BAB 5

17 2 0
                                    



Entah dari mana dia datang, aku sendiri tidak pasti. Siapa orang tua ni? Bahasa Melayunya agak pelat. Bukan dari tanah air ni, ke? Dia merenungku dengan tajam. Jari-jemariku yang terapung di udara untuk menyentuh bilah pedang ini segera aku tarik, mendengar nasihatnya.

"Maaf, tuan ni siapa, ya?" Tanyaku dengan mengecilkan anak mata.

Dia merupakan lelaki yang bertongkat. Pakaiannya serba hitam. Namun, gaya pemakaiannya sangat kemas. Hanya memakai seluar slack dan berpakaian T-shirt hitam.

Dia tidak terus menjawab soalanku.

"Hm. Kau tahukan, yang engkau bukannya pemilik asal rumah ni? Kenapa engkau memunggah rumah ni sesuka hati engkau?"

Alamak.

"Saya mencari sumber bekalan elektrik. Tuan tahu sajalah, rumah ni merupakan rumah pada zaman British. Mesti ada bekalan elektrik."

Dia mengerutkan dahi, sambil melangkah ke arahku dengan tongkatnya.

"Rumah ini tidak dilengkapi dengan bekalan elektrik alternatif! Sekarang, berikan kepada aku pedang tu dan pergi balik ke tempat asal kau!" Jerkahnya.

Dia ni dah apa hal?

"Tak payah nak tengking-tengking orang la, lelaki tua. Boleh je kau cakap baik-baik dekat aku," balasku dengan meletakkan kembali pedang itu ke tempat asalnya.

Aku berpaling kembali ke arahnya. Disebabkan dia agak kurang ajar, mataku memandang sinis ke arahnya.

"Untuk menjadi seorang lelaki muda, engkau merupakan seorang lelaki yang biadap!"

Ha, yalah. Aku biadap. Habis cerita.

Aku hanya berjalan melepasinya, tanpa menoleh ke arahnya sedikit pun. Ketika aku berada di depan pintu, aku menoleh sedikit ke belakang.

"Jangan ingat kau dah tua, kau ada lesen untuk kurang ajar dengan orang."

Dia diam seketika.

Dalam sekelip mata, dia muncul di hadapanku. Dia menujah tongkatnya ke arahku!

Aku tiada masa untuk bertindak balas! Untuk lelaki tua sepertinya, pergerakkannya agak pantas, sepantas angin, lebih pantas daripada Izzat.

Dia ni....

Aku tak mungkin dapat mengelak ke kanan atau ke kiri. Namun, gerakkan yang paling logik dan mengurangkan impak tekanan tujahan tongkatnya, hanya terdapat tiga cara sahaja!

Aku melompat ke belakang, dengan membengkokkan badanku. Dengan cara ini, aku dapat melengahkan hentakkan tujahan tongkatnya yang tepat ke dadaku!

Dengan berbekalkan asas persilatan yang lemah ini, telapak kakiku mendarat ke belakang, dengan membentuk kekuda untuk sentiasa berpasak di muka bumi! Lengan kiriku pula memberikan impak setelah aku menghayunkan pergerakkan ini dari kanan, menyebabkan tongkat ini mendarat ke ke kiri!

Berjaya!

Dia membeliakkan matanya. Kami berdua kaku sementara. Apa yang dia cuba buat sebenarnya, ni?

Telapak kakiku dilonjakkan ke atas, sementara jari-jemari kakiku ke semuanya masih berada di permukaan tanah. Dengan merembeskan tenaga ke muka bumi, kini aku meluncur laju ke arahnya, dengan genggaman yang tersedia di tulang rusukku!

Namun, dia menggunakan tongkatnya sebagai penghadang!

Sekali lagi, aku tidak dapat mengubah kedudukkan, apabila aku melancarkan seranganku ke arahnya! Kalau ini berterusan, maka seranganku ini-!

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Nov 25, 2019 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

GREMLIN.EXE 0.05: GENYSYSWhere stories live. Discover now