Bab 29

603 26 5
                                        

Tak dinafikan Tengku Zairul dengan Hazel sangatlah rapat.Macam bff sejati.Ternyata keakraban mereka mencetuskan gosip terhangat di office.Ramai yang duk bergosip tentang mereka di mana mana.Seringkali sampai ke telinga mereka,tapi mereka hanya membiarkan.

Hazel selalu terasa seperti ingin menumbuk sekor sekor orang yang sibuk bergosip tentangnya.Tengku Zairul yang sangatlah tahu rasa dari penumbuk Hazel cuba menghalang.Nanti tak pasal pasal dia kehilangan banyak pekerja bila semua masuk hospital.

"Apasal eh kau selalu biar je diorang gosip pasal kita?Aku rasa satu floor ni pernah at least sekali berkumpul masa lunch mengumpat kita.Eii tak sayang mulut sial.Potong gaji diorang weh"Hazel sesedap rasa suruh memotong gaji pekerja di bawah Tengku Zairul.Macam dia boss pulak

"Ewah ewah.Sesedap rasa kau suruh aku potong gaji diorang eh.Biarlah diorang.Mulut manusia bukan boleh tutup pun"balas Tengku Zairul bersahaja.

"Siapa kata tak boleh?Kalau sorang dapat sebijik penumbuk confirm diam.Confirm"kata Hazel sambil menggenggam penumbuk.Mana tak gosip yang dibuat terlalu melampau.Ada satu mulut puaka ni siap buat fitnah yang dia perempuan simpanan Tengku Zairul.Siapa tak hangin?

"Eh eh janganlah weh tumbuk diorang.Nanti semua masuk hospital aku jugak yang susah"Tengku Zairul mula membayangkan dirinya bertungkus lumus menyiapkan semua kerja seorang diri kerana semua bawahan nya masuk hospital.Tak sanggup oii.

"Jom weh balik office"ajak Hazel

"Awal lagi siot."Tengku Zairul baru nak bermalas malasan

"Jom lah aku nak ambush satu geng dekat office.Diorang la kepala segala gosip kat sini.Yang cakap aku perempuan simpanan​ kau pun ada.Jom ah"Hazel bangun terus berlalu ke kereta.Nak tak nak Tengku Zairul hanya mengikut.Perempuan ni kalau tak mengarah tak sah.Haram betul.

*******

"Ni weh aku dapat cerita baru"kedengaran suara dari arah pantry.

Tengku Zairul dan Hazel diluar pintu cuba curi dengar.

"Apa dia?"sahur satu suara lagi

"Actually,si Hazel tu sebenarnya mengandung.Nak tau kenapa?Sebab haritu aku terserempak dengan dia dekat pharmacy.Dia tak nampak aku,tapi aku nampak dia.Masa tu dia pergi beli something and aku rasa benda tu pregnancy test sebab benda tu kecik and panjang.Macam tak percaya kan?"

Hazel di luar pantri sudah menggenggam penumbuk.Tengku Zairul memegang bahu Hazel menenangkan dia

"Aik?Dia nak mengandung anak siapa pulak?"

"Anak siapa lagi?Anak boss la.Dia kan macam belangkas dengan boss?Dia kan perempuan simpanan boss?"

Kini Tengku Zairul pulak yang rasa macam nak serang perempuan perempuan yang sesedap rasa tuduh dia mengandungkan anak orang.Last last Hazel dengan Tengku Zairul bergelut kat luar menahan diri dari masuk menyerang geng didalam pantry.

"Ee kau yakin ke yang dia beli tu pregnancy test?entah entah benda lain?Kalau iya pun dia mengandung,tak semestinya anak boss."sangkal seseorang.

"Tapi sama je after all dia mengandung kan?Nampak sangat dia tak reti jaga diri."

Hazel segera menolak Tengku Zairul sehingga hampir terjatuh sebelum dia menyerbu masuk ke dalam pantry.Lima orang di dalam terus kaku melihat gerangan yang masuk ke dalam pantry.

"Hai uolls.Sedap mengutuk aku?"Hazel bersandar di dinding memerhati satu satu muka yang dari tadi duk mengumpat dia tak tengok kiri kanan.Tengku Zairul yang baru menyusul membuat kan muka mereka pucat tak berdarah.Habislah mereka.Mesti kena pecat.

End Of Love ✓Where stories live. Discover now