08- Seri

67 12 0
                                    

Mereka berpandangan antara satu sama lain. Apa yang berlaku?

Mereka berenam keluar dari pusat beli belah itu. Terkejut mereka,apabila melihat sebuah kereta polis di hadapan mereka.

"Kenapa  ni?" Tanya Jungkook. Rasanya dia tak ada buat apa-apa kesalahan.

Namjoon ingin turut bertanya tetapi niatnya terhenti apabila muncul Encik Kim.

"Encik Kim? Apa yang berlaku ni? Kami kena tahan ke? Tidak!!!" Hoseok dah panik. Dia tak nak kena tahan.

"Eh,tak! Saya datang ni nak pastikan yang kamu berli-" Percakapan Encik Kim terhenti apabila muncul seorang wanita. Tapi,masa temu janji masa tu tak ada pulak si Min Ji sebab tu lah Encik Kim rasa keliru sikit.

"Maksud saya,saya datang ni nak pastikan yang kamu berenam ni selamat. Saya takut jugak." Jujur Encik Kim memberitahu hasratnya.

"Kenapa dengan muka kamu tu?" Tanya Encik Kim sopan apabila melihat wajah Jungkook penuh dengan luka.

"Tak ada hal serius sangat pun. Luka ni sikit je." Jungkook janganlah nak buat macho kat sini. Dah terang-terang yang muka kau penuh dengan luka.

"Mari saya bawakkan kamu semua ke hospital. Bahaya jugak kalau tak dirawat nanti." Kata Encik Kim dan Jungkook mengangguk.

                                  ♡♡♡♡♡

Sampai sahaja mereka di hospital,terus Jungkook mendapatkan rawatan. Yang lain tak dapat rawatan. Yang hanya mereka dapat ialah lawatan je.

Ye,lawatan ke pusat beli belah.

Yang lain menunggu di luar. Encik Kim terpaksa pergi kerana ada hal yang perlu diuruskan.

Min Ji datang dekat ke arah Jin. Saja nak takutkan dia.

"Oit." Min Ji mencuit bahu Jin membuatkan Jin terloncat sedikit. "Eh mak!"

Terkekek Min Ji ketawa.

"Oppa tak kenalkan lagi nama oppa." Kata Min Ji. Lupa nak tanya nama Jin tadi.

"Kim Seok Jin. Jin." Kata Jin. Masih lagi takut dan was-was dengan Min Ji ni.

"Oo,Jin oppa. Tapikan kenapa oppa takut sangat dengan saya?" Tanya Min Ji lagi.

"Sebab awak hantu." Balas Jin jujur. "Saya mix lah,jadi oppa tak yah takutlah." Ujar Min Ji.

Nak caye ke tidak?

"Tapi oppa jangan risau sebab saya akan jadi manusia bila dengan oppa. Jadi oppa tak yah takutlah." Kata Min Ji lagi.

"Betul ni?" Soal Jin dan dibalas anggukan oleh Min Ji.

"Tapi kenapa Min Ji tak pergi rawat jugak luka Min Ji tu?" Tanya Jin. Sekarang baru dia rasa selesa sedikit berdekatan dengan mix hantu ni.

"Nanti kalau nurse tu tahu yang saya ada darah ungu macam mana?" Kata Min Ji,dan itu menambahkan seriau di dalam hati Jin.

"Aduh Min Ji ni! Janganlah macam ni!"

"Min Ji gurau je lah. Darah Min Ji sama je dengan manusia. Lagipun Min Ji ni kan mix." Dari tadi,Min Ji cerita pasal Mix je. Bosan lah dengar!

Sedang seronok mereka berbual dan ketawa,Jungkook siap mendapat rawatan sambil dibantu oleh Namjoon dan Hoseok berjalan. Lagipun,Jungkook susah sikit nak jalan laju.

Min Ji dan Jin memandang ke arah Jungkook yang sedang duduk di kerusi itu dan menuju ke arah Jungkook.

"Jungkook rasa okay tak?" Tanya Jin apabila selesai saja Jungkook duduk. "Okay sikit." Jawab Jungkook ringkas.

"Weh,aku nak gi makan jap dekat cafe. Korang nak ikut tak?" Tanya Yoongi. Perut dia dah dari tadi berbunyi.

"Okay jugak lagipun aku lapar jugak ni." Balas Namjoon dan disetujui oleh Jin dan Hoseok.

"Jungkook? Nak makan tak?" Tanya Jin.

"Tak apa lah. Jungkook nak cakap personal dengan Min Ji jap." Terus semua pandangan Hyungnya terarah ke arah Min Ji. Min Ji turut terkejut apabila Jungkook ingin bercakap dengannya.

Usai sahaja Hyungnya ke cafe,Min Ji mengambil tempat di tepi Jungkook. Atmosferanya cukup kekok.

"Erm,apa awak nak cakap dengan saya?" Tanya memecahkan kesepian. Jungkook memandang Min Ji.

"Macam mana kau tahu yang aku dengan Hyung aku ada kat sana?" Tanya Jungkook.
"Erm,sebenarnya saya saja je nak jalan-jalan dekat kawasan pusat beli belah. Lepas tu,saya nampak cahaya putih dari dalam. Saya apa lagi,masuklah sebab nak tahu apa bendanya tu. Tapi tak sangka pulak.." Ujar Min Ji. Jungkook hanya mengangguk.

"Tapi,awak nampak macam tak okay sangat je?" Kata Min Ji sambil matanya meneliti setiap luka di wajah Jungkook.

"Alah,sikit je ni. Esok okay lah." Kata Jungkook. "Uis,cepatnya baik luka awak." Kata Min Ji pula.

"Apa kata kita buat deal?" Tiba-tiba Jungkook bertanya. "Deal?" Tanya Min Ji tidak faham.

"Sebab kau dah tolong aku malam ni,apa kata aku tolong kau pulak." Ujar Jungkook.
"Maknanya awak sudilah nak tolong saya? Yes!" Min Ji sudah gembira tu tahap ke bulan bila Jungkook sudi membantunya.

"Tapi kena ada syarat." Berdesing telinga Min Ji apabila Jungkook sebut syarat. Baru je ingat nak merani dekat depan ni.

"Syarat apa?"

"Kau kena masuk team ghost gunter ni. Amacam,setuju?" Tanya Jungkook.

Min Ji berfikir sejenak kemudian mengangguk bersetuju.

Min Ji bangun dari kerusinya.

"Maknanya kita seri." Kata Min Ji.

"Huh?"

"Kita seri. Saya dah tolong awak. Awak kena tolong saya pulak." Kata Min Ji lalu tersenyum dan berlalu pergi. Jungkook membalas senyuman Min Ji.

"Yup,kita seri."

Chapter ni pun hilang balik,tak tahu lah apa masalah. Takpe,sy buat balik.

Votets ye. Tapi,chap ni bosan sikit.

The Ghost Girl JJK FF°Where stories live. Discover now