05- kau ni siapa?

105 21 0
                                    


"Maka tubuhlah kumpulan yang bernama ghost hunter! " kata Jungkook bersemangat.

Namjoon,Jin,Hoseok dan Yoongi memandang Jungkook pelik.

Memandangkan sekarang ini waktu rehat,Jungkook mengambil peluang ini untuk bermesyuarat bersama Hyungnya.

Tak bermesyuarat sangat pun...cuma borak kosong je.

"Apa yang Jungkook kata ni?" Tanya Namjoon kepada Jin yang berada di tepinya. Jin hanya mengangkat bahu. "Entah" kata Jin ringkas.

Yoongi memandang Jungkook kosong. Hoseok pulak teruskan dengan memakan nasi goreng kimci yang dibawanya dari rumah. Tidak melayan Jungkook ni.

Jungkook memandang Hyungnya tidak puas hati. "Kenapa Hyung semua tak bersemangat ni?" Tanya Jungkook,mukanya disengajakan buat-buat sedih.

"Bukan tak bersemangat tapi...sejak dari semalam tak dapat panggilan dari sape-sape pun" kata Namjoon. Yelah,kalau nak duit kena lah ada pelanggannya.

Kalau tak ada pelanggan macam mana nak duit?

Jungkook mengeluh dan pada masa yang sama telefon Samsungnya berbunyi menandakan satu mesej masuk.

Jungkook mencapai telefonnya di dalam poket seluar.

Dia membuka skrin telefon. Dan membuka kotak mesej.

Nombor tidak dikenali.

Terus tanpa berfikir,Jungkook menekan mesej yang masuk dari nombor tidak dikenali itu.

<01XXXXXXXX>

Ni kumpulan Ghost Hunter ke? Boleh tolong saya tak? Sebelum tu,biar saya perkenalkan diri dulu. Saya Kim Mun Sok. Panggil je Encik Kim. Sebenarnya sy ada merancang utk merobohkan satu pusat beli belah ni tapi sejak sy bincang dgn team sy utk robohkan tempat...sy selalu kena kacau. Macam mimpi aneh lah...Dengar bunyi lah. Ada jugak sekali,masa kami nak mesyuarat tu...ada orang kena rasuk. Saya syak yg mungkin tu kerja hantu pusat beli belah tu...boleh tak kalau hapuskan hantu tu?

Jungkook membaca mesej itu satu persatu sambil mulutnya tersenyum riang.

"Hyung! Rasanya ada orang perlukan bantuan kita lah" kata Jungkook gembira sambil menunjukkan mesej itu kepada Hyung-hyungnya.

Apabila Yoongi habis membacanya,terus dia merampas telefon itu dari pegangan Jungkook dan menaip sesuatu.

<ghost hunter team>

Berapa bayarannya?

"Rasanya Yoongi ni obses dengan duit lah" kata Jin terus terang. Yoongi hanya tersenyum.

"Biar aku lah. Lagipun aku  nak duit je" simple sahaja Yoongi menjawab. Swag katakan.

Tak sampai beberapa minit,kotak mesej Jungkook berbunyi lagi. Nombor yang sama memesejnya.

"Dia balas weh" kata Yoongi,masih lagi telefon Jungkook di tangan Yoongi. Namjoon,Hoseok,Jin dan Jungkook mendekati Yoongi untuk melihat juga mesej yang disampaikan oleh Encik Kim itu.

<01XXXXXXXX>

1800 dolar cash.

Terus terlopong mulut mereka berlima.

1800 dolar? Tu banyak sangat!

Memang bawak untung betullah join ghost hunter ni.

Yoongi terus membalas tanpa membuang masa. Teruja sangat.

<Ghost Hunter team>

Ok deal. Bagi alamat dan waktu untuk buat temu janji dulu.

The Ghost Girl JJK FF°Where stories live. Discover now