Afiq Arash. Nazliyana Nadwah.
Mereka berkahwin atas permintaan keluarga.
❄️
Nazliyana... "Aku tak anggap pun yang perkahwinan ni sebagai suatu paksaan."
Afiq... "Cemana ibu dengan abah boleh terfikir nak kahwinkan aku yang umur 29 tahun dengan budak...
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
"Naz, segak betul laki hang." Atirah memuji suami Nazliyana, iaitu Afiq.
Nazliyana muncung bibir. "Tapi, aku tengok muka dia tu, macam muka player ja. Cemana ni?"
"Eyh ko. Itu bukan muka player. Itu namanya, hensem tahap dedewa, you know?" Atirah menyebelahi Afiq. Itu manusia di bawah kategori hensem, macho lagi kacak, okey!
Nazliyana juling mata. Eyh..? Baru pagi tadi dia kutuk, cakap si Afiq orang tua 40 tahun, gigi tak ada bagai. Tengah hari ni, dah jadi hensem tahap dedewa? Eyh..?
Naz pandang sekeliling. Dilihatnya, tetamu bersilih ganti datang dan pulang. Akhirnya tetamu yang ditunggu tiba apabila, "Nazliyana!" Terdengar paduan suara kuat melaung.
Naz tersenyum lebar. Geng sekolah dah sampai!
"Selamat... pengantin baru..." Mereka berenam yang baru tiba menyanyikan lagu lagenda dendangan Allahyarhamah Biduanita Negara Saloma.
Nazliyana bersalaman dengan Fara, Ella, Dila dan Ada. Dia sekadar mock salute kepada Amir dan Arill.
"Naz... tak sangka dalam ramai-ramai geng kita, hang orang pertama kahwin. Terkejut gila weyh!" Fara berkata, lalu dipersetujui oleh yang lain.
"Yang penting sekarang, Naz... kali ni giliran hang pula untuk terkejut. Sebab... kami dah belikan hadiah untuk pengantin baru. Jengjeng..." Arill menghulurkan kotak segi empat berbalut dengan pembalut 'Happy Wedding Day' kepada Nazliyana.
Nazliyana mencapai hadiah itu dengan senyuman teragak-agak. "Susah-susah hampa jaa. Aku tak ada minta hadiah pun. Tapi, sebab hampa dah bagi ann, thank you so much..."
"Kakak-kakak sekalian, lambatnya sampai?" Diyana yang perasan kehadiran kawan-kawan kakaknya, datang bersalaman dengan mereka. Sempat dia berbual sebentar.
"Diyan masuk dulu. Ada benda nak kena buat. Kak... itu nak aku tolong bawa masuk dalam kaa, dak?"
Nazliyana pantas menghulur kotak hadiah di tangannya kepada Diyana.
Diyana menyambut huluran tersebut. Sempat dia menjemput kawan-kawan kakaknya untuk makan, sebelum dia berlalu pergi.
"Naz, laki hang-g-g-g..." Panjang Dila berkata. 'Hang' yang berharakat sebanyak empat, dibiar tergantung. Bapak ahh... hensem gila! Ini, kalau cakap laki dia pelakon pun, aku percaya!
Naz kerut dahi. Dah kenapanya dengan laki aku?
"Oh my!" Raut wajah Nazliyana jelas terkejut. Makhluk apakah ini? Serasa ada benda yang menjalar di pinggangnya dari belakang, membuatkan Nazliyana lipat maut memandang ke bahagian pinggang. Pandangannya cepat berubah ke arah bahu kanan. Akhirnya, pandangan Naz disapa oleh seraut wajah yang sedang tersenyum menyakat dirinya. Err... dia, mai dah?