Cinta Bas Ekspres - Bab 2

115 2 0
                                    


ZAIRIL geleng kepala. Sudah dua minggu Yafit

termenung, teringatkan gadis yang ditemui di dalam

bas ekspres. Orang tegur tak mahu dengar. Gadis itu tak

wujud. Kalau wujud pun bukan manusia, tapi makhluk

Allah SWT yang lain.

"Sudah-sudahlah kau ingatkan gadis tu. Aku

yakin bukan manusia duduk sebelah kau. Tapi makhluk

lain. Menumpang balik kampung juga."

Yafit geleng kepala. Dipandang sekilas Zairil yang

berpeluk tubuh di hadapannya. Dibelek-belek kertas

sebelum ditandatangani. Kemudian fail dihulurkan

kepada Zairil.

"Aku yakin, yang duduk di sebelah aku tu

manusia," tekan Yafit. Sakit hatinya apabila semua orang

tidak mahu percaya.

"Kalau manusia, kenapa pagi tu tak ada sesiapa

pun yang nampak kecuali kau? Pak guard pun cakap,

arah yang kau tunjuk dia pergi tu bilik mayat. Kau fikir

logik sikitlah. Tak ada perempuan berani pergi bilik

mayat sendirian. Aku pun takut."

Yafit terdiam. Tidak ada hujah yang dapat

menyangkal kata-kata Zairil itu. Namun hatinya tetap

tak percaya. Wajah comel itu sehingga saat ini masih lagi

diingatinya.

Zairil geleng kepala. Sahlah Yafit ni kena sampuk

dek hantu.

"Cantik sangat ke gadis tu sampai kau ikut ke

hospital?" Zairil ingin tahu.

"Memang cantik. Menangis pun cantik." Yafit

mengelamun mengingati wajah gadis itu. Pipinya polos

tanpa mekap tanpa sebiji jerawat pun.

"Aku rasa kau dah terkena ni. Kena berubat."

Zairil tepuk meja. Yakin sangat dia yang sepupunya ini

telah terkena sampuk dek hantu.

"Mengarutlah kau ni Ril."

"Eh, takkan kau tak percaya bunian tu wujud?"

"Percaya. Mereka juga makhluk Allah. Ada

disebut dalam al-Quran. Tapi aku yakin Sarrah tu

manusia. Bukan bunian. Kalaulah bunian, takkanlah

guna Lenovo pulak?" Sengaja nak sedarkan Zairil yang

dia nampak itu manusia bukan hantu atau makhluk lain.

"Eh... kau jangan, teknologi mereka lebih maju

daripada kita." Zairil tidak mahu mengalah. Dia yakin,

dia betul. Cakap apa pun tak guna kalau Yafit tak mahu

dengar cakap. Nampaknya dia kena buat sesuatu. Kena

cari ubat untuk tawarkan penyakit angau Yafit ini.

Masalahnya penawar paling mujarab ialah gadis itu.

Hantu? Bunian? Entah, dia sendiri pun tak tahu. Tapi

Cinta Bas Ekspres ; Siti & Polis ComelWhere stories live. Discover now