Siti & Polis Comel - Bab 1

97 3 0
                                    


SITI berjalan mundar-mandir mengelilingi

biliknya yang kecil. Malam sudah terlalu larut dan

menghampiri pagi. 5 minit lagi jam akan berbunyi

menandakan pukul 1 pagi. Entah kenapa, malam ini

susah benar dia mahu lelapkan mata. Puas dia baring

dan cuba pejamkan mata di bawah selimut, tapi tetap

juga matanya bugar.

"Akak pusing-pusing ni peninglah saya. Cuba

berdiri diam-diam atau baring aje."

Siti jeling Alan yang sedang bersandar di pintu.

Alan sengih menampakkan giginya yang separuh rongak.

Siti sepetkan mata. Dasar budak kecik banyak cakap!

Semua benda yang dia buat nak dikompelin. Ada saja

yang tak kena di mata Alan.

"Boleh tak jangan kacau akak. Akak saja aje

nak bagi badan akak penat. Kot-kot boleh tidur ke.

Kalau akak tak boleh pejam mata... habislah interviu

akak esok," bebel Siti. Dia masih lagi berpusing-pusing

seperti tadi. Apa kena dengannya malam ni? Nak kata

berdebar-debar dengan temu duga esok, rasanya dah

berpuluh-puluh kali dia menghadiri temu duga.

"Akak ambil gam, taruh kat mata... nanti

melekatlah." Cadangan yang tak bernas langsung keluar

dari bibir ungu Alan.

"Alan, boleh tak kalau bagi idea yang kreatif

sikit. Kalau mata akak melekat buat selama-lamanya

macam mana?"

"Alah akak ni, orang gurau aje. Tak boleh nak

gurau, duduk surau." Alan sengih lagi.

"Akak tengah runsing dan risau ni, Alan. Runsing

dan risau... tapi tak tahu sebab apa." Siti duduk bersila.

Kakinya sudah lenguh.

Alan turut bersila berhadapan dengan Siti.

Simpati dengan Siti yang sedang runsing memikirkan

masalah negara.

"Hah... Alan tahu, mesti akak risau dengan kakak

pegang bunga tu kan? Dah dua orang kan kak?" tanya

Alan.

Siti angguk. Fikirannya merewang ke peristiwa

dua hari lepas. Temu duganya di sebuah pejabat gagal

kerana 'kakak pegang bunga' Alan. Baru dia hendak

melangkah masuk, hantu 'kakak pegang bunga' Alan

berdiri betul-betul di depan pintu pejabat. Mujur dia tak

melompat.

"Saya pun risau, kak. Dah dua orang 'kakak

pegang bunga' kita jumpa. Akak rasa ada sesuatu

tak? Pembunuh bersiri mungkin?" tanya Alan lagi. Dia

menopang dagu dengan kedua-dua belah tangannya

Cinta Bas Ekspres ; Siti & Polis ComelWhere stories live. Discover now