four

994 72 12
                                    


           "Saya nak pergi kerja dulu. Awak buatlah rumah ni macam rumah sendiri. Jangan segan, ok?" Kata Hayes kepada Fawn sebelum dia berangkat keluar dari rumah pada waktu pagi keesokan hari.

Sambil menggumul jari jemari, Fawn menganggukan kepala tanda faham.

         "Baik.." sahutnya.

Setelah itu, Hayes pun keluar dari rumah selepas saja bersarapan pagi bersama kedua-dua orang tuanya dan Fawn.

Malam semalam Simon agak terkejut melihat gadis mengandung yang tidak dikenali berada di rumah itu. Tetapi setelah Hayes menerangkan segalanya, dia terpaksa menerima kehadiran Fawn tanpa menghalang. Gadis itu juga sememangnya perlukan bantuan. Tapi hanya Liosel saja yang membantah dalam diam.

Tidak lama kemudian, giliran Simon pula keluar pergi bekerja. Liosel seperti biasa hanya mengoyangkan kaki di rumah tanpa melakukan apa-apa.

Semasa pembantu rumah mengemaskan meja makan, Liosel seraya memanggil Fawn yang baru saja masuk ke dalam bilik.

          "Hei budak! Keluar sekarang!" Pekiknya di hadapan pintu bilik.

Saat Fawn mendengar suara kasar itu, jantungnya berdegup kencang sekali. Tanpa berlengah dia pun membuka pintu sambil mengusap perut memboyotnya.

          "Y.. ya, ada apa puan?" Sahut Fawn.

Dengan tangan mencekak pinggang, Liosel terus menengking si gadis mengandung.

          "Lepas makan terus masuk bilik!? Pemalas! Dahlah menumpang di rumah orang, perangai tak ubah macam babi di kandang tunggu diberi makan! Awak keluar sekarang, pergi bantu orang gaji saya di dapur!" Liosel menghamun diri Fawn tanpa mempedulikan suaranya didengari oleh pembantu rumah.

Betapa pedih dan luluh hati Fawn! Dia tidak menjawab sepatah kata pun, lalu kakinya bergerak perlahan-lahan meninggalkan bilik. Rasa takut dan malu bercampur hinggakan dia menitiskan air mata.

Liosel yang berada di belakangnya menolak-nolak bahu si gadis. Dia tidak ada rasa simpati langsung terhadapnya.

          "Rumah ni bukan kebajikan. Kalau nak makan percuma, buat kerja! Dengar sini ya, kalau awak cuba goda Hayes, habis awak saya kerjakan! Murah betul sampai sanggup tidur dengan lelaki! Muda-muda lagi dah gatal!" Sekali lagi Liosel mencaci Fawn.

Sungguh Fawn tidak menyangka sikap ibu Hayes sebegitu rupa! Di hadapan anaknya dia mesra berhabisan, tetapi bila Hayes tidak ada di situ, keluar segala iblis yang timbul dari dalam diri Liosel! Segala caci maki yang dilontarkan dari mulut si wanita jahil itu menghentam-hentam hati kecil Fawn. Di usia yang muda begini, dia harus menghadapi segala kesukaran hidup.

           "Jalan cepat sikitlah bodoh! Hei.. menyemak saja di rumah ni. Memalukan perempuan!" Bentak Liosel.

Baju Fawn ditarik kasar sehinggalah tiba di ruang makan. Dua orang pembantu rumahnya cuma berdiam diri semasa Liosel menghina Fawn di sana.

           "Kamu ajar budak ni buat kerja. Kalau dia tak buat apa-apa, beritahu saya. Lepas ni suruh dia basuh kain. Faham!?" Arah Liosel pada dua orang pembantunya.

           "Baik puan," sahut salah seorang dari mereka.

Awal pagi lagi Liosel mengaum bak harimau. Selepas itu dia pun berganjak dari ruang makan. Air mata yang mengalir pada pipi dikesat lembut, lalu Fawn membantu orang-orang gaji Liosel melakukan kerja rumah.

           "Hm.. maaflah adik, kami tak dapat tolong awak. Puan Liosel memang panas baran. Dia tak suka golongan macam kita ni.. sabar sajalah." Kata pembantu rumah yang sudah berumur semasa memungut pinggan di atas meja.

HAYES ✅Where stories live. Discover now