierra hanya mengangguk kan kepala nya tanda faham dengan kata-kata abang nya itu.
Sierra teringat akan Mia bila abang nya mengatakan tentang mafia, Sierra ternampak tattoo milik Mia di belakang ada tattoo naga sedang marah memegang batang bunga Rose berduri itu.

# Bersambung..

CRAZY CHALLENGE ( Dihentikan Seketika )Where stories live. Discover now