Cinta Bas Ekspres - Bab 4

95 2 0
                                    


WAJAH Saffanah di sebelahnya ditenung

lama. Tidak terganggu dengan bunyi bising enjin bas

yang laju menuju ke Kuala Lumpur. Mereka telah

sampai di pertengahan perjalanan. Sebentar lagi bas

akan berhenti seketika di Hentian Gua Musang sebelum

meneruskan perjalanan. Ketika ini jam sudah melepasi

12 tengah malam. Matanya telah kelat mengantuk,

tetapi fikiran dan hatinya masih lagi bekerja. Memikirkan

tentang hari esok.

Sarrah gigit bibir. Dia takut sebenarnya. Mahu

menempuhi cabaran dan dugaan hari-hari mendatang.

Mampukah dia menjaga dan mendidik Saffanah sehingga

berjaya? Mampukah dia menanggung kehidupan

mereka di kota raya ini dengan gaji kecilnya? Cekalkah

hatinya untuk terus bertabah tanpa mek dan ayah?

Tidak! Jiwanya rapuh. Tadi, saat berpisah dengan

Mak Eton, dia pura-pura tabah supaya ibu saudaranya

itu tidak risau untuk melepaskan mereka pergi. Janji

untuk sentiasa berhubung, padahal matanya nampak

Pak Deris tidak mahu dia berhubung dengan isterinya.

Jegilan mata merah Pak Deris cukup menggambarkan

isi hati orang tua itu. Tapi sengaja disedapkan hati agar

Mak Eton tidak risaukan mereka berdua.

"Mek... mek..." Terdengar bisikan dari bibir

Saffanah.

"Anah..." Sarrah goyang bahu adiknya.

Seketika Saffanah mencelikkan matanya.

Terkebil-kebil dia memandang kakaknya dengan mata

yang merah.

"Anah mimpi mek," bisik Saffanah. "Mek

senyum tengok Anah dan kakak. Anah lambai nak ikut

mek, tapi mek tak dengar," ceritanya.

Sarrah tarik kepala Saffanah ke bahunya.

Teresak-esak Saffanah. Sarrah peluk erat adiknya itu.

Dia tahu Saffanah rindukan mek. 12 tahun hidup di

bawah ketiak mek, tiba-tiba dia kehilangan. Sarrah

faham perasaan itu. Faham sangat, sebab rindunya pun

mendalam.

"Syuuuhhh... mek tahu Anah rindukan dia, sebab

itulah dia muncul dalam mimpi Anah. Mek senyum

sebab lega Anah dah ikut kakak ke KL. Dia bukan tak

dengar Anah panggil, tapi dia nak Anah teman kakak.

Nak kita berdua saling menjaga antara satu sama lain."

Saffanah diam. Esakannya masih kedengaran.

Pujukan kakaknya membuatkan hatinya makin sayu.

Apatah lagi dengan nada suara yang serak menahan

sebak. Mereka hanya ada satu sama lain. Dia kena jadi

Cinta Bas Ekspres ; Siti & Polis ComelWhere stories live. Discover now