"Hazel"
"Ye boss"
"Jom keluar makan"ajak Tengku Zairul sambil melonggarkan sedikit tie dia.
"Jom"Hazel hanya mengikut tanpa banyak soal.
******
"Hazel aku nak tanya sikit boleh tak?"tanya Zairul tiba-tiba.
"Erm bolehlah tapi sikit je saya malas nak jawab banyak-banyak"jawab Hazel sambil menghulurkan tangan nak minum air dalam gelas
"Kau ada boyfriend ke?"
PFFFFTTT!!!!
Tersembur air dari mulut Hazel terus ke muka Tengku Zairul.
"Hoi!Apa ni agak agak lah kot ye nak menyembur!Habis muka aku!Semua orang pandang aku la"marah Zairul langsung ambil tisu nak lap muka dia.Bayangkan muka dia kena air limau,tak melekit ke jawabnya?
"Tak adalah boss,salah boss lah yang pergi tanya soalan macam tu masa tengah minum kenapa?Macam tak ada soalan lain pulak."Hazel cuba salahkan Tengku Zairul padahal dia yang terkejut dan naik tersedak dengar soalan boss dia.
"Tadi kau jugak yang bagi aku tanya soalan kan?Aku tanya jelah.Hak alah nak salahkan orang pulak aku potong gaji kau baru kau tau"sempat lagi Zairul mengugut Hazel.
"Alah sorry lah boss saya terkejut ni.Okeylah saya jawab,saya tak ada boyfriend pon a.k.a single but not available.Dah"jawab Hazel mudah.
"Asal tak available pulak?"Tengku Zairul baru nak happy sebab Hazel single sekali tak available pulak.Hish potong line betul lah.Rungut Zairul dalam hati.
"Sebab hati saya memang dah terpaut kat seseorang."Hazel dah start blushing dah terfikirkan jejaka yang disukai.Rasa-rasa siapa?
"Siapa?"berdebar hati Zairul nak tahu gerangan yang berjaya mencuri hati gadis idamannya.
"Adalah"
"Bagilah tahu"
"Tak nak"
"Kenapa tak nak?"
"Sukahati saya la,tu rahsia saya nak buat apa bagitau boss?""Okey takpe hari ini hari kau,kau tunggu nanti lambat laun aku tahu jugak sapa orangnya."Tengku Zairul mengalah tapi itu tak bermaksud dia akan stop dari mencari mamat yang Hazel suka tu.
******
"Weh Zaf,kau boleh tolong aku tak?"tanya Syamil pada suatu hari.
"Ha apa dia?"
"Kau tau tak Hazel ada boyfriend ke tak? Kalau ada siapa?Apa nama dia?"soalan Syamil buat Zairul nak terbatuk kat situ jugak tapi dia tahan je.Mana tak,dia baru sahaja tanya soalan tu tengahari tadi,ni petang Syamil dah tanya benda yang sama.
Eh si Syamil ni tanya pasal Hazel dia suka Hazel ke?getus Zairul dalam hati.Tapi dia tak nak terus tanya Syamil pasal tu.Takut tu cuma perasaan dia sahaja.Nanti tak pasal-pasal Syamil ingat dia ni busybody.
"Tak dia tak ada boyfriend."pendek sahaja jawapan Zairul.
"Mana kau tahu?"tanya Syamil pelik.
"Aku pernah hari tu tanya dia ada boyfriend ke tak.Saja je aku tanya.Bayangkan dia boleh tersedak sampai tersembur air limau kat muka aku.Tapi masa tu memang dia mengaku dia tak ada boyfriend"cerita Zairul 'sedikit' tidak jujur.
"Oohhh,okey okey"Syamil amat berpuas hati dengan maklumat yang dia dapat.Maknanya dia ada peluang untuk mengorat Hazel.Eh?Syamil suka Hazel ke?Sejak bila?
"Asal kau tanya?"pertanyaan Syamil amat mencurigakan bagi Zairul.
"Saja"dalih Syamil.Suatu hari nanti dia akan tahu jugak.
Dont be shy bacalah next chap👉👈
YOU ARE READING
End Of Love ✓
Romance"Sebenarnya saya sukakan Hazel" - Tengku Syamil ------------ "Boleh tak awak janji yang kalau saya tak ada,awak tak berhenti untuk cari pengganti saya?Janji dengan saya untuk lupakan saya bila saya dah tak ada?Janji dengan saya yang awak akan terusk...