Opening.. 🍁

3.1K 92 17
                                    

***

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

*
*
*

         Di dalam sebuah bilik kecil bersuasana suram dan dingin, Hayes duduk pada lantai berkarpet kusam. Setiap pagi, dia akan mengelamun di dalam bilik itu bertemankan alunan musik dari corong radio kecilnya beserta secawan teh hijau. Hampir 4 tahun dia menjauhkan diri dari keluarganya selepas perbalahan yang dimulakannya sendiri. Di kota besar London ini tiada sesiapa yang mengetahui darjat keturunan dia yang sebenarnya, kecuali seorang wanita tua. Dia hanya dikenali sebagai Hayes Costa, lelaki yang bekerja di sebuah kedai buku berhampiran rumah sewanya.

Seperti yang Hayes pernah katakan kepada ibunya dahulu, dia mahu hidup sendiri tanpa mengharapkan sesiapa. Hayes bukan lagi seorang doktor yang diagung-agungkan Liosel. Walaupun begitu, dia masih tetap berdarah bangsawan.

Tring.. tring..

Lamunannya terhenti bila deringan telefon bimbit berbunyi. Dia mencapainya lalu melihat paparan nama pada skrin. Hayes tersengih bila nama kawan yang dikenalinya di negara asing ini sejak 3 tahun lalu sedang menghubunginya.

📞 "Hello," dia menyambut.

📞 "Hey bro.. Wanna go breakfast? It's still early," balas kawannya yang bernama Geo

Hayes menggaru cuping telinga, malas pula rasanya turun dari bangunan tempat tinggalnya hari ini. Tapi dia harus bekerja.

📞 "Um.. saya sedang minum teh, awak pergilah sendiri," jawab Hayes.

📞 "Ah, come on man.. Sampai bila awak nak berkurung? Atau ada seseorang bersama dengan awak ni? Haha.." Geo bergurau.

📞 "Shit.. no one here except me, stupid. Saya tak berkurung pun.. nanti saya nak keluar bekerja," Hayes membalas semula diikuti sengihnya.

📞 "Ok lah, kalau macam tu kita keluar malam ni. Enjoy selagi masih hidup," Geo mengajak.

📞 "Tengoklah macam mana. Nanti saya inform pada awak," kata Hayes.

📞 "Alright Hayes, talk to you later." Ucap Geo.

📞 "Ok, bye."

Panggilan itu pun ditamatkan. Hayes bangkit dari atas lantai kemudian masuk ke bilik mandi. Dia merenung diri di dalam cermin. Kumis halusnya mulai tumbuh pada dagu, dia biarkan tidak dicukur.

Berita tentangnya masih belum diketahui sehingga kini oleh Liosel dan Simon, apatah lagi Sir Cole dan Nic.

         "How are you mom? Dad?" Dia lantas teringatkan kedua ibu bapa yang dia tinggalkan dahulu.

Perasaan sebak mencairkan hatinya. Rindu.. ia memang selalu bermain dalam benaknya. Emosi si pemuda pada waktu pagi ini terganggu diiringi tangisan berair mata bila terkenangkan mereka.

Tanpa seutas benang pada badannya, air pancuran pun dipasang, kemudian dia berdiri di bawahnya. Air mata yang berlinangan pada pipi sedang bercampur dengan air pancuran deras dan menyiram tubuhnya. Hayes.. hanya mampu menangis sebagai ucapan rindu..

HAYES ✅Where stories live. Discover now