Jam menunjukkan pukul 8 malam.Dia keluar dari perut kereta setelah sampai ke destinasi yang dituju.Dia segera menuju ke pagar rumah banglo 2 tingkat dan menekan loceng.Setelah seminit,keluar seseorang dari dalam rumah menyambut kedatangan nya.
"ha sampai pun."kata Alisha a.k.a Icha.Dia segera membuka pintu pagar untuk membiarkan Hazel masuk.Mereka berpelukan seketika.Almaklumlah lama tak jumpa.
"Lama siottt aku tak jumpa kau.Asyik chat je.Jumpa nye haram."ujar Hazel.
"Hoho kau macam tak tahu aku busy macam mana kan?"
"By the way before kau jemput aku masuk apa kata tolong aku bawak beg?Banyak doh"sengih Hazel nampak gigi.
"Cepatnya kau packing barang?Rasanya kau call baru 20 minit tadi."
"Aku dah siap packing baru aku call.Suprise gitu.HAHA"
"Ceh.Dah la jom masuk"ujar Icha sambil membawa dua bagasi milik Hazel.Banyak siot barang pompuan ni.
********
"Ha sekarang kau cerita kat aku.Asal kau tiber tiber nak pindah sini.Kau gaduh dengan diorang ke?"tebak Icha
Aduh pandai betul minah ni teka..getus Hazel."Haah"
"Alah tak akan gaduh sikit dah nak pindah sini terus?Biar betul."Icha macam tak percaya pulak minah depan dia tu boleh gaduh sampai pindah rumah dia terus.Tak akan sentap kot?Pompuan ni bukan hati besi ke?kutuk icha dalam hati.
"Ha kau tak payah nak kutuk aku dalam hati kau.Aku bukan jenis sentap terus berambus okey?Aku kena halau"jawab Hazel.
"HAH?!kau serious la kau kena halau?Siapa halau kau?"
"Anne"
"HAH?!Anne halau kau?Weh perempuan tu biar betul doh"
"Dah la kot iya terkejut tak payah la memekik tepi telinga aku.Pedih babi telinga aku"rungut Hazel sambil menggosok telinga.
"Eh sorry but jangan tukar topik.Asal dia halau kau?Kau buat apa sampai dia sanggup halau kau?Tell me everything."
Nak tak nak Hazel pun bercerita semula kejadian petang tadi.Dia diam menunggu reaksi Icha setelah selesai bercerita.Dia tertunggu jika Icha nak marah dia sebab pukul Mairah atau nak back up tindakan Anne halau dia.
Tapi lain yang difikir lain yang jadi.Icha sebaliknya mencapai tangan kanan Hazel dan menelitinya.Setelah berapa ketika.Icha bangun dan berlalu ke dapur.Apa minah tu nak buat?Icha kembali dengan membawa semangkuk air dan sehelai tuala kecil.
"Eh kau nak buat apa?"tanya Hazel bila Icha ingin mencapai semula tangan nya.
"Aku nak sapu darah la.Banyak tu darah"ujar Icha lalu mencapai semula tangan kanan Hazel.Hazel segera melihat tangannya semula.Yelah,tangan dia berdarah di bahagian buku jari.Banyak.Macam mana dia boleh tak perasan?
Hazel hanya membiarkan tindakan Icha membersihkan tangan nya.
"Mai pengsan?Kau sepak dia dekat mana?"tanya Icha tiba tiba.
"Muka"
"Pergh pedih sial patut pengsan.Muka dia mesti lebam teruk kan?Tengok tangan kau pun aku tahu kau tumbuk kiat gila"
"Haah muka dia dah biru aku tengok."jawab Hazel selamba.
"Anne tahu kan siapa start dulu?Kenapa dia marah kau bila pukul Mairah tapi dia tak marah Mai sebab mulut cam longkang?"tanya Icha."Macam berat sebelah je Anne tu"
"Aku rasa dia pun agree dengan Mai yang aku ni pembunuh."senang sahaja jawapan Hazel.
"Iye tak ye kan"Icha terus menyambung kerja nya membersihkan tangan Hazel.
"Aku benci diorang"ujar Hazel tiba tiba.
"Apa?"Icha macam dengar tak dengar je ayat Hazel tadi.
"Aku benci diorang.Sampai kiamat pun aku tak maafkan diorang sebab buat aku macam tu.Mungkin aku salah sebab pukul Mairah.Tapi siapa yang mulakan dulu?Siapa yang tuduh aku pembunuh?Anne ada je kat situ and dia diam je tengok kitorang.Aku tahu dia setuju dengan apa je yang Mai cakap.Tengok muka pun tahu."
Icha memandang Hazel lama.Dia boleh nampak rasa kebencian yang nyata dalam mata Hazel.Dia terdiam.Bukan senang Hazel nak maafkan orang yang dia dah benci.
"Erm..ap.."Icha ingin berkata sesuatu sebelum dipintas oleh Hazel.
"Sumpah,aku tak akan maafkan diorang.I don't fucking care kalau dia nak melutut ke apa dengan aku.Aku tak akan maafkan diorang.Nak benci aku jugak?Pergi mati.I don't give a fuck about that."
Icha terus tak jadi menyambung kata.Nampak nya Hazel betul betul marah.
"Dah la weh,rileks.Kau tengah stress ni.Arwah Syamil baru meninggal,diorang patutnya lupakan dulu korang punya gaduh.Patutnya diorang kena ada dengan kau,tenangkan kau.Tak pe.Aku ada.Kau duduk lah sini sampai bila bila pun.Tak payah bayar sewa ke apa.Rumah ni aku beli.Dah jom aku tolong kau susun barang dekat bilik baru kau."Icha segera menarik Hazel untuk berdiri.Hazel segera memeluk Icha setelah bangun dari sofa.
"Thanks weh sebab percayakan aku.Aku dah tak ada siapa siapa dah.Diorang tak percayakan aku,diorang tuduh aku macam macam.Thanks sebab tak fikir benda yang sama tentang aku"ujar Hazel.Matanya kabur menahan air mata dari jatuh.
Icha mengusap belakang Hazel."Dah dah jangan sedih.Hazel aku kenal tak pernah hati lembut macam ni tau?Jom naik.Nanti kita keluar makan."
*******
Anne termenung sendirian di atas sofa tunggal di sebelah sofa yang menempatkan Mairah yang masih pengsan.
Dia macam tak percaya Hazel dah keluar tinggalkan rumah ni.Dia macam tak percaya yang dia halau Hazel.Dia tak pernah terfikir sedetik pun yang suatu hari nanti dia akan menghalau Hazel dari rumah.
Jelas dia menyesal.Sangat menyesal.Tapi menyesal sekarang dah tak ada guna.Hazel dah tak ada.Nak cari Hazel bukan senang.
Salah dia juga tadi sebab ego tak menghalang Hazel dari pergi.Dia nak minta maaf,tapi dia ego.Jadi dia hanya diam membiarkan Hazel keluar.
Pasti Hazel benci dia sekarang.Air mata mula menitik.
"Im sorry..."
YOU ARE READING
End Of Love ✓
Romance"Sebenarnya saya sukakan Hazel" - Tengku Syamil ------------ "Boleh tak awak janji yang kalau saya tak ada,awak tak berhenti untuk cari pengganti saya?Janji dengan saya untuk lupakan saya bila saya dah tak ada?Janji dengan saya yang awak akan terusk...