11- tak hadir lagi?

71 12 6
                                    


Waktu rehat sudah pun habis,bunga ros yang peminatnya bagi dia letak di dalam lokernya. Nasib dia ada peminatnya,boleh jugak Jungkook lupakan hal pagi tadi.

Sian Jungkook.

Sekarang subjek English dan sekarang di depannya Cikgu Jong Kook sedang mengajar. Dia menghela nafas apabila dia memandang meja di sebelahnya.

'Ong tak datang lagi hari ni. Bosan lah' Hatinya merana bila ketiadaan Ong. Yelah,Ong duduk sebelah dia kut. Ini kali ketiga Ong tidak hadir ke sekolah. Tak tahu sebab apa.

*Tulis ong je lah. Malas nak tulis panjang-panjang. Faham-faham je lah Ong tu*

Tiba-tiba Min Ji muncul di tempat Ong. Min Ji tersenyum ke arahnya.

"Hai,Jungkook." Min Ji melambaikan tangannya.

"Uis,kau buat apa kat sini?" Tanya Jungkook. "Saja. Saya pun nak belajar jugak inggeris." Ujar Min Ji. Jungkook memandang curious si Min Ji. Ye ke nak belajar? Ke nak rapat dengan dia?

"Kenapa kelas ni jugak kau pilih? Banyak lagi kelas yang sedang belajar inggeris sekarang ni." Jungkook bersoal siasat dengan Min Ji.

"Biarlah." Tu je jawapannya.

"Suka hati kau lah." Baru je nak bersoal siasat tapi dah tu jawapan Min Ji baik tak payah. Buat sakit hati je.

Sedang semangat Cikgu Jong Kook mengajar tapi ada pengumumam pulak.

"Pengumuman apa pulak ni?" Tanya Cikgu Jong Kook.

"Perhatian kepada pelajar form 4 dan form 5,sila pergi--aduh mic pun."

Mic drop~

"Pergi mati."

"Pergi mana?"

"Pergi balik!"

"Maafkan saya. Perhatian kepada semua pelajar form 4 dan form 5,sila ke dewan sekolah untuk membincangkan hal kem yang akan berlangsung pada minggu hadapan. Terima kasih."

Habis sahaja pengumuman semua murid form 4 dan form 5 bersorak. Ada juga yang meraung tidak mahu pergi.

"Aku form 4 ke? Eh,betullah aku form 4." Jungkook menyoal dirinya. Min Ji yang berada di sebelahnya sudah ketawa.

Kau buat lawak ke Jungkook?

Apa lagi,cepat-cepat budak form 4 dan form 5  menuju ke dewan.

Jungkook duduk di barisan hadapan sekali manakala Min Ji sudah pun pergi. Yelah,dia nak buat apa duduk kat sana? Dia kan hantu.

"Oit." Seseorang mencuit Jungkook dan duduk bersebelahan dengannya.

"Yes....Jin Hyung duduk kat sebelah Jungkook." Kata Jungkook gembira apabila Jin mengambil tempat di tepinya.

"Eh,Namjoon Hyung ada sekali? Terbaik!" Dah kenapa Jungkook suka sangat ni?

Namjoon mengambil tempat duduk di tepi Jin pula. Dah nampak macam BFF pulak dua orang ni. "Mana Hoseok dan Yoongi Hyung? Bukan sekelas ke?" Tanya Jungkook. Tak nampak batang hidung pun.

"Yoongi dan Hoseok duduk belakang. Hoseok teman Yoongi kat belakang. Yoongi kata dia nak tidur." Ujar Namjoon sambil menggeleng kepala. Macam-macam ragamlah Hyungs dia ni.

"Alolo sweetnya Hoseok Hyung. Kena teman bagai." Kata Jungkook diikuti ketawa oleh Namjoon dan Jin.

"Tapi sibuk je form 4 ni. Patutnya kem ni khas untuk form 5 je tahu tak?" Kata Jin,saja nak main-main. Jungkook dan menggulingkan biji matanya.

The Ghost Girl JJK FF°Where stories live. Discover now