Rama-rama melintasi lampu neon yang tegak berdiri setinggi pokok yang berada di sekitar taman itu. Langit hitam dan suram ini ditemani dengan bunyian cengkerik. Pancaran malap lampu itu membuatkan aku terpukau, tenggelam dalam tanggapan aku sendiri.
Aku hanya mengeluarkan sebatang rokok dan membakar putung rokok ini tanpa banyak berfikir. Asap yang terhasil daripada tembakau kimia ini menusuk ke paru-paruku, sebelum aku melepaskan asap tersebut ke udara.
Jiwaku tidak berombak seperti dahulu. Frekuensi degupan jantung seperti seorang ahli pemuzik memetik sayu tali gitar. Sedap didengari akan alunan muziknya.
Adakah ini merupakan ketenangan yang aku cari? Ketenangan ini membuatkan aku tersenyum sendirian.
"Apa yang kau fikirkan, Aslan?" Tanya seseorang, dengan suaranya yang sedap didengari oleh gegendang telingaku.
Aku tidak terus menoleh ke arahnya. Mataku yang tertancap ke lampu neon yang memukau itu beralih ke rumput yang berembun.
"Tak ada apa. Aku tak fikirkan apa-apa pun ketika ini."
Dari celahan mataku, aku dapat menangkap bahawa dia menyilangkan kakinya. Lantas aku menoleh ke arahnya. Dia menyedut seputung rokok yang menghasilkan asap yang tidak menyenangkan. Kemudian, dia menoleh ke langit dan menghembuskan asap tersebut ke udara.
"Mana mungkin kau tidak berfikir apa-apa. Aku kenal kau. Engkau merupakan manusia yang tak akan berhenti berfikir walaupun sedetik. Ada sahaja yang bermain dalam benak kau. Ada sahaja sesuatu perkara yang menjadi isu di dalam pemikiran engkau. Jadi," dia menarik sedalam-dalamnya akan asap rokoknya sendiri, "apa yang kau fikirkan, wahai ahli falsafah Aslan," tanya dia sambil menghembuskan asap rokoknya perlahan-lahan.
Pertanyaan itu tidak mengendurkan senyumanku. Entah kenapa, aku begitu tenang apabila aku di sini, bersama dengan dia. Aku memerhatikan permukaan telapak tanganku yang memegang putung rokok ni.
"Aku... rasa tenang pada ketika ini. Ianya satu perasaan yang aku sukar gambarkan. Aku berhenti sejenak daripada berfikir. Aku tak pernah nikmati situasi ini seumur hidup aku."
"Kenapa tiba-tiba kau rasa tenang ni? Risau aku. Kau ok ke Aslan? Hai Aslan, kau dah nak mati ke?"
"Haha, mana ada. Aku ni manusia yang susah nak mati. Aku... rasa tenang sebab kau... ada di sini."
Senyap.
Dahiku berpeluh seketika. Aduh, apa yang aku cakapkan ni? Ini sama macam membunuh diri sendiri. Aduh, Aslan. Kau lupa ke? Dalam dunia ni, tiada sesiapa pun yang akan menerima kewu-
Bahunya berlaga dengan bahuku. Mataku dibesarkan sedikit. Jantungku seperti berhenti seketika. Apakah?
"Kalau kau rasa begitu, aku gembira. Selama aku kenal dengan kau, kau mempunyai jiwa yang tidak tenteram. Kau seperti takutkan sesuatu. Kau banyak sangat berfikir. Kalaulah kehadiran aku di sini membuatkan engkau tenang, jadi aku akan di sini, di sebelah kau, buat masa ni."
Jiwa yang tidak tenteram, eh?
"Kasarnya gurauan kau. Aku ni pun ada perasaan juga. Aku pun manusia juga."
Tiba-tiba, bahuku jadi berat. Aku memandang ke arahnya, dengan teragak-agak. Apa yang aku dapat lihat hanyalah rambut yang diwarnakan dengan warna ungu.
"Memang betulkan apa yang aku cakap? Kau seperti terhenti di satu masa yang aku sendiri tidak tahu. Mata kau mana ada bersinar seperti orang lain. Kau seperti pernah melihat orang yang mati di hadapan kau.
YOU ARE READING
GREMLIN.EXE 0.05: GENYSYS
Science FictionAku sudah tidak tahu apa pun. Aku kehilangan semuanya. Fikiranku kelam, penghujungnya hitam. Kosong. Gelap. Setiap kali aku membuka mata, Setiap kali aku mendengar, Setiap kali aku bersuara, Ianya menyakitkan sanubariku! Kata-kata engkau, pandangan...