"ASSALAMUALAIKUM Mak Cik Raja,"
sapa Sarrah kepada wanita separuh baya yang sedang
menyapu laman.
Lantas wanita itu berpaling. Menguntum
senyum apabila melihat gerangan yang memberi salam.
"Waalaikumussalam... Dah sampai pun. Mak
cik risau bila tak nampak Sarrah lagi pagi ni." Penyapu
disandarkan ke tepi dinding rumah. Kemudian dia
sambut huluran tangan Sarrah dan Saffanah. Mereka
berdua mencium tangannya. Diusap kepala kedua-dua
anak yatim itu. Hatinya penuh dengan belas kasihan dan
sayang.
Masih segar dalam ingatannya beberapa bulan
lepas, Sarrah menelefonnya memberitahu terpaksa
pulang ke kampung kerana ibunya sedang tenat di
hospital. Mujurlah Sarrah sempat melihat wajah ibunya
buat kali terakhir pagi itu.
Seminggu kemudian, gadis itu kembali ke sini
dengan wajah sugul dan risaukan adiknya di kampung.
Meminta nasihat dan bantuannya untuk membawa
adiknya ke sini. Dan dialah yang bersusah payah
menolong Sarrah menguruskan urusan pertukaran
sekolah Saffanah. Mujurlah tiada banyak masalah.
"Singgah beli roti dekat Seven E dulu mak cik,"
sengih Sarrah. Tahu yang Mak Cik Raja akan risaukannya
kalau terlewat sampai.
Mak Cik Raja angguk. Dia pandang gadis kecil di
sebelah Sarrah. Senyum malu-malu.
"Ni ke Anah?
"Haah mak cik. Anah... ni Mak Cik Raja. Tuan
rumah kita. Nanti mak cik akan tengok-tengokkan Anah
bila kakak kerja."
Mak Cik Raja senyum.
"Mari masuk rumah mak cik dulu. Mak cik
goreng bihun pagi ni."
Segan tapi tak sampai hati nak menolak kebaikan
tuan rumah, Sarrah angguk. Ditarik tangan adiknya
sekali. Lalu mereka sama-sama masuk ke dalam rumah
besar itu.
Tanpa mereka sedari, ada sepasang mata
sedang memerhatikan gelagat mereka. Dahi pengintai
itu berkerut. Sungguh dia telah buat kerja di luar alam.
Menjadi pengintip anak dara orang. Namun kerana
desakan hati, perbuatan tak baik ini dilakukan juga.
"Rasanya itu Mak Cik Raja. Apa hubungan
mereka?" Dahinya semakin berkerut sehinggalah
iPhonenya bergegar di dalam poket.
"Abang kat mana?" Terdengar suara halus di
sebelah sana sebaik sahaja ditekap di telinga. Nyaring.
YOU ARE READING
Cinta Bas Ekspres ; Siti & Polis Comel
RomanceCINTA BAS EKSPRES - SHIMA AWANG Membawa hatiku ke destinasinya... Pertemuan pertama di dalam bas berada di sisi seorang gadis membuka pintu hati Yafit untuk mengenali gadis itu. Tapi malangnya, sebaik sahaja sampai di destinasi, gadis itu menghilang...