Pak! Pak! Pak!Liosel berlari pantas menuju ke pintu belakang rumah sebelum Hayes mendapati Fawn tidak berada di dalam. Dengan nafas yang tercungap-cungap, wanita jahil itu segera menerpa Fawn di belakang rumah banglo yang sedang duduk berpeluk tubuh.
"Hoi! Masuk sekarang!" Arahnya bernada kasar.
Fawn tersentak, tapi dia tidak berdiri. Lalu dia bertanya.
"A.. ada apa puan..?" Dia menyoal.
Geram sungguh hati Liosel melihat sikap lembab si gadis! Tangan Fawn dicapai lalu ditarik kasar!
Zap!
"Kenapa ni puan..?" Fawn terpinga-pinga ketika ditarik masuk ke dalam rumah semula.
"Jangan banyak cakaplah! Dengar sini, awak jangan cakap apa-apa pasal hal tadi pada Hayes! Faham!?" Gertak Liosel.
Fawn menelan air liur gundah, lalu menganggukkan kepalanya tanda akan menuruti arahan.
Setiba saja mereka di ruang tamu, Liosel segera melepaskan tangan Fawn apabila terserempak dengan Hayes di situ.
Hati Fawn melonjak girang bila melihat kedatangan lelaki yang telah menolongnya pulang! Dia berasa selamat setiap kali Hayes muncul.
"Hai, mama buat apa dengan dia di belakang?" Hayes lantas bertanya apabila terlihat ibunya dan gadis mengandung itu masuk dari pintu belakang rumah. Dipandangnya raut wajah dan keadaan diri Fawn yang tidak terurus. Dia curiga.
Liosel berlakon tenang, senyuman dan gelak kecil palsu dilontarkan.
"Oh, hai anak mama haha.. erm.. tadi saya tunjukkan dia keadaan kawasan belakang. Jadi saya temankan dia ke sana.. risau pula mama kalau dia terjatuh atau terlicin.." bijak sekali Liosel mengatur kata! Padahal baru sahaja dia membuli si gadis mengandung!
Hayes menggaru tengkuk. Tapi dia tidak tersenyum langsung. Fawn pula menundukkan kepala tanpa mencelah.
"Betulkah? Ingatkan mama tak suka dia?" Ayat itu seperti sindiran buat Liosel.
Si ibu tersentap dengan jantung berdebar-debar, lalu menjawab.
"Eh kenapa pula cakap macam tu? Tak baik tau fikir yang bukan-bukan.. oh ya, kenapa awak balik awal hari ni?" Sengaja Liosel mengubah topik.
"Saya rasa tak sedap hati. Sebab tu saya balik.. hm.. Fawn, awak dah makan tengah hari?" Hayes menjawab pertanyaan ibunya lalu menyoal Fawn.
Si gadis mendongakkan kepalanya kemudian dengan suara lembut, dia pun menjawab.
"Be.. belum.."
Hayes mengerutkan kening tajam lalu merenung ibunya yang tampak gelisah.
"Sekarang dah jam 1, kenapa tak makan lagi?" Tanya Hayes.
"Erm.. tadi mama ada ajak dia makan bersama, tapi dia kata tak lapar.." Liosel menjawab untuk Fawn dengan kata-kata palsu.
"Saya tanya dia, kenapa mama yang jawab?" Kata Hayes.
Berderau darah panas si ibu! Tapi dia masih berlakon tenang bak air mengalir di sungai. Sikap mengambil berat Hayes terhadap Fawn sangat menyakitkan hatinya!
'Boleh pula awak tanya pasal gadis ni tapi bukan mama!? Kenapa dengan awak ni, Hayes!?'
Bentak hati Liosel yang sudah diselubungi api kebencian.
YOU ARE READING
HAYES ✅
RomanceI'jien Gracevon@copyright protected ©2019 Genre: Drama, short story Lang : Malay, English oleh sbab ramai reader yg minta special story untuk watak antagonis Silence, Hayes, jadi sy kasi makbul la. ahaha! _4 tahun kemudian... ikuti kisah perjalanan...