Badan Fawn menggigil bak disiram air sejuk tatkala melihat sebuah rumah agam yang besar ketika teksi yang dinaiki mereka berhenti di perkarangan rumah itu. Dia sangkakan Hayes menetap di rumah yang kecil saja, tetapi tidak!
"Err.. ni.. rumah siapa?" Fawn lantas menyoal.
Hayes membayar tambang dan membantu Fawn mengangkat beg besarnya. Soalan itu dijawab selamba saja.
"My home,"
Dup!
Fawn berkeringat dingin, tapi dia tidak percaya! Dia yang sudah keluar dari kereta seperti mahu tidak mahu berjalan masuk ke rumah itu bila Hayes mempelawanya.
"Kenapa tak jalan?" Soal Hayes.
Kaki Fawn bagai dirantai tidak mampu bergerak. Dia berdiri kaku di hadapan Hayes. Jelas sekali dia sedang takut di mata lelaki itu.
"A.. awak ni.. siapa sebenarnya..?" Fawn lantas menyoal si lelaki tanpa menjawab soalan Hayes tadi."Oh? Saya.. orang biasa saja.." Hayes merendahkan diri.
Ia masih belum dapat membuatkan Fawn percaya. Beg yang dipegang oleh Hayes terus direbut dan Fawn ingin berganjak pergi dari situ.
"Eh? Awak nak ke mana pula ni?" Hayes segera menghalang gadis itu.
"Sa.. saya tak boleh terima bantuan dari awak, tuan. Erm.. maaf sebab susahkan awak sampai di sini. Saya nak pergi," balas Fawn yang masih belum mengetahui siapa nama sebenar Hayes dan darjatnya.
"Think of your child. Stay sini beberapa hari dulu, lepas tu saya akan cari pusat jagaan untuk awak berlindung. Lagipun di luar sana bahaya untuk orang macam awak." Pujuk Hayes.
Sukar untuk Fawn menerima bantuan keperimanusiaan yang Hayes tunjukkan. Matanya merenung lantai semen, perut diusap. Demi anak dalam kandungannya, dia pun terpaksa terima pertolongan Hayes itu. Dia berdiam diri selama beberapa minit sebelum bersuara semula.
"Ba.. baiklah. Terima kasih sebab sudi tolong saya," ucap Fawn.
Hayes tersenyum. Tanpa melengahkan masa, beg pada tangan Fawn dicapai dan dia pun membawanya masuk ke dalam rumah ibu bapanya.
Dup.. dup.. dup..
Degupan jantung Fawn mulai kencang, dia berasa tidak sedap hati secara tiba-tiba apatah lagi ketika melangkah masuk ke rumah mewah itu.
Hayes memandang seluruh ruang tamu, tetapi ibunya tidak ada di situ. Fawn diarah duduk sebentar di atas bangku manakala Hayes mencari Liosel di dalam biliknya.
Tok.. tok.. tok..
"Ma?" Hayes memanggil.
"Ya, mama di dalam." Sahut si ibu.
Tidak lama kemudian Liosel membuka pintu biliknya.
"Awak dah balik rupanya? Pergi mandi dulu, lepas tu makan." Kata Liosel.
Hayes mengusap tengkuk, bibir diketap. Sikap pelik itu membuatkan Liosel curiga.
"Ada apa ni? Awak nak cakap sesuatu ke?" Dia menyoal.
"Erm.. ya. Tapi mama jangan marah pula," balas Hayes.
"Awak belum cakap lagi dah sangka mama akan marah. Cakaplah apa benda tu?" Kata Liosel lagi.
Hayes membetulkan posisi berdiri. Keluhan nafasnya jelas kedengaran.
"Hari ni saya.. jumpa seseorang. Dia sangat kasihan.. erm.. buat sementara ni saya nak dia tinggal di sini. Lagipun dia mengandung," terang Hayes.
YOU ARE READING
HAYES ✅
RomanceI'jien Gracevon@copyright protected ©2019 Genre: Drama, short story Lang : Malay, English oleh sbab ramai reader yg minta special story untuk watak antagonis Silence, Hayes, jadi sy kasi makbul la. ahaha! _4 tahun kemudian... ikuti kisah perjalanan...