"Masa tu.....""Panjangnya masa tu kau" kata Jungkook. Serius,panjang sangat 'masa tu' dan itu membuatkan Min Ji ketawa.
"Nak proses ingatan jap" selepas beberapa saat berfikir,barulah Min Ji bercerita.
"Masa tu saya jalan-jalan dekat kawasan sekitar,pastu tiba-tiba kepala saya rasa pening and then pengsan. Bukak je mata,saya ada kat dalam keranda,badan saya pun rasa lain macam. Saya apa lagi,terus keluar dari keranda. Tapi,apa yang mengejutkan,ni bukan badan saya,ni badan orang lain. Saya cuba untuk keluar tapi tak boleh! Biasanya kalau roh masuk ke dalam badan orang lain,boleh pulak dia keluar. Tapi kenapa saya tak boleh?! Selama tiga tahun ni,saya terperangkap dalam badan si mati ni" ujar Min Ji panjang. Jungkook pun dengar dengan teliti.
"Maknanya,kau nak kata yang kau terperangkap dalam badan perempuan ni?" Tanya Jungkook dan Min Ji mengangguk mengiayakan.
"Jadi,kau nak aku buat apa?" Tanya Jungkook lagi.
" saya pernah baca pasal hantu yang terperangkap dalam badan manusia ni. Dalam buku tu,muka surat 66...ada kata yang ada manusia yang tak nak si mati ni mati jadi dia masukkan roh lain ke dalam badan si mati ni. Jadi,saya nak mintak tolong. Tolong saya cari siapa yang buat macam ni. Dan,suruh orang tu buang balik roh saya." Kata Min Ji.
"Kenapa kau tak cari sendiri?" Tanya Jungkook. Banyak betul si Jungkook ni tanya. "Tak ada IC" kata Min Ji.
"Walaupun saya ni mix manusia dan hantu,tapi saya tak boleh cari siapa perempuan ni...siapa yang buat saya macam ni...sebab saya tak ada kad pengenalan" senyum Min Ji nampak gigi.
"Kau mix?" Lagi Jungkook bertanya.
Dan Min Ji mengangguk. Jimin dan Taehyung dari Min Ji bercerita,berdiam diri je. Tak nak lah ganggu perbincangan ni.
"Yup. Jadi bila-bila je saya boleh jadi manusia atau jadi hantu." Kata Min Ji. Tapi,dia tak suka sangat badan yang ada pada dia sekarang ni sebab hodoh gila dari badan dia yang dulu.
Tak lah hodoh sangat....jangan fikir bukan-bukan. Muka perempuan ni biasa je.
"Jadi....awak nak tolong tak?" Tanya Min Ji,matanya bersinar meminta harapan.
"Maaf. Tak boleh. Sebab tu masalah kau,bukan masalah aku" kata Jungkook tidak bersalah. Kurang asam!
Terus hancur harapan Min Ji. Taehyung dan Jimin hanya dapat mengeluh. Kalau Jungkook...memang keras kepala!
Kalau tolong manusia,cepat-cepat je tolong. Sebab kami hantu,kami tak dapat nak dapatkan pertolongan lah?
"Jungkook buat apa kat sini?" Tiba-tiba Jin berada di belakang. Taehyung dan Jimin hilang dari pandangan mata Jungkook. Manakala Min Ji bertukar menjadi hantu dan hilang dari pandangan.
"Jungkook ambik angin je" tipu Jungkook. Jin menganggukkan sahaja. "Jom lah balik. Perpustakaan dah nak tutup ni" Jungkook mengangguk.
♡♡♡♡♡♡
"Jimin...Taehyung...macam mana ni? Biskut tu tak nak tolong." Min Ji buat-buat sedih sambil kakinya menghanyungkan buaian yang diduduk oleh Min Ji itu.
Taehyung dan Jimin mengeluh. "Aku dah agak yang Jungkook tak akan tolong kita. Lagipun kita ni kan hantu." Kata Jimin.
"Nak buat macam mana eh?" Taehyung berfikir.
"Ha! Aku tahu" kata Taehyung tiba-tiba. Satu mentol terpancar di kepala Taehyung.
Taehyung mendekati Min Ji untuk memberitahu ideanya. Jimin juga turut mendekati telinga Min Ji sebagai pendengar.
YOU ARE READING
The Ghost Girl JJK FF°
Fanfic"Boleh tak hantu-hantu sekalian jangan ganggu aku? pergi lah tandas ke,hospital yang ditinggalkan ke apa ke.....korang bla sekarang!" dan ye,Jeon Jungkook dapat melihat makhluk yang dinamakan 'ghost' ini.