A L L A H U

496 102 1
                                    

Alam mayaku diganggu,
Bukan diganggu oleh syaitan,
Tetapi Allah telah memberi peringatan,

Alam mimpi yang menunjukkan kiamat,
Langit kelam mengalami keruntuhan,
Gunung-ganang berletupan,
Manusia berlari-larian,
Aku?

Aku berlari juga,
Malah menarik sang ibu yang melahirkan aku,
Andai dia yang dapat menarikku ke syurga,
Aku ingin bersamanya,

Tidak habis sampai disitu,
Tatkala itu ku melihat gegaran kerak bumi,
Yang seakan mahu menelan umat yang berdosa ini,

Mimpi itu bagaikan realiti,
Sehingga membangunkan aku,
Mutiara jernih yang ditahan,
Akhirnya jatuh jua dikala aku bangun bersujud pada-Nya.

-Ivyzehra-

K A L I M A H Where stories live. Discover now