12- Kem kembara kehidupan!!

127 12 8
                                    

Jungkook bangun dari katil. Entah kenapa hari ni rasa semangat sangat,sampai terbangun pukul 6 pagi. Btw,hari ni hari ahad.

Selesai sahaja Jungkook mandi,dia duduk di birai katil. Kepalanya ligat berfikir.

"Nak buat apa hari ni eh? Kerja sekolah semua dah siap,gosok baju semuanya dah gosok. Lipat kain? Kain semua dah tersusun elok. Kemas rumah? Rumah dah bersih. Bukan ada sangat orang kat dalam rumah ni. Baca buku? Malas. Main tefon? Tefon tengah cas. Masak? Aku lelaki." Jungkook bersoal siasat dengan dirinya sendiri.

Sehinggalah otaknya mendapat satu idea bernas.

"Ha! Lupa lah! Esok kena pergi kem! Dah lah tak kemas apa-apa barang lagi. Kemas barang ah." Kata Jungkook. Dia kemudiannya bangun dari katil dan mendongak ke bawah katil.

Dia menarik sesuatu dari bawah katil.

Selesai sahaja dia menarik beg bagasi kuningnya,dia letakkan bagasi itu di atas katil.

Dia membuka zip luas.

Dia turut membuka almari.

Kemudiannya,dia menuju ke laci meja belajar. Dicarinya kertas nota yang dicatatnya semasa Cikgu Jae Suk memberi penerangan tentang kem minggu lepas.

Akhirnya,dia menjumpai sekeping kertas yang dilipat empat. Dia membuka lipatan tersebut,dan tersemburlah isinya. Tak lah tersembur betul-betul...

Jungkook membaca dahulu apa yang ditulisnya.

Kem kembara Kehidupan: Cikgu Jae Suk.

The most importants :
1. Baju lengkap sekolah
2. Kasut sukan
3. Baju PJ
4. Seluar track
5. Baju t-shirt

Nak bawak atau tak nak bawak,hal kau :

6. Pencuci muka. Wajib
7. Tefon. Mesti wajib
8. Jajan. Nanti lapar
9. Ubat. Aku tak sakit,biar je lah.
10. Buku catat
11. Cap
12. Air botol besar
13. Ikut kau lah nak bawak apa! Malas nak tulis.

Nak ketawa tengok Jungkook catat ni. Jungkook baca pun,beberapa kali dia ketawa.

Habis membaca kesemuanya,dia melipat kembali kertas itu dan diletakkan ke dalam poket seluarnya.

Jungkook mengambil topi di atas meja belajar dan memakai jaket hitam yang disakutnya di hanger. Kemudian dia keluar dari bilik.

Selesai sahaja dia mengunci pintu rumah,dia menuju ke kedai yang berdekatan.

Sampai sahaja dia di kedai,cepat-cepat dia masuk.

Dia datang ke kedai ni,nak beli makanan untuk ke kem tu je.

Di berlegar-legar di kedai itu. Tidak lupa juga,dia mengambil sebuah bakul,fungsinya untuk meletakkan bahan-bahan makanan di dalamnya nanti.

Macam-macam makanan Jungkook ambik.

Selepas semua barang yang dia ingin beli diambil,dia ke kaunter untuk membuat pembayaran.

                                ♡♡♡♡♡

Tiba lah hari yang dinanti-nantikan semua pelajar form 4 dan form 5. KEM KEMBARA KEHIDUPAN!!

Jungkook mengangkat beg masuk ke dalam bonet bas atau lebih dikenali dengan perut bas.

Tiba-tiba seseorang mencuitnya dari belakang. "Jungkook." Suara garau milik lelaki jelas kedengaran di telinga Jungkook. Entah kenapa dia rasa lain macam je ni. Nak kata Hyungs dia yang cuit,semua form 5 dan bertolak dah.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Nov 16, 2019 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

The Ghost Girl JJK FF°Where stories live. Discover now