Bab 27

612 20 0
                                        

"Zaf"panggil Hazel yang baru sahaja masuk ke dalam pejabat Tengku Zairul

"Ha"sahut Tengku Zairul tanpa mengalihkan mata dari kertas kerja.

"Weh"

"Apa?"Tengku Zairul mendongak dengan muka bengang.Marah dikacau masa kerja.

"Cer tengok jam"arah Hazel sambil memutarkan bebola mata.

Tengku Zairul memandang sekilas jam di tepi meja.Kemudian dia pandang lagi sekali.

"Eh?!Dah pukul 11?! Asal kau tak bagitahu?Aku dah lambat nak jumpa Rayyan doh!Kau ni.Hish!"rungut Tengku Zairul sambil kelam kabut mengemas meja pejabat mencari fail yang nak dibawa.

Hazel buat muka meluat sambil menyilangkan tangan ke dada."Aku dah 5 kali ulang alik dari tempat aku ke tempat kau ingat kan pasal benda tu.Kau yang buat bodoh,siapa suruh?"dia sekarang sejak berkawan dengan Tengku Zairul ni dia dah berubah sikit.Dari segi perangai dan percakapan.

Tengku Zairul memandang tajam ke arah Hazel.Dia kemudian perlahan-lahan menapak ke arah Hazel.Sampai di depan Hazel,dia menunduk untuk menyamakan kedudukan kepala.

"Nak salahkan aku la?Sekarang siapa boss?Aku ke kau?"ucap Tengku Zairul.Hazel terpaku sebab jarak antara dia dengan Tengku Zairul hanya sejengkal.Dia boleh bau minyak wangi yang digunakan Tengku Zairul.Nasib dia berkulit tak terlalu cerah kalau tak mesti Tengku Zairul boleh nampak dia blushing.

Hazel melarikan anak mata dari memandang terus ke dalam anak mata Tengku Zairul.

"Erm..yelah..k..kau boss"Hazel tergagap sambil membuat muka merajuk.

Tengku Zairul menarik senyum.Dia berdiri tegak semula kemudian berkata

"Alah jangan merajuk aku gurau je la..Alah hazelnut ni merajuk pulak"

"Merajuk ah salah sendiri pastu nak salahkan aku.Panggil aku kacang pulak tu!"Hazel masih muncung.Rambut yang terjuntai di dahi dibiarkan.

"Alah jangan merajuk weh,nanti tak sedap kacang hazel aku ni.Ok ok tak usik dah"pujuk Tengku Zairul lalu menyelitkan rambut Hazel yang terjuntai ketepi telinga.

Hazel tergamam dengan tindakan Tengku Zairul.Jantung dia berdegup kuat.Aihh jantung time time macam ni kau nak berdegup kuat pulak.Dia dengar kang macam mana?Hazel merungut dalam hati.

Tengku Zairul pelik melihat Hazel yang seperti tergamam.Hilang muka yang masam mencuka dapat muka terkejut beruk.Beruk minum cuka terus jadi gorilla.

"Yang kau tiba tiba buat muka terkejut ni kenapa?"

Hazel yang seperti baru tersedar dari melayan hati yang tiba tiba buat hal,terus memandang Tengku Zairul sambil tergagap gagap

"A..a..t..tak ad..ada ap..apa"dia pura pura membuat muka masam semula.Tengku Zairul mengecilkan mata.

"Kau ni nak merajuk lagi ke?Sorrylah,dah jom ikut aku jumpa Rayyan pastu kita pergi lunch.Jom"Tengku Zairul mengajak Hazel.Apabila melihat Hazel yang masih membatu,dia memandang jam tangannya sekilas sebelum mengambil keputusan drastik.

Dia melangkah ke arah Hazel dan berdiri betul betul dihadapan Hazel.Dia kemudian tanpa kata memegang tangan Hazel lalu menarik Hazel untuk ikut dia.

Hazel terkejut."Eh,eh apa ni pegang orang?"Jantung yang baru nak reda kembali berdegup kuat.

"Dah kau lambat sangat.Dah jom lambat kang mampus aku kena marah dengan si Rayyan"Tengku Zairul tak menghiraukan Hazel yang cuba menarik tangannya semula.

Hazel akhirnya pasrah.Dia cuma berdoa supaya Tengku Zairul tak dengar bunyi jantung dia dekat dalam lif nanti.

*******

"Hoi!"Tengku Zairul memanggil Rayyan yang seperti terleka memandang sesuatu.Dia kemudian melihat arah yang dilihat Rayyan.Rayyan sibuk tengok Hazel.Dia mendengus.

"Woi!!"kali ni sedikit kuat

"Opocot!Hish..apa dia?"Rayyan yang terkejut terus melatah sedikit.Muka dah merah sebab melatah depan perempuan.Nasib Hazel tak perasan sebab asyik menghadap phone.

"Yang kau pandang 'dia' dari tadi buat apa?Kau datang ni nak jumpa aku nak jumpa dia?"Tengku Zairul bengang dengan Rayyan.Mana tak nya,dah 1 minit diorang duduk kat situ,Rayyan hanya tengok Hazel je.

"Ehehe sorry sorry.Dia comel lah"Rayyan yang terkenal dengan gelaran 'playboy' tanpa segan silu memuji Hazel didepan Tengku Zairul.Buat sekian kali nya Hazel tak perasan apa sebab masih khusyuk dengan phone.

Tengku Zairul dah buat muka kelat. Alah kau ni nak test Hazel pulak ke?Ingat Hazel ni macam perempuan lain yang tergedik-gedik dengan kau bila kena puji?Tengku Zairul hanya mampu memaki Rayyan dalam hati.

"Hai."sapa Rayyan.Dia yakin sangat yang Hazel akan suka dengan dia.

Hazel masih tak dengar.Tengku Zairul yang nak tergelak terus menyiku Hazel bila melihat muka Rayyan yang dah macam tempe basi.

"Ha apa dia?"Hazel mengangkat kepala.

"Dia cakap hai"Tengku Zairul susah payah menahan gelak dari keluar.Kesian orang tu kena palau.

Hazel memandang Rayyan di depan nya.

"Oh hai."balas Hazel lebih kurang.Makin bertambah la tempe di muka Rayyan.Tengku Zairul segera memandang ke tempat lain sambil sorok sorok menutup mulut dari keluar gelak.

"Nama apa?Nama I Rayyan"Rayyan buat muka tembok.Yang dia tahu dia mesti dapatkan Hazel.Buaya lah katakan.

Hazel memandang Rayyan.Dia membalas sepatah

"Hazel"

Tengku Zairul yang sedaya upaya menahan gelak akhirnya berpaling semula ke arah Rayyan yang makin berkerut mukanya

"So apa kata kita terus bincang apa yang patut sebelum aku nak gelak?"kata Tengku Zairul selamba.Dalam erti kata lain,Tengku Zairul seperti berkata "tak payah la dia tak layan kau pun".

Rayyan menjeling ke arah Tengku Zairul lalu terus membincangkan perkara yang berkaitan antara syarikat dia dengan syarikat Tengku Zairul dengan perasaan sakit hati.Sakit hati kena palau.

Setelah habis perbincangan,Rayyan hanya mengangguk kepala sebelum berlalu pergi.

Tengku Zairul tanpa segan silu ketawa terbahak bahak di situ.Geli hati melihat Rayyan.Sepanjang perbincangan berjalan dia cuba untuk bercakap dengan Hazel namun Hazel hanya layan lebih kurang.HAHAHAHAHA playboy kena palau.HAHAHAHA padan muka kauuu

"Kau kenapa doh?"Hazel pelik melihat Tengku Zairul.Bukan dia tak perasan dari mula perjumpaan Tengku Zairul asyik nak gelak je.Sebab apa pun tak tahu.

"Erm..uhuk uhuk..tak ada pape"Tengku Zairul batuk kecil untuk menghentikan ketawa sebelum menguntum senyum untuk Hazel.Tapi sekejap je sebelum dia kembali ketawa.Haihh

"Hish kau ni gelak gelak.Jom lah belanja aku makan.Lapar ni."ajak Hazel.Melihat Tengku Zairul yang masih dengan sisa tawa dia pun mengeluh kecil.

Dia kemudian memegang tangan Tengku Zairul nak menarik dia keluar.Kali ni biar dia pulak buat macam tu.Tengku Zairul yang sedang ketawa terus terdiam.Dia memandang belakang kepala Hazel di depannya dan tangannya yang dipegang Hazel silih berganti.Dia kemudian tersenyum sedikit.

Rayyan yang melihat tingkahlaku​ mereka berdua hanya dapat menggigit bibir. Patutlah tak layan aku,boyfriend kat sebelah.Haih melepas sial.Gerutu Rayyan sebelum melangkah pergi dengan hati yang geram.

End Of Love ✓Where stories live. Discover now