Kaki yang berpasak di bumi ini semakin lemah. Mataku terkebil-kebil melihat raut wajahnya. Terasa akan melekitnya di dadaku ini, memandangkan cahaya mentari menyimbahi dadaku yang disaluti dengan cecair merah yang pekat. Terasa berdenyut apabila kain bajuku sendiri melekat di tempat selaran senjata yang tajam.
Sinaran daripada air matanya yang menitis ke bumi dirakamkan oleh kornea mataku sendiri. Walaupun hati begitu berat, namun ini adalah jalan yang dia sendiri pilih. Aku pula tidak mampu untuk membuatkan dia mendampingi aku, kerana aku bukanlah pemilik hatinya.
"Charles Darwin mengusulkan bahawa hanya yang kuat sahaja akan meneruskan kehidupan di bumi ini, melalui selektif alam semula jadi. Jadi kita berdua berdiri di sini, atas dasar untuk meneruskan kelangsungan hidup. Adakah engkau yang akan meneruskan kehidupan? Atau aku?"
Jelas di mataku bahawa dia menggenggam erat akan bilahan pedangnya itu. Nampaknya, dia sudah membuat pilihan. Pilihannya itu memaksa aku untuk mengukirkan sebuah senyuman.
Ha.
Kenapalah aku selalu begini?
Dia saja yang berada di samping aku pada ketika ini. Namun aku....
"Aku... aku cuba untuk memahami jiwa engkau. Tetapi, engkau sendiri yang menghalang aku untuk mengerti akan diri kau. Walaupun aku sudah berjanji yang aku akan sentiasa di sisi engkau, namun... cukuplah tu. aku sudah tidak sanggup lagi," balasnya dengan teragak-agak.
"Heh, apa yang membezakan engkau dengan manusia yang lain? Sama saja. Nampaknya, memang betullah aku ditakdirkan untuk hidup seorang diri. Aku rasa, inilah sumpahan aku. Manusia yang cuba membetulkan keadaan. Manusia yang terlalu cerdik dan pintar, lebih pintar daripada setiap manusia dari zaman kemunculan manusia sehingga kini."
Dia seperti terkesima apabila aku kata begitu. Memang betul pun. Aku lebih bijak daripada sesiapa. Tiada sesiapa pun setanding aku. Hanya diri aku sahaja yang mampu menumpaskan diri aku sendiri.
Mungkin, inilah penamatnya. Sebelum dia menghalang aku untuk melaksanakan rancangan aku, lebih baik aku diamkan dia selamanya.
Telapak kakiku dilonjakkan ke udara, menyebabkan aku merentasi bumi tak bertuah ni selembut angin yang menghembus dari belakangku.
Apabila aku berada di hadapannya, satu hentakkan besi menguasai ruang udara ini. Geseran antara pedangku dan pedangnya ini menghasilkan bunyi yang mengilukan.
"Aku- aku terpaksa buat semua ni! Engkau semakin lama semakin tidak siuman, Aslan. Kau membunuh sesiapa sahaja yang menghalang engkau. Sementara aku menyayangi engkau, kau perlakukan aku sebagai seorang hamba!"
Mata kiriku dikecilkan. Dengan segala tenaga yang berbaki, aku melibas senjataku tepat ke wajahnya. Dia menggetapkan gigi, ketika pedangnya menepis seranganku. Hentakkan tersebut menyebabkan debu di lantai berterbangan di udara, ketika dia terseret ke belakang.
"Sayang? Apa tu? Dalam dunia ini kasih dan sayang hanyalah sampah semata-mata. Ianya merupakan salah satu cabang perasaan. Perasaan pula berasaskan hati. Hati pula sentiasa bercelaru. Tiada asas.
Berlainan dengan engkau, aku berasaskan logik. Logik akal yang membuatkan seorang itu menjadi dua, seterusnya masyarakat, dan akhir sekali menjadi sebuah negara dan empayar. Hanya akal sahaja yang membawa kepada kemenangan. Perasaan itu merupakan racun yang paling laknat."
Mukanya mula merah menyala. Mataku dapat menangkap bahawa dia menggigit bibirnya sendiri. Badannya mengigil. Pedangnya menghasilkan bunyi apabila bergoncang. Setelah seketika, dia menarik nafas yang sangat dalam, sambil menutup matanya sendiri. Dengan kepala yang didongakkan ke langit, dadanya yang naik itu perlahan-lahan turun, disertakan dengan nafas karbon dioksida yang dihembuskan olehnya.
YOU ARE READING
GREMLIN.EXE 0.05: GENYSYS
Science FictionAku sudah tidak tahu apa pun. Aku kehilangan semuanya. Fikiranku kelam, penghujungnya hitam. Kosong. Gelap. Setiap kali aku membuka mata, Setiap kali aku mendengar, Setiap kali aku bersuara, Ianya menyakitkan sanubariku! Kata-kata engkau, pandangan...