SITI melangkah selaju yang mungkin. Kalau
boleh lari, pasti dia dah pecut. Masalahnya dia pakai
baju kurung. Susah sikit nak berlari. Lagipun polis comel
mengejarnya. Dah macam cerita Hindustan pula main
kejar-kejar ni. Siti tersengih sendirian.
"Kak, jangan laju sangat. Penat ni."
Siti toleh ke kiri. Alahai, kasihan pula hantu ni
kena ikut dia jalan laju-laju. Tadi berlari kejar anjing,
sekarang lari daripada dikejar polis comel. Siti dengar
namanya dilaung. Aduh... kalau ada orang rakam ni,
nampak sangat dialah pesalah yang dikejar polis.
"Hantu boleh terbanglah. Kenapa kamu tak
terbang aje?"
"Aku baru aje tadi jadi hantu, kak. Tak reti nak
terbang."
"Apa-apalah. Sekarang kamu tengok belakang,
ada tak polis tu kejar kita lagi? Akak dah penat sangat
ni. Lapar pun ada ni." Siti tak berani nak toleh belakang.
Itulah, mulut dia jadi baik sangat hari ni. Kena sergah
sikit habis semua keluar. Tak boleh ke mulut ni jadi
nakal-nakal sikit? Tapi polis comel ni pun satu. Kenapa
sergah dia tengah khusyuk susun cerita?
Lama pula hantu ni menghilang. Dia dah lelah
sangat sebab hari ini banyak berjalan dan berlari. Pandai
pula staminanya bertahan hari ini. Biasanya berlari,
sekejap saja dia dah pancit walaupun fizikalnya kecil
molek.
"Inspektor tu tak ada, kak."
Siti memperlahankan langkah. Dia menarik nafas
dalam-dalam. Biar oksigen masuk sepenuhnya ke liang
paru-paru. Dan kemudian Siti melepaskan keluar karbon
dioksida melalui mulutnya. Setelah melakukannya dua
tiga kali, Siti rasa lega. Segala penatnya telah hilang.
"Mana pulak Alan ni hilang?" Siti memerhatikan
sekeliling. Dia berada di kawasan perhentian bas. Tak
sangka jauh juga dia berjalan. Suasana agak tenang
memandangkan waktu pejabat belum tamat. Alan sejak
tadi hilang dari radar. Pandai-pandailah dia cari jalan
balik.
"Sekarang kita cari mayat kamu." Siti buat muka
serius. Back to work babeh. Inspektor comel dah hilang,
dia pun boleh bagi tumpuan kepada hantu perempuan
tu. Kasihan hantu tu.
Siti berasa lega apabila dia dapat duduk. Dia
mengurut betisnya. Penat sangat ni. Tak sabar nak balik
rumah, nak bersenang-lenang di atas katil sendiri. Siti
mengambil botol air mineral dari dalam beg. Tekak haus,
YOU ARE READING
Cinta Bas Ekspres ; Siti & Polis Comel
RomanceCINTA BAS EKSPRES - SHIMA AWANG Membawa hatiku ke destinasinya... Pertemuan pertama di dalam bas berada di sisi seorang gadis membuka pintu hati Yafit untuk mengenali gadis itu. Tapi malangnya, sebaik sahaja sampai di destinasi, gadis itu menghilang...