SITI berjalan perlahan-lahan sambil membaca
surat di tangan. Sekali-sekala dia mendongak melihat
bangunan di kiri dan kanannya. Di kirinya Alan sedang
memegang tangan makhluk tanpa kepala. Mereka
bertiga berjalan dengan tenang di sebalik manusia yang
lalu-lalang.
Sesekali Alan dan makhluk tanpa kepala
terpaksa berlanggar dengan manusia-manusia lain.
Mana-mana manusia yang mereka berdua langgar pasti
akan rasa seram sejuk. Tapi Siti buat tak tahu bila ada
orang menoleh atau memandangnya.
"Kita dah sampai tempat yang kita tuju. Jom
naik." Siti gembira apabila melihat nama bangunan di
hadapannya. Sama dengan alamat yang tertera di dalam
surat.
"Tak apa ke kak kalau kami ikut? Tak mengganggu
ke?" tanya Alan.
"Tak mengganggu selagi Alan pegang tangan dia
ni kuat-kuat," ujar Siti separuh berbisik. Nampak pelik
pula kalau dia bercakap sorang-sorang. Dia buat-buat
pandang dinding sambil bercakap dengan diri sendiri.
Siti melangkah dengan penuh debaran. Alan
masih setia mengekori Siti. Makhluk tanpa kepala yang
langsung tak nampak apa-apa hanya mampu menurut.
Siti sudah berjanji akan membantu dia selepas habis
temu duga.
Siti meloloskan diri ke dalam lif yang hampir
tertutup. Alan dan makhluk tanpa kepala muncul
menembusi lif.
"Kenapa tiba-tiba lif ni sejuk sangat?"
"Betullah, sejuk betul rasanya. Sampai ke
tulang."
Siti mendengar soksek-soksek para pengguna lif.
Memanglah sejuk sebab ada dua roh bersama mereka di
situ. Siti menoleh ke belakang seketika. Beberapa orang
sedang menggosok lengan mereka yang terasa sejuk. Siti
jeling Alan yang tersengih. Alan memang suka mengusik.
Ini baru berdiri bersama di dalam lif. Kalau tiba-tiba Alan
memanjat, mahu pengsan dibuatnya.
Pintu lif terbuka di tingkat 8. Siti segera keluar
dengan diekori Alan dan makhluk tanpa kepala. Sebaik
sahaja Siti keluar, suasana sejuk terus hilang. Semua
mata memandang ke arah Siti tapi Siti buat tak tahu
sahaja. Bukan pertama kali dia berdepan dengan situasi
ini. Dia dah biasa dan dah lali dengan pandangan hairan
orang lain.
"Kita duduk dulu." Siti mengambil tempat duduk
YOU ARE READING
Cinta Bas Ekspres ; Siti & Polis Comel
RomanceCINTA BAS EKSPRES - SHIMA AWANG Membawa hatiku ke destinasinya... Pertemuan pertama di dalam bas berada di sisi seorang gadis membuka pintu hati Yafit untuk mengenali gadis itu. Tapi malangnya, sebaik sahaja sampai di destinasi, gadis itu menghilang...