one

1.6K 84 18
                                    


        Seminggu selepas itu...

          Di rumah agam tempat Hayes membesar, Liosel duduk bersendirian di dalam bilik setelah Simon keluar bekerja pada waktu pagi yang cerah ini. Setiap hari sejak Hayes meninggalkannya, dia selalu saja berharap anak kesayangannya itu akan pulang ke rumah, tetapi ia tidak pernah terjadi. Gambar Hayes ditatap dan dipeluk bagaikan dia benar-benar ada di sisi Liosel.

'Hayes.. bila awak nak balik? Mama rindu awak..'

Liosel mengharapkan kepulangan anaknya dalam bisikan hati. Walaupun dia tidak sebaik ibu yang lain, tetapi kasih dan sayangnya terhadap Hayes dalam sekali. Dia rindu untuk memeluk anak lelakinya, rindukan suaranya dan gelak ketawa mereka seperti dahulu.

Selama hampir 4 tahun juga Liosel tidak bertegur sapa dengan keluarga Sir Cole kerana dia masih cemburu dan bencikan mereka. Berita tentang kelahiran cucu perempuan Sir Cole beberapa tahun yang lalu amat menyakitkan hati Liosel. Harta yang didambakannya serta merta jatuh ke tangan anak kandung Nic setelah dia dilahirkan.

Pernah sekali Sir Cole menjemput Liosel datang ke rumah agam untuk meraikan ulang tahun kelahiran cucunya yang bernama Daisy, tetapi dia dengan angkuhnya menolak jemputan itu. Hanya Simon bersendirian sahaja menjadi wakil setiap kali Sir Cole menjemput.

Sikap sombong dan bencikan martabat orang kampung masih diterap dalam diri Liosel hinggakan muka Apple juga tidak mahu dipandangnya. Apatah lagi pengemis-pengemis di bahu jalan yang meminta sedekah. Tamak; sikap ini menjadi sebahagian dari dirinya. Liosel tidak pernah berubah dari dulu walaupun Hayes telah meninggalkannya. Tetapi bila berkaitan dengan keluarganya, Liosel sangat mengambil berat tentang mereka.

*******

          Malam menjelma menggantikan suasana senja. Hayes menarik bagasinya masuk ke perkarangan rumah setelah keluar dari kenderaan pengangkutan. Dia berdiri kaku sejenak memandang persekitaran rumah agam milik ibu dan bapanya. Hayes tersenyum..

Kepulangannya tidak diketahui oleh Liosel dan Simon. Degupan jantung pemuda itu semasa menjejakkan kaki di hadapan pintu rumah berdetak laju. Jari jemari bergenggaman, dia menutup mata dan menarik nafas dalam. Lalu..

Tok.. tok.. tok..

Pintu diketuk!

Waktu ini ialah waktu makan malam Simon dan Liosel. Mereka tersentak setelah mendengar bunyi ketukan tadi.

         "Siapa pula datang ni? Kawan awak ke?" Liosel seraya bertanya kepada suaminya yang sedang menyantap hidangan.

          "Eh, tiada pula kawan saya kata nak datang. Olga, tolong tengok siapa di depan tu," Simon segera mengarah pembantu rumah untuk meninjau luar rumah.

          "Baik tuan," jawab pembantu rumah berusia itu.

Liosel tidak endahkan orang yang datang dan menyangka orang itu ialah sahabat Simon. Seminit kemudian, Olga berlarian pantas masuk ke ruang makan dengan nafas tercungap-cungap serta mata membesar. Liosel dan Simon terkejut melihat kelakuan Olga seperti ternampak hantu.

         "Tu.. tuan.. puan.. dia.." tergugup-gugup suara wanita itu bersuara. Dia sudah bertahun-tahun bekerja di rumah agam itu sejak Hayes berumur belasan tahun lagi.

Simon bangkit dari kerusi lalu bertanya.

         "Ada apa ni Olga? Siapa yang datang?"

Jari telunjuk Olga menunding ke arah pintu masuk, dia bagaikan diserang asma. Suaranya tersekat-sekat!

         "Hei, awak nampak hantu ke?" Liosel mencelah.

          "Tak puan.. orang tu.." belum sempat Olga memberitahukan siapa, ayatnya lantas dipotong.

HAYES ✅Where stories live. Discover now