04- temu duga

108 16 16
                                    


Jungkook mengambil bunga sakura yang berada di dalam poketnya dan membuangnya di dalam sungai.

Jungkook tersenyum nipis. 'Harap kau bahagia,Asyoka'

"Jungkook ambik kat mana bunga sakura?" Tanya Jin yang pelik dengan tindakan Jungkook membuang bunga sakura itu.

"Jungkook ambik dari vila 104 tu" kata Jungkook. Tak nak lah cerita panjang-panjang hal dekat vila tu..nanti Jin semakin takut pulak.

"Ish,kenapa Jungkook pergi ambik? Tak bahaya ke?" Tanya Jin lagi. Dia dah rasa seram sejuk.

" tak bahaya lah  lagi pun hantu tu pun dah hilang" kata Jungkook yakin.

Apabila Jungkook yakin Jin pun yakin lah.

                     ♡♡♡♡♡♡♡♡

Sebelum Jin dan Jungkook pulang ke rumah,sempat  lagi mereka ke kedai makan. Okay la tu,duit dah ada..cuma makan je.

"Mat igeomasisseoyo wah! " kata Jungkook sambil jari telunjuknya ditujukan ke arah makanan itu.

"Kuchi? Chinca daebak" kata Jin pula. Mereka memang menikmati makanan petang mereka.

"Tapi kan Hyung,takkan kita duorang je yang akan jadi ghost hunter?" Tanya Jungkook. Lagipun,Jungkook ragu-ragu dengan kebolehan Jin ni. Bukan tak percaya,lagipun Jin pun kadang-kadang takut..kadang-kadang tak.

"Tu lah. Rasanya kita kena buat temu duga lah" nak tersedak makanan yang dimakan oleh Jungkook apabila mendengar Jin memberi idea.

"Temu duga? Ada ke orang nak? Lagipun bukan semua orang berani" kata Jungkook,cam tak caye je idea Jin ni.

"Mestilah ada orang nak..lagipun Jungkook  kan famous kat sekolah. Mestilah ada orang nak temu duga" kata Jin menjelaskan ideanya dengan lebih terperinci.

"Tapi,apa kena mengena dengan Jungkook famous?" Tanya Jungkook,saja je dia nak permainkan idea Jin.

"Yah! Jungkook sengaja kan? Dah,makan" ingat Jin pun tak annoying ke? Sebanyak dia sabar,sebanyak tulah Jungkook akan uji. Haih--

Jungkook pun dah ketawa besar. Best betul kenakan abang kesayangan dia ni!

"Okay,esok kita buat temu duga tu" kata Jungkook akur dengan plan Jin. Jin tersenyum lebar.

"Malasnya nak balik rumah" kata Jungkook tiba-tiba sahaja. Dapat dengar Jungkook mengeluh.

"Kenapa?" Tanya Jin ringkas.

"Bukan eomma dengan appa ada pun kat rumah...ada kerja dekat LA. Petang esok balik" kata Jungkook dan sekali lagi dia mengeluh.

Kesian jugak dengar cerita Jungkook ni. Habis bad mood,aduh!

Salah sape  ni?!

"Jangan risau lah! Hyung kan ada" kata Jin dengan nada ceria. Nak ubah mood--

Jungkook memandang Jin. "Thanks,Hyung" kata Jungkook. Sedikit sebanyak dia rasa gembira apabila Jin berkata begitu.

                      ♡♡♡♡♡♡♡

Jungkook menampal poster  yang ditulisnya sendiri di papan kenyataan sekolah.

INGIN MENJADI GHOST HUNTER PRO?
BERSAMA JEON JUNGKOOK?
DAN KIM SEOK JIN?
NAK JANA PENDAPATAN SENDIRI?

SINI ADA JAWAPANNYA!!!

TEMU DUGA MENJADI GHOST HUNTER

JURI: JUNGKOOK DAN JIN
BERTEMPAT: BILIK MUZIK
MASA:SELEPAS HABIS WAKTU PEMBELAJARAN
OBJEKTIF: TIGA ORANG LELAKI SEORANG PEREMPUAN

The Ghost Girl JJK FF°Where stories live. Discover now