17 | Honeymoon

355 20 92
                                    

Setelah menaiki kereta, kapal terbang, teksi dan feri

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Setelah menaiki kereta, kapal terbang, teksi dan feri... setelah Nazliyana muntah hampir empat kali kerana mabuk perjalanan, dua kali dalam kapal terbang, sekali selepas mendarat dan sekali setelah tiba di jeti... mereka akhirnya tiba di tempat yang dituju.

Pulau Gaya Resort, Sabah.

Bilik di sini tidak dipanggil 'bilik', sebaliknya dipanggil sebagai 'villa'. Jenis Villa Kinabalu telah ditempah oleh Afiq untuk mereka pasangan suami isteri.

Nazliyana menaiki tangga untuk ke villa mereka. Cantiknya. Dekat luar bilik ada tempat duduklah! Siap ada bantal sofa kecil-kecil lagi. Hebatnya!

Nazliyana pandang ke arah bilik. Buntang matanya. What the? Bilik ni see through! Siap boleh nampak sepasang angsa dan kelopak bunga mawar yang ditabur dekat atas katil tu! Jangan kata langsir, sebiji blind pun tak ada depan ni!

 What the? Bilik ni see through! Siap boleh nampak sepasang angsa dan kelopak bunga mawar yang ditabur dekat atas katil tu! Jangan kata langsir, sebiji blind pun tak ada depan ni!

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Arash... tak bahaya ke ni?" Nazliyana menyoal, takut.

"Bahaya apa?" Afiq menyoal semula. Dia sedang membuka kunci bilik.

"See through doe bilik ni. Nanti orang nampak... macam mana?" Nazliyana risau. Duhhh... nak buka tudung dalam bilik pun risau kalau macam ni!

Afiq tarik senyum segaris. "Villa ni private-lah. In shaa Allah, tak ada orang nak mengendap bagai. Kenapa? Naz ada plan nak buat apa-apa yang extreme dekat abang ke?" Afiq tersengih. Mulai hari ni, aku akan bahasakan diri aku 'abang' dengan Naz, secara tetap!

"Takde, takde. Dah, jom masuk." Cepat Nazliyana memotong kata-kata Afiq. Extreme? Banyaklah kome punya extreme! Saya risau nak buka tudung jalah!

Afiq tersenyum. Gelabah betul budak seorang ni! Aku belum on lagi mode romantic, dia dulu yang dah panik.

Nazliyana menghampiri katil. Ada sepasang angsa yang dibentuk menggunakan kain tuala. Terselit sehelai kad ucapan padanya.

 Terselit sehelai kad ucapan padanya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Be Mine, Sudi Tak? 💫Where stories live. Discover now