Afiq Arash. Nazliyana Nadwah.
Mereka berkahwin atas permintaan keluarga.
❄️
Nazliyana... "Aku tak anggap pun yang perkahwinan ni sebagai suatu paksaan."
Afiq... "Cemana ibu dengan abah boleh terfikir nak kahwinkan aku yang umur 29 tahun dengan budak...
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
"Naz... hang ni dah betul-betul yakin kaa... nak kahwin?" soal Atirah.
Nazliyana menjawab dengan anggukan kepala dua kali. "Betul dahlah tu..." Ada ke patut dia tanya aku soalan ni, hari ni?
"Naz... masa debat sekolah dulu hang kata... kahwin paksa dah tak patut wujud. Sekarang, hang sendiri yang nak buat benda tuu? Seriusly?" Atirah menyoal. Jelas kedengaran nada suaranya yang tidak puas hati.
"Tirah, dulu aku cakap... perkahwinan paksa yang tak patut ada. Aku ni, bakal dikahwinkan dengan pilihan keluarga. Tapi, aku tak anggap pun yang perkahwinan ni sebagai suatu paksaan. Persoalan antara betul ke tak dia tu ialah jodoh aku... akan terjawab dengan sah ataupun tak, lafaz akad nikahnya. Okey? So now, relax." Panjang sesi penjelasan dari Nazliyana.
Atirah merapatkan duduknya di sebelah Naz. Mereka berdua sedang duduk di sebuah pondok kecil yang dibina oleh ayah Naz. Pondok itu menghadap betul-betul ke arah sungai besar, yang berada di belakang rumah mereka berdua.
Atirah melepas keluhan. "Dah tuu, hang dah tau kaa, cemana rupa Afiq tu?" soal Atirah, seperlahan mungkin.
Nazliyana menggeleng. "Aku ada tengok salinan IC dia semata. Tapi... faham-fahamlah, dah nama pun gambaq IC. Memang taklah boleh dipercayai." Dahlah kabur macam generasi ke-10 punya salinan!
"Gambaq dia yang real?" soal Atirah lagi.
Nazliyana pandang mencerun ke arah Atirah. "Tirah, bukan aku dah bagitahu hang kaa haritu... yang pasal emak aku bagi sampul gambar dia dekat aku. Dekat pondok inilah. Tapi, lepas emak masuk rumah, ada ayam kena ligan dengan biawak, ayam tu pula mai lari terpa kat aku. Aku pun terkejutlah!" Nazliyana fokus mengingat kembali kisah kemalangan 'tak sengajanya' dulu.
"Lompat punya lompat, jerit sikit-sikit, entah cema/na, aku tetengok, sampul tu dah masuk sungai. Bukan aku dah cerita kaa pasal ni dekat hang?" Nazliyana juga berbisik.
Sampai hari ni, selain Atirah, tak ada orang lain yang tahu tentang 'rahsia' aku, bahawasanya, aku tak tahu pun cemana muka Afiq... bakal laki aku.
"Memanglah hang cerita. Manalah aku tau, kot-kot hang minta lain gambaq dia lepas kejadian tu?" soal Tirah, masih berbisik.
"Tak maulah aku. Nanti dia kata aku gatai pula..." Balas Naz.
"Otak hang! Hang nak sangat kaa kahwin dengan laki umur 40 lebih? Yang gigi dia warna kuning, bibir dia warna gelap, mata dia belum tentu lagi rabun kaa dak... yang, yang..." Atirah berhenti seketika. Nak cakap apa lagi ni, untuk takutkan Naz?
Naz papar riak muka pelik. "Agak-agak laa Tirah. Pak Cik Zuhairi baru 50 lebih kot. Takkanlah anak dia dah 40 tahun. Afiq tuu baru 29 tahun, okey? Aku dah kira dah." Naz menggeleng kepalanya. "Macam tak betui jaa hang ni." Naz menambah.
"Tak betui tak betui aku pun... aku tak dak laa kena kahwin dengan orang yang aku tak kenai. Sila sedar diri." Atirah pula 'smash' Nazliyana.
"Nazliyana! Hang kat mana?" Terdengar suara Kak Zura mencarinya.
"Kat sini! Awat?" Nazliyana melaung membalas.
Kebetulan Zura sedang melalui pintu belakang rumah waktu itu. Zura terpandang susuk tubuh adik sepupunya, Nazliyana yang berada di luar rumah.
"Ya Allah! Hang buat apa kat situ Naz? Orang lain dok sibuk bersiap. Yang hang boleh pula duduk tercongok dekat situ! Sapa nak jadi pengantin satgi?" soal Zura. Marah betul nampaknya.
Nazliyana dan Atirah tersengih mendengar bebelan dari Zura. Macam meriam!
"Dah Naz... jom lekaih, mekap." Zura memberi arahan. Dia kemudian berlalu dari pintu rumah. Dirinya akan menjadi mak andam pengantin pada hari ini.
Nazliyana dan Atirah bangun dari duduk bersama sengihan di bibir masing-masing.
"Mekap Tirah... make, up. Believe it, or not..." Nazliyana menggeleng kepala sambil berjalan menghala ke pintu rumah. Mekap... setahun dua kali je aku buat benda tu! Satu, masa Hari Raya Haji. Dua, masa Hari Raya Puasa. Selain daripada tuu, shiuuu... memang taklah aku nak mekap! Penat! Tak reti!
"Just... believe it..." Sambung Atirah yang juga berjalan, mahu pulang ke rumahnya. Rumahnya hanya bersebelahan dengan rumah Naz.
Kedua-dua mereka masuk ke dalam rumah masing-masing untuk bersiap.
Pukul 11 pagi sekejap lagi, akan ada yang perlu berangkat ke masjid. Ada majlis akad nikah yang wajib dihadiri Nazliyana. Dirinya sendiri ialah salah satu daripada lima rukun nikahnya.
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.