"weh amacam kau kerja dengan mengancam sekarang?okey?dia ada buli kau tak?"tanya Ann bertalu-talu.
"Okey je aku kerja dengan dia,dia pon tak adalah kerek sangat dengan aku.Eh actually dia baik la dengan aku.Even die bahasa kan diri 'aku kau' but still die cakap elok elok je."tu diaa Hazel bagi compliment baik punya khas untuk boss a.k.a crush zaman sekolah dia tu
"Uuuuu kau dah suka balik dengan mengancam keeeeee"meleret senyum Mairah bila cakap macam tu.
"Erm entahlah aku ada rasa macam nak suka tau tapi aku rasa kan hati aku dah tersangkut dekat Tengku Syamil lah"balas Hazel berdalih.Dia tak rasa macam nak share perasaan dia dengan kawan kawan dia buat masa sekarang.
"HAAA?!!"aduh kuat gila diorang jerit bila dengar Hazel cakap dia suka Tengku Syamil.
"Aduh kau ni acaner pulak boleh suka Tengku Syamil?"tanya Raihana.
"Entahlah dia tu hari hari datang office semata-mata nak ajak aku lunch sama-sama,selalu usik usik aku macam mana aku tak jatuh suka?Aku tak boleh lah buat bodoh je tiap kali dia datang nanti dia kata aku ni perempuan sombong pulak,so aku layan kan jela"jelas Hazel.
"Tapi okey apa dia tu handsome jugak dengan rambut dia yang tebal tu"tambah Hazel yang sudah berangan mengenangkan Tengku Syamil.
Yang lain dah berpandangan sesama sendiri and teruk tepuk dahi masing-masing.
Hazel hazel senang sangat jatuh cinta minah ni haishh kalau lelaki tu rambut tebal je jalan hmm..
Mereka dah faham sangat dengan ciri-ciri lelaki yang Hazel minat,eh bukan ciri-ciri,tapi CIRI je.Hazel suka lelaki berambut tebal.Tak kisah la mamat tu kaya ke miskin ke kalau rambut die tebal ha dah boleh masuklah dalam senarai Hazel.
Mereka pun tak boleh buat apa dengan cara Hazel menilai lelaki sebab dia bukannya menilai lelaki dari segi harta that mean dia bukan perempuan jenis materialistik.Okey la kan?Buatnya dia jenis kaki kikis?Memang takda lah diorang nak kawan dengan Hazel.
******
"Hai sayang"tegur Tengku Syamil.Macam biasalah kan.
"Hai"balas Hazel sambil tersenyum lebar melihat Tengku Syamil datang melawat dia dekat office ni.
"Hazel,Hazel free tak malam ni?Kalau free saya nak ajak awak dinner dengan saya.Sudi tak?"tanya Syamil sambil menyebak rambut dia.
"Erm tak tahulah free ke tak,sebab Hazel busy sikit la harini."dalih Hazel.Yelah tak akan nak terus setuju kan?Nanti dia ingat Hazel ni jenis senang kena pikat.Kena lah jual mahal sikit.Sorrylah Hazel ni memang paranoid tahap gaban.
"Hmm tak akan langsung tak free?Bolehlahhhh..Ini dah berapa kali Hazel tolak saya.Kenapa?Tak sudi ke?"tanya Syamil yang sudah kecewa kerana masuk kali ini dah 5 kali Hazel tolak ajakan dia.
"Alah sorry lah encik..Hazel bukan tak nak tapi Hazel betul betul busy.Macam ni lah,Hazel try siapkan kerja ni cepat,kalau dah siap before pukul 4 petang,nanti Hazel bagitau encik so bolehlah Hazel keluar dinner dengan encik"pujuk Hazel.Dia juga sedar yang dia sudah banyak kali menolak ajakan Syamil.Dia bukannya sengaja tapi setiap kali Syamil ajak je mesti ada kerja baru dia kena buat.
"Okey saya pegang kata-kata Hazel tu,nanti kalau dah free call saya eh?"kata Syamil yang sudah mula tersenyum semula.
"Okey"Hazel membalas senyum Syamil.
Secara tiba-tiba
"Syamil masuk bilik aku weh"Zairul memanggil Syamil dari interkom.
"Ha tu boss dah panggil,pergilah bye"lambai Hazel
"Okey bye sayang"balas Syamil.
Hazel hanya mampu tersenyum bahagia.Dia dah mula sukakan Syamil.
*******
"Aku tengok kau makin rapat dengan Hazel sekarang"tegur Zairul sebaik sahaja Syamil melabuhkan punggung.
"Haah memang pon"jawab Syamil selamba
"Kau suka dia ke?"tanya Zairul
"Haah aku ingat aku nak confess dekat dia dalam masa terdekat.Kenapa?"tanya Syamil pelik dengan pertanyaan sepupunya itu.Before this tak pernah pon sibuk urusan aku bila aku rapat dengan mana-mana.pekerja dia,ni tak akan tiba tiba pulak concern pasal Hazel.getus Syamil dalam hati.
"Aku tak suka.Hazel aku punya.Kau boleh cari perempuan lain tapi bukan Hazel."kata Zairul dengan muka yang dingin.Sangat dingin.
"Aik bro?Tak akan kau suka Hazel jugak?Sejak bila ni?Aku ingat kau tak nak dah cari pengganti Amylia?"perli Syamil sinis.
"Kau tak perlu tahu kenapa aku tak nak cari pengganti Amy dulu.And kau pun tak akan faham kalau aku terang kan pasal Hazel.So apakata kau cari je perempuan lain?"Zairul cuba berunding.Selama ni dialah yang memberi Hazel banyak kerja yang tak relevan supaya dia tak jadi untuk keluar makan dengan Syamil.Pasal lunch tu,dia dah agak dah mesti Syamil akan mengambil peluang untuk mengajak Hazel keluar so awal-awal lagi dia dah tetapkan syarat sebegitu.Nasib baik Hazel patuh.
"Sorry lah bro,tapi aku dah suka kan Hazel dan aku akan terus terang kat dia tak lama lagi.Lagipun aku rasa dia pon suka aku jugak sebab dari muka dia bila aku datang jenguk dia.Happy gila."Syamil kata begitu hanya untuk memanaskan hati Zairul saja.Syamil tersenyum sinis bila melihat muka Zairul yang semakin keruh mendengar kata-katanya.Heh ini Syamil lah,kalau dia nak mesti dia akan dapat punya fikir Syamil lagipun aku memang sukakan Hazel.Aku tak main main dalam bab itu.Aku betul-betul jatuh hati sejak kali pertama melihat Hazel.Syamil sudah bertekad untuk jadikan Hazel sebagai miliknya.
"Okay la bro camni lah,senang cerita,siapa cepat dia dapat.Ok bye bro"Syamil terus berlalu lepas meninggalkan sepatah dua kata selepas Zairul hanya mendiamkan diri.
Sementara itu Zairul dah tak senang duduk mengenangkan Syamil.Dia kenal Syamil.Syamil akan buat apa sahaja untuk dapatkan benda yang dia nak.Termasuk bermusuh dengan sepupu sendiri.
Dia suruh Syamil masuk tadi pon sebab dia sakit hati melihat kemesraan antara Hazel dan Syamil.Nampakny rancangan dia bagi kerja baru dekat Hazel tak berjaya.Dia still akan keluar dengan Syamil.
Zairul mula berfikir macam mana nak jauhkan Syamil dari Hazel.Tapi dia dah boleh nampak yang segala usaha dia tak akan menjadi.Betul kata Syamil dia boleh nampak Hazel macam sukakan Syamil.Mungkin itu semua salah dia?Salah dia sebab tak berterus terang awal -awal dengan Hazel?Salah dia bila dia tak cuba mengorat Hazel bila ada peluang?Tapi nak menyesal sekarang dah tak guna.Hazel dah sukakan Syamil.
Zairul hanya boleh mengeluh kasar.
Dont be shy bacalah next chap👉👈
YOU ARE READING
End Of Love ✓
Romance"Sebenarnya saya sukakan Hazel" - Tengku Syamil ------------ "Boleh tak awak janji yang kalau saya tak ada,awak tak berhenti untuk cari pengganti saya?Janji dengan saya untuk lupakan saya bila saya dah tak ada?Janji dengan saya yang awak akan terusk...
