S A T A N

813 154 6
                                    

Kedengaran seruling mendayu-dayu,
Awan mendung kesedihan,
Angin menderu tajam,
Ombak bergolak kegeraman,
Aku terumbang-ambing di dunia seorang,

Hidup ini bagai fantasi yang memabukkan,
Takdir tuhan kupersoalkan,
Hati sendiri kugoreskan,
Bergema alam dengan tawa iblis dan syaitan,

Inikah anak adam,
Lemah dengan bisikan,
Hati mereka tiada tuhan,
Bagaimana mahu merentas titian,
Mahukah jannah menerima,

'Hahahahahahha'

Bergema lagi,
'Aku yang akan menarik mereka ke neraka jahannam',
Tiada lagi yang menyembah tuhan.

-Ivyzehra-

K A L I M A H Where stories live. Discover now