19 | Tepian Pantai

317 18 67
                                    

Nazliyana pusing badannya betul-betul menghadap Afiq

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Nazliyana pusing badannya betul-betul menghadap Afiq. Nak dengar cerita dari Arash pula! Asyik aku ja yang dok kena jawab soal siasat! Itu tidak adil!

"Kalau Naz ingat lagi... ibu abah ada jumpa emak pak dekat kenduri kahwin anak kawan diorang. Wani ikut ibu abah... Naz, Diyana, dengan Farhan ikut mak pak pergi kenduri tuu, kan?" Afiq menyoal, inginkan kepastian dari Nazliyana.

Nazliyana mengangguk. Betul. Rasanya, itulah kali pertama aku jumpa ibu dengan abah... tanpa mengetahui bahawa mereka berdua akan jadi ibu abah mertua aku! Oh my! Baru perasan!

"Masa dekat kenduri tu jugalah, ibu terus merisik Naz."

"What?" Nazliyana menjerit. Tangan automatik dibawa menutup mulutnya. "Naz tak tahu pun pasal tu. Bila sebenarnya ibu merisik Naz? Bukan sebulan lepas jumpa tuu kaa?" soalnya lagi.

"Err... Wani cerita dekat abang... masa dekat kenduri tu, ibu memang dah mula sembang pasal nak carikan jodoh untuk abang. Kebetulan, ibu tahu yang Naz dah habis SPM. So macam biasa, sel-sel otak ibu yang bernas pun, keluarkanlah idea nak kahwinkan anak dia dengan anak mak pak. Which is you je yang available, kan?" Panjang cerita Afiq.

"Tapi... yang abang pelik... kakak kepada Naz... Farhan tuu, dia tak kahwin lagi, kan? Kenapa ibu tak meminang dia je?" Afiq bertanya, ingin tahu.

Nazliyana mencebik bibirnya. "Awat? Arash nak kahwin dengan Kak Paan kaa? Mentang-mentang dia pandai. Awat? Naz yang bongok ni tak dak nilai kaa?" Muncung bibir Naz dijuih ke depan. Tahulah Kak Paan pandai, dok belajaq nak jadi dokter! Tapi... aku juga punya hati dan perasaan. Tak sanggup aku dipermainkan.

"Tak... Bukan macam tu. Abang cuma pelik je. Naz yang lepasan SPM pula, yang tiba-tiba kena kahwin awal. Macam tak adil je untuk Naz."

Nazliyana cuba menimbang-tarakan maksud Afiq. Maksudnya... dia kesiankan akulah, ye? Fine... saya maafkanlah kesalahan awak mengguris hati saya tadi.

"Sebab... Kak Paan kan... dia garang yang amat. Dia dah kata dia tak mau kahwin lagi, maksudnya dia tak mau. Ada haritu kan... dia pernah ligan best friend dia yang masuk meminang dia. Lawak gila cerita tu. Satu kampung tau! Dahlah dua-dua orang budak silat. Berdarah-darah, lebam habis depa berdua bertumbuk, sebab Kak Paan naik angin. Mungkin emak ada cerita pasal benda tuu dekat ibu kot, sebab tulah, Naz yang ter-jadi pilihan ibu untuk meminang, kan?" Berfikir. Mungkin teori ni betul. Tinggi kemungkinan, iya!

Afiq jungkit keningnya. Okey. See? Jodoh Allah tak pernah salah alamat. Memang taklah aku jodoh si Farhan. Lagi brutal dari Naz! Yang satu ni pun kadang boleh tahan juga angin dia.

"Cakap pasal naik angin ni... sebenarnya dulu, abang pun, ada juga naik angin bila tahu ibu meminang Naz. Yelah, ibu pinang Naz tanpa tanya abang dulu. Tanpa pengetahuan abang langsung."

Be Mine, Sudi Tak? 💫Where stories live. Discover now