Betapa gelojohnya gadis itu melahap makanan yang dibelanja oleh Hayes. Dia menahan niat untuk bertanya sementara gadis itu menghabiskan makanannya dulu. Jam pada tangan Hayes asyik dipandang begitu juga cuaca terik yang mula membahang.
Selepas saja gadis itu menghabiskan santapannya dan menghirup air jus dalam kotak, Hayes terus bertanya kepadanya.
"Siapa nama awak?"
Sambil menarik keluar penyedut plastik dari mulut, gadis itu pun menjawabnya.
"F.. Fawn Haley.." suaranya seakan-akan takut.
"Ok.. Awak nak pergi mana bawa beg besar ni?" Hayes menyambung soalan.
"Balik rumah.." kata gadis itu.
Bila Hayes memandang mukanya, dia dapat menangkap Fawn seperti berbohong. Tapi dia meneruskan soalan lagi.
"Hm.. dah masuk berapa bulan ni?" Jari telunjuk Hayes menunding ke arah perut si gadis.
Fawn menggaru cuping telinga. Soalan itu sungguh menakutkan baginya!
"L.. lima bulan.. tuan.." tapi dia berterus terang saja kerana Hayes nampak seperti orang baik.
"Huh.. jadi lelaki yang buat awak macam ni di mana sekarang? Takkan dia biar awak jalan seorang diri di sini dalam keadaan lapar dan panas terik?" Hayes menambah soalan.
"Erm.. dia.. dia kerja. Saya sebenarnya sedang tunggu dia, lepas tu kami akan balik sama-sama nanti," jawab Fawn.
"Kenapa tak tunggu di rumah saja? Tak baik perempuan mengandung duduk di luar sendirian. Nanti kesihatan awak terjejas," ulas Hayes.
Fawn berdiam diri. Matanya merenung kotak minuman pada tangan. Kata-kata Hayes tidak dipedulikan.
"Hm.. tak apalah. Nah ambil ni buat belanja. Saya bukan nak menyibuk hal awak, tapi awak dan teman lelaki patut berkahwin secepat yang mungkin. Sebab tak lama lagi awak akan melahirkan anak dan dokumen surat kahwin sangat penting. Faham tak?" Hayes menasihati sebagai orang yang lebih tua sambil tangannya menghulurkan beberapa keping duit kertas kepada Fawn.
Tetapi ia tidak disambut. Nasihat Hayes itu pula tidak di sahut.
"Saya bukan bagi sedekah pada awak, tapi ini adalah ehsan dari saya untuk anak dalam kandungan awak tu. Kalau lapar, guna saja duit ni untuk beli makanan. Hm.. saya pergi dulu. Jangan lupa beritahu teman lelaki awak apa yang saya cakap tadi. Bye," sambungnya lagi beserta ucapan selamat tinggal.
Hayes menyisipkan duit kertas itu pada celahan jari jemari Fawn selepas berbicara pendek lalu meninggalkan gadis mengandung itu tanpa menunggu balasannya.
Fawn tersentuh dengan kebaikan yang ada pada diri Hayes walaupun cara percakapannya tegas. Dia memandang lelaki itu pergi sehinggalah sosok tubuh Hayes semakin lama semakin menjauh dan akhirnya hilang dari pandangan mata Fawn. Si gadis tersenyum dalam duka..
******
Hayes pulang ke rumah selepas seharian mencari pekerjaan di bandar. Badannya agak letih dan lesu. Tentang diri Fawn, telah pun dia lupakan. Liosel datang ke arah Hayes yang sedang berehat sebentar di atas bangku sofa dengan membawa jus oren segar untuknya.
"Hai anak mama.. minuman ni untuk awak," katanya.
"Thanks ma.." ucap Hayes. Gelas pada tangan si ibu lantas dicapai.
"Jadi macam mana? Dah dapat kerja?" Tanya Liosel. Bibirnya yang bercalitkan gincu merah menyala mengukir senyuman girang.
Jus diteguk, senyuman ibunya dibalas lalu Hayes menjawab.
YOU ARE READING
HAYES ✅
RomanceI'jien Gracevon@copyright protected ©2019 Genre: Drama, short story Lang : Malay, English oleh sbab ramai reader yg minta special story untuk watak antagonis Silence, Hayes, jadi sy kasi makbul la. ahaha! _4 tahun kemudian... ikuti kisah perjalanan...