Mataku dibuka dengan perlahan-lahan. Anak mataku ini dikecilkan apabila matahari menyinari melalui celahan tingkap. Dengan perlahan, aku mengesot ke belakang. Terlampau cerah, sehingga menyilaukan pandanganku. Pada ketika inilah aku terasa akan mecucuk di seluruh badanku, apabila luka akibat pertempuran pada hari itu masih lagi tidak sembuh.
Aku melihat sekeliling. Tiada serapan yang disediakan. Tak mengapalah. Aku pun bukannya ingin menjamah makanan yang disediakan oleh pembelot.
Kaki ini menyentuh lantai. Dengan berpaut pada meja yang terletak di sebelah katilku, aku cuba untuk berpasak pada permukaan bumi dan bangkit. Dengan kesakitan yang membuatkan aku terkebil-kebil, aku mencapai sekotak rokok yang tersedia di atas meja.
Sebatang rokok dikeluarkan. Aku membakar, dan menyedut kepulan asap sehingga ke pangkal paru-paru. Dengan perlahan, aku hembuskan asap ini. Setelah putung rokok ini habis, aku terus mencampak pemegang rokok ke luar tingkap.
Dengan perlahan, aku menuju ke bilik kerja rumah ini. Sial. sakit betul untuk aku berjalan. Sudah berapa kali aku cedera begini? Entahlah, aku tidak pula mengira. Aku melewati gereja kecil, tempat si Lea sembah akan Tuhannya. Hm. Lilin menerangi bilik ini, daripada lampu kalimantang.
Tak kisahlah. Bukan urusan aku.
Apabila aku berdiri di depan bilik kerja, aku memulas tombol ini dengan perlahan. Semua alatan teknologi masih lagi tidak bernyala. Namun, aku dapat menangkap bunyi orang memberi laporan. Dari radiokah?
Aku membuka pintu ini dengan lebih luas. Hm, sungguh tepat sangkaan aku. Lea sedang melentokkan wajahnya di atas meja dan tidak bergerak. Kaki ini melangkah dengan lebih rapat.
Tidur rupanya.
Di sebalik wajahnya itu, dia sedang mencatatkan sesuatu.
"Melaka - mati."
Mati?
"Nampaknya, ada sesuatu yang mengganggu sistem penjanaan elektrik. Salah sebuah syarikat pembuatan perisian pintar di sekitar Ipoh sedang menggunakan elektrik dengan sangat banyak. Diminta supaya pasukan penyiasat siasat di tempat kejadian. Nama syarikat adalah Intelijen."
Polis? Hm. menarik.
"Oi, bangun," tegurku sambil mencuit bahunya.
Dia tersentak sambil menyentap pergelanganku. Perbuatannya menyebabkan aku terkejut. Dalam sekelip mata, kami berdua bertentangan mata. Dia pula meletakkan sebilah pisau di kerongkongku ini.
"Eh, Aslan!" Dia terkejut.
Dia melepaskan pergelanganku dengan segera. Aku segera menarik tanganku dengan kasar.
"Ma-maaf! Saya tak sengaja."
Hm.
"Memang aku ni tak diterima bumi ke, sampai macam tu sekali kau hunus senjata kau dekat aku?"
"Bu-bukan! Aku cuma berjaga-jaga...."
"Tak kisahlah. Tak bawa sebarang makna pun. Apa-apa pun, kita dah dapat lokasi yang terbaru tentang kemunculan program pelik tu. aku rasa kita kena pergi sekarang juga."
Dia diam seketika. Kemudian, dia memegang kertas yang telah pun berasimilasi dengan air liur.
"Di mana?" Dia mengerutkan dahinya, sambil memandangku.
"Ipoh. syarikat Intelijen. Aku rasa, sekarang ni polis tengah serbu tempat tu. jadi, kalau kita nak pergi, mungkin sekarang, memandangkan jarak perjalanan memakan masa selama dua jam. Sekarang ni," aku memandang jam tangannya yang berada dalam keadaan terbalik, "baru pukul 8:30 pagi. Mungkin dalam pukul 10:00 hingga 11:30 pagi kita akan sampai."
YOU ARE READING
GREMLIN.EXE 0.05: GENYSYS
Science FictionAku sudah tidak tahu apa pun. Aku kehilangan semuanya. Fikiranku kelam, penghujungnya hitam. Kosong. Gelap. Setiap kali aku membuka mata, Setiap kali aku mendengar, Setiap kali aku bersuara, Ianya menyakitkan sanubariku! Kata-kata engkau, pandangan...