Afiq Arash. Nazliyana Nadwah.
Mereka berkahwin atas permintaan keluarga.
❄️
Nazliyana... "Aku tak anggap pun yang perkahwinan ni sebagai suatu paksaan."
Afiq... "Cemana ibu dengan abah boleh terfikir nak kahwinkan aku yang umur 29 tahun dengan budak...
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
"So, how's your first day? Sorry, tak dapat teman lelama tadi..." Afiq menyoal setelah dia melabuh duduk di sebelah Nazliyana.
Lepas selesai Isyak tadi, Naz terus ke katil. Dia sekadar duduk membungkam di situ. Soalan dari Afiq, sengaja dia biarkan tak berjawab.
"Macam mana hari ni? Okey ke?" Afiq menyoal, risau.
Biasanya, Naz akan duduk bersembang dengan pembantu rumah mereka... Bu Dewi, sementara menunggu Afiq pulang dari kerja. Tapi, waktu Afiq sampai rumah tadi, cuma Bu Dewi yang ada di tingkat bawah... tengah bersiap-siap nak pulang ke rumahnya. Masa makan malam tadi pun, Naz diam je.
"Nazliyana Nadwah..." Afiq menarik hidung Nazliyana.
"Arash!" Refleks tangan kanan Nazliyana menepis tangan Afiq. "Nazliyana Nadwah Binti Azizan." Tanpa perasaan Nazliyana membetulkan namanya. Kerutan jelas terpamer di wajah masam Naz.
"Aku nikahkan engkau Afiq Arash Bin Zuhairi dengan anakku Nazliyana Nadwah Binti Azizan dengan mas kahwinnya seribu ringgit tunai." Selamba Naz memotong kata-kata Afiq. Kerutan masih terlihat di wajahnya.
Afiq geleng kepala. Budak seorang inikan. Cepat tangan Afiq menarik telinga Nazliyana pula.
"Auch! Arash! Sakitlah!" Nazliyana mengaduh. Tangannya memegang dan menepuk tangan Afiq beberapa kali... meminta agar Afiq lepaskan telinganya dari terus dipulas.
Capang kang telinga aku, ada juga manusia hilang telinga lepas ni!
Lima saat kemudian, barulah Afiq melepaskan pulasannya.
Nazliyana tunjuk riak muka tertekan. Aku dahlah tengah tension sekarang, dia berusaha lebih pula nak tingkatkan paras tension aku ke hypertension!
"Spill..." Hanya sepatah kata ditutur Afiq.
Nazliyana menarik nafas panjang lalu melepaskannya. "Okey..." Nazliyana menarik kedua-dua kakinya yang dilunjur tadi... lalu dibentuk menjadi sila. Kemudian, dia betulkan kedudukannya, agar menghadap profile kiri Afiq. "Okey, cerita dia macam ni..."
"Kejap... kejap..." Afiq menghentikan semangat Nazliyana yang dah berkobar-kobar nak bercerita. Afiq turut duduk bersila lalu menghadapkan pandangannya lurus ke Naz. Tangan kiri kemudian ditongkat ke peha, menopang dagunya. "Okey, dah boleh mula cerita." Afiq memberi lampu hijau pada Nazliyana.
"Tadi, dekat sekolah, ada seorang cikgu ni. Cikgu Bahasa Melayu. Tak tahulah kenapa, tapi dia macam tak habis-habis dok perli orang. Dia cakap dekat Naz, 'kau ni mesti spesis tak lekat dekat rumah, kan? Sebab tu emak ayah kahwinkan kau awal-awal.' Lepas tu..."
"Dia cakap lagi, 'dah kahwin tu, duduk jelah rumah. Jadi suri rumah sepenuh masa. Jaga suami. Nanti, suami lari cari perempuan lain... sebab kau sibuk sangat nak belajar'. Tapi..."
"Yang buat Naz makin stress ialah, dia cakap 'Puan Nazliyana... kamu makan ke tak, pil perancang? Kang, orang sibuk nak habiskan STPM, kau meraung-raung pula dalam kuliah, aku nak beranak! Aku nak beranak!' Arash... salah kaa... Naz nak sambung belajaq?" sayu suaranya menyoal.
"Tak... tak ada salah pun. Tuntut ilmu pun salah satu dari ibadah." Afiq cuba tenangkan isterinya.
"Kan! Arash... Arash restu kaa tak... Naz sambung belajaq ni? Entah-entah... sebab Arash tak restu Naz nak sambung belajaq... sebab tu Naz dapat cikgu gitu..."
Afiq tak menjawab soalan Naz. Terasa batu besar terhempap atas kepalanya. "Arash tak restu... Naz dapat cikgu gitu." Terngiang kembali kata-kata Naz tadi.
Aku... ada rasa... macam berat hati sikit, bila dia cakap dia nak sambung belajar. Sambung belajar Tingkatan 6 pula tu! Lagilah buatkan aku rasa berat hati. Tapi... sebab tengok dia beria-ia je nak ambil STPM, aku... aku... agaklah... terpaksa, relakan permintaan dia. So... rasa berat hati tu... dikira sebagai 'tak restu' ke?
"Arash... Arash betul-betul tak restu Naz sambung belajaq kaa? Kalau macam tu... takpalah... Naz..."
"Abang tak cakap pun yang abang tak restu... kan?" Afiq cepat memintas kata-kata Naz. "Abang..." Dia cuba merangkai kata-kata yang sesuai. "Abang... okey je Naz further study. It's good for your future. In case abang meninggal awal ke... sayang masih ada jalan yang kukuh untuk teruskan hidup, kan?"
"Ummm... tak baik cakap macam tu. Arash tak payahlah cakap macam tuu..." Masam muka Nazliyana. Sedih pula rasa hati dengar Arash cakap macam tu. Tak payahlah cakap macam tuuuuu!
Afiq tersenyum kecil. Fuhhh! Lega hati! At least sekarang aku tahu, dia ada juga rasa ambil berat dekat aku. "Sayang... mengingati mati itu, sunat tau. Memandangkan ianya sunat, dapat pahala ya kalau kita mengingati mati."
"Alaa... Arash ingatkan mati Arash untuk diri sendiri jelah. Tak payahlah cakap dekat Naz," bidas Nazliyana.
Eyh... boleh pula gitu? Afiq tersenyum. Bini aku ni kan... "Sayang..." Afiq menarik Nazliyana rapat ke tubuhnya. Belakang kepala Naz disandarkan ke dada kirinya, manakala tangannya melingkar di pinggang Naz.
Nazliyana membeliakkan matanya. Dia buat dah! I can not brain romantik tiba-tiba gini! Tolonglah bagi warning siren dulu ke, apa ke. Please-lah jangan tiba-tiba! Saya rasa macam nak passed away!
"Sayang tahu kan, perkataan 'manusia' berasal dari kata apa?" soal Afiq.
"Insan." Pendek jawapan dari Naz. Debar di dada masih belum surut terasa.
"Maksud perkataan insan?" Afiq menyoal lagi.
"Pelupa..." Naz menjawab sepatah. Kenapa... tiba-tiba aku rasa aku tengah belajar Pendidikan Islam dengan ustaz? Tapi... ustaz ni tengah peluk aku weyh! Cemana nak brain ni?
"Sebab itulah... kita berdua kena saling mengingati. Sebab, kita ni manusia. Kita ni, pelupa. Hari ni abang ingat pasal mati... so abang ingatkan sayang. Nanti bila-bila abang pula yang terlupa... giliran sayang pula untuk ingatkan abang. Okey?" Afiq menyoal di hujung ayatnya.
"In shaa Allah..." Naz terasa panas menyapa muka. Panas sebab malu. Satu, malu sebab nama je adik ustaz, tapi, tak pandai mana pasal agama. Asyik lagha je kerja! Kedua, sebab dipeluk Arash. Walaupun sekarang rasa malu, tapi... saya rasa macam tenang juga dipeluk dia. Otak, saya, tak, centre, rasanya...
"Arash!" Nazliyana tiba-tiba menjerit. Baru teringat sesuatu! Dia angkat kepalanya dari labuhan di dada Afiq. Badannya dialih supaya kembali menghadap si suami.
Afiq kerut dahi, terkejut dengan tindakan Naz. Dia buat dah. Asal aku rasa macam romantis sikit, mesti dia pecahkan suasana. Dahlah tunjuk muka tak bersalah pula tu. Ke... dia memang betul takde rasa bersalah?