Bab 22

621 17 0
                                    

"Jangan salahkan kitorang tak nasihat kau kalau Syamil tak nak tengok kau dah.Tak nak kau jumpa dia dah.Pandai pandai la kau cari jalan jumpa dia kalau dah macam tu eh.Kitorang tak nak campur"

Masih terngiang-ngiang suara Anne didalam kepalanya selepas pergaduhan besar hari tu.Kawan kawan nya sekarang tengah buat perang dingin dengan nya.Mairah dah cerita pasal hal dia dengan Syamil dekat Anne dengan Raihana.Semua salahkan dia dan Hazel seperti biasa tak nak mengaku kalah.Akhirnya,diorang semua tak nak bercakap dengan Hazel.Dah 2 hari.

Hazel masih dengan dirinya yang baru,berkurung dalam bilik,memeluk lutut dan terus termenung.Menangis?Air mata dah kering.Fikiran dia bercelaru.Dia tak tahu nak buat apa.Dia tak tahu nak terus berdiam diri atau hendak jumpa Syamil untuk meminta maaf dengan nya.Dia tak tahu siapa yang betul.Dia masih kecewa dengan Syamil sebab tak nak berkongsi benda seperti itu dengan nya.Tetapi tindakannya tidak menghiraukan Syamil langsung pun salah.Tapi macam mana dia nak jumpa dengan Syamil kalau dia masih sakit hati dengan dia?

Dia membuka phone miliknya.

5 missed call by Kak Fira
5 missed call by Sofea
20 missed call by Tengku Zairul
30 missed call by ❤Syamil❤

Dia memang sengaja tidak mahu menjawab satu pun panggilan sejak 2 hari.Tapi yang peliknya kenapa hari ni je dah 20 kali Tengku Zairul call dia?Nak pujuk untuk berjumpa dengan Syamil maybe.Dan kenapa Kak Fira dengan Sofea pun call dia?

Hazel menghembus nafas kasar.Dia akhirnya membuat keputusan.Dia akan berjumpa Syamil untuk meminta maaf.Untuk kali ni biar lah dia merendahkan egonya untuk orang yang dia sayang.Dia pun bersiap siap untuk berjumpa dengan Syamil.Kemudian semasa sedang bersiap pintunya diketuk.

Tok tok

"Masuk"
Wajah Raihana muncul di depannya.

"Kau nak pergi mana?"Raihana memandang pelik Hazel yang sedang bersiap siap.

"Nak lawat Syamil.Kenapa?Bukan ini yang korang nak aku buat ke?"jawab Hazel secara sinis.

"Dah terlambat"kata Mairah yang tiba tiba muncul dari belakang Raihana.Matanya agak merah.

"Kenapa pulak?Dia dah discharge ke?Aku lawat dia dekat rumah lah kalau macam tu"jawab Hazel memandang hairan kepada Mai.

Mai yang masih dengan dinginnya menjawab

"Dah terlambat.Syamil dah tak ada."

"Maksud kau?"

"Syamil dah meninggal"

Hazel terlopong ditempat.Segala pergerakan tangan nya terhenti.Bagai nak luruh jantung nya mendengar berita tersebut.Tak..Syamil tak meninggal.Dia dah janji dengan aku tak nak tinggalkan aku. Hazel cuba mengawal perasaannya.

"Aku tahulah korang marah dengan aku tapi tak lawak do.Serius tak lawak"

"Aku tak main main,Syamil dah meninggal"

"Aku tak percaya!"Hazel terus mencapai phone dah terus merempuh Raihana dan Mairah untuk keluar.

Raihana dan Mairah hanya mampu memandang kelibat Hazel yang laju melangkah ke kereta yang terus meluncur laju menuju ke hospital.

*******

Hazel terus masuk ke dalam wad Syamil tanpa memberi salam atau ketukan langsung.

Hazel ternganga.Dia macam tak percaya apa yang dia lihat.

Hazel terduduk.

Terpaku.

Kejung.

Terkejut.

Agak agak kenapa?

End Of Love ✓Where stories live. Discover now