"Kenapalah kau asyik berpaling ke belakang? Kau memang tak reti nak teruskan hidup kau sendiri ke, Aslan?" Tanya dia selamba.
Dia mengenakan pakaian kemeja hitam, sambil kedua-dua belah tangannya diselukkan ke dalam poket. Ukirannya sinis, pandangannya menghina.
"Kau ni selalu datang dan menghancurkan segala-galanya. Ingat lagi bila engkau menghasut aku untuk meninggalkan dia?" Tanyaku sambil merenung tepat ke matanya.
Sengihannya menampakkan giginya sendiri.
"Aslan, Aslan. Kau tidak pernah bersyukur. Kau patut berterima kasih yang aku berjaya mengusir dia daripada kehidupan engkau. Dia tu parasit, perlahan-lahan menelan darah kau. Perlahan-lahan kau menyerahkan segala perasaan dan roh kau kepadanya.
Sebagai seorang yang berfikiran logik, kau melanggar kod kehidupan kau sendiri. Sedarlah, dia tu makhluk Tuhan yang picisan sahaja. Pemikirannya tidak akan setaraf dengan kita berdua. Dia makhluk yang hina. Lebih hina daripada tahi babi."
Aku menggetapkan bibirku. Dia ni, tak pernah berhenti daripada menghina orang lain. Perempuan tu bukan macam tu. Dia-
"Perempuan tu bukan macam tu kau kata? Alahai, bodohnya kau. Sangat bodoh. Kau ni Aslan, makhluk yang paling bengap yang aku pernah jumpa. Tuhan bagi kau akal, tapi kau campak akal kau ke laut.
Kau ni ciptaan Tuhan yang paling gagal yang aku pernah jumpa. Tak reti pakai otak. Terang-terangan la dia tu pergunakan kau selama ni. Tapi, disebabkan perasaan yang kau sendiri tidak tahu bagaimana sifatnya dari segi penzahiran zarah, tertipu dengan mudah dengan muslihat dia."
Aih, dia ni banyak cakap betul. Aku paling benci akan lelaki ini, berdiri di hadapanku. Kebencianku sangat mendalam, menyebabkan aku boleh berbicara dengan tenang.
"Tak guna pun kau benci aku, Aslan. Kau pun tahu aku ni sangat-sangat mengenali engkau. Kau juga tahu apa yang aku katakan ni sebenarnya betul. Kau manusia berfikiran logik. Jadi, pakailah otak tu bila berfikir, bukannya pakai kepala lutut.
Dah besar pun bodoh. Bangsat. Entah kenapa agaknya Tuhan ciptakan engkau bila engkau sendiri tak boleh berfikir dengan betul."
Aku menggaru kepalaku. Celaka betullah budak ni, menghina aku dari tadi.
"Ha... aku tahu yang aku dipergunakan. Apa masalahnya? Apa salahnya?"
Dia mengerutkan dahinya.
"Kau ni kan, memang salah la dia pergunakan engkau seba-"
"Kau faham ke kehidupan aku macam mana, sial? Kau faham ke perasaan aku bila orang selalu bencikan kau tanpa sebab? Sekarang ni, aku merana sebab aku keseorangan. Aku dah tak ada apa-apa. Kosong.
Kenapa aku, manusia yang memahami orang lain, perlu merana keseorangan diri? Kenapa aku yang kena berusaha lebih daripada orang lain? Kenapa aku mesti buat baik bila dah memang itulah yang aku lakukan selama ni? Apa hak setiap manusia dalam dunia ni, termasuk engkau, perlu jadi bengap dan laknat dengan menghancurkan kehidupan aku?"
Nadaku tergugat. Mataku seperti mahu tersembul keluar apabila melihat wajahnya. Dia kini tidak tersenyum lagi, namun menunjukkan wajah yang sangat serius.
"Bila dia hadir dalam hidup aku, dia yang membuatkan aku menghargai kehidupan aku. Senyuman dia yang menyebabkan hari aku semakin bermakna. Aku rasa selamat. Aku rasa tenang.
Aku boleh harungi kehidupan aku," kataku sambil memandang ke langit, "dengan adanya dia di belakang aku. Setelah aku mengharungi segala-galanya seorang diri, akhirnya, Aslan, ada yang menerima aku seadanya! Jadi beritahu aku, celah mana aku tidak reti bersyukur, hah?"
YOU ARE READING
GREMLIN.EXE 0.05: GENYSYS
Science FictionAku sudah tidak tahu apa pun. Aku kehilangan semuanya. Fikiranku kelam, penghujungnya hitam. Kosong. Gelap. Setiap kali aku membuka mata, Setiap kali aku mendengar, Setiap kali aku bersuara, Ianya menyakitkan sanubariku! Kata-kata engkau, pandangan...