01- Dua ekor makhluk

188 18 3
                                    

Jeon Jungkook POV,

Aku mula masuk ke perkarangan sekolah. Aku tersenyum manis apabila para-para peminatku mula menyapaku.

"Good morning oppa~" salah seorang junior menyapa dan aku buat-buat cool sahaja.

Walaupun ramai yang menyangka aku ni lelaki yang pelik. Asyik bercakap sendirian tetapi para peminat tetap disamping aku.

Rumors tentang aku bercakap sorang-sorang semua dah tahu,sampai sekolah sebelah pun tahu. Haih----

Korang jangan main-main. Walau aku suka cakap sorang-sorang,aku tetap top 5 pelajar dekat sini ditambah lagi dengan kekacakan aku yang segak lagi bergaya ini menambahkan aura positif buat diriku dan juga sekolah.

Banyak jugak aku angkat bakul sendiri. Hahahaha!

Sebenarnya,aku bukan cakap sorang-sorang,bukan seorang tapi tiga orang.

Eh jap! Bukan tiga orang! Aku je orang,dua ekor lagi tu makhluk lain~~

Spooky tak? Scary tak?

Ni nak cerita! Dua ekor makhluk tu suka sangat kacau aku mentang-mentang aku ni sixth sense sedap-sedap je kacau.

Tapi,jangan lah takut sangat. Dua ekor hantu tu baik je. Tak macam roh jahat yang lain. Suka sangat main tutup buka lampu.

Ingat seram sangat ke? Bagi aku je tak seram sebab setiap hari aku nampak tapi bagi orang yang tak pernah nampak tu~ hati-hati,malam ni jaga-jaga.

Hahaha! Takut le tu,alah ileks ah,aku gurau je! Jangan ambik kisah sangat.

Sedang seronok aku berjalan untuk ke kelas,aku merasakan satu aura seperti sedang datang ke arah aku.

Alamak! Ni aku tak suka ni!

Sah! Dua ekor hantu tu datang lagi ni!

Aku mempercepatkan langkah! Aku malas nak melayan dua ekor tu.

Tolonglah dia tak nampak aku! Jebal!

"Tu Jungkook kan?" Salah seekor makhluk itu berbicara.

Aduh! Dia dah nampak!

"Eh,ha'ah lah! Jom!"

Apa maksud jom tu? Mesti dua ekor tu nak datang kat aku.

Aku memejam mataku rapat-rapat!

Jebal!
Jebal!
Jebal!

Dan....Pap!

Aku membuka mata perlahan dan.......

"AHHHHHHHHHH!!!!!"

"APA MASALAH KAU NI?"

Aku memegang dadaku apabila aku bercakap dengan dua ekor tu. Dia pandang aku macam nak mati kut.

Buduh lah punya hantu!

Dua ekor tu mula ketawa.

Orang disekelilingku memandang aku pelik. Ada jugak yang tidak terlepas untuk ketawa. Dan ada jugak yang menggelengkan kepala. Dan ada juga yang sudah mengambil telefon di dalam poket untuk dirakam. Banyak songeh betul ah!

Eh jap! Siapa yang songeh sekarang? Aku ke dia erk? Tak kesah ah!

Aduh! Malang betullah nasib aku hari ni!

"Kau nak apa Jimin? Taehyung?"

Itulah nama dua ekor yang selalu menggangguku.

Sekian.

The Ghost Girl JJK FF°Where stories live. Discover now