six (final)

1.6K 105 41
                                    


             "Huh!?"

        Terbungkam mata si ibu terdengar jeritan itu! Badannya berpeluh, jantungnya berdegup kencang bagai dibadai ribut. Rupa-rupanya dia cuma bermimpi tadi. Ia seakan-akan realistik hinggakan tubuhnya menggeletar ketakutan! Matanya memandang sekeliling bilik lalu dia menghembuskan nafas lega. Sejak beberapa jam lalu dia terlena tidur selepas mencederakan Fawn. Keringat pada dahi dikesat sambil mulutnya mengomel sendirian.

           "Sialan! Mimpi rupanya? Dah pukul berapa ni?" Katanya lalu memandang jam dinding.

Ia menunjukkan pukul 12:00 tengah hari. Liosel segera turun dari katil dan keluar dari bilik mencari Fawn.

Tapi saat kakinya menuruni anak-anak tangga, dia terdengar suara esakan si gadis di ruang tamu dan juga suara anak kesayangannya! Debaran pada jantungnya bergolak lagi! Dia kuatkan hati untuk berjumpa sendiri dengan Hayes di situ.

Ketika dia datang, Hayes sedang menyapu ubat luka pada dahi Fawn yang lebam. Bila dia terpandang si ibu, Hayes berdengus keras dan lantas mengalihkan pandangannya ke arah lain.

Liosel pula memberanikan dirinya saja menyapa si anak.

           "Hai Hayes.. awak tak kerja rupanya?"

Ia tidak disahut. Hayes menganggap suara itu seperti angin saja. Fawn tidak berani memandang wanita itu langsung.

            "Hayes.." Liosel bersuara lembut kononnya ingin bermesra.

Hayes berdiri dari bangku sofa lalu merenung ibunya dengan muka berang.

            "What have you done to her, mom? Kenapa dahi dia lebam? Kenapa dia buat kerja yang tak sepatutnya? Hah? Dia bukan orang gaji! Kenapa mama layan dia teruk macam ni!?" Hayes terus saja menengking Liosel.

             "Mama tak tahu apa-apa Hayes.. tadi dia terjatuh. Lagipun dia sendiri nak buat kerja tu semua.. mama tak paksa." Si ibu berbohong!

             "Saya tak percaya dengan apa yang mama cakap! Walaupun Fawn tak beritahu sebabnya, tapi saya tahu.. memang ni semua kerja mama! Betul kan!?" Jerkah Hayes lagi.

Liosel menggeleng-gelengkan kepala tidak mahu mengakui perbuatannya sendiri. Dia berjalan laju ke arah Hayes lalu mencapai tangan anaknya itu.

            "Kenapa awak tak percayakan mama? Takkanlah mama sanggup dera dia sampai lebam macam ni? Tentu dia berbohong pada awak supaya awak fikir mama ni jahat!" Kata Liosel.

Fawn yang mendengar hanya mampu menangis. Ingin dia bersuara namun ketakutan menyelubunginya.

             "Tak payah cakap banyak lagi, ma. Kali ni saya maafkan.. tapi saya tak akan percaya 100% dengan apa yang mama katakan! Cukuplah sakiti hati orang lain." balas Hayes.

               "Mama kandungkan awak 9 bulan dan besarkan awak dengan baik, sanggup awak jaga orang lain tapi saya awak biarkan!? Mama dah tua dan perlukan jagaan awak, bukan budak mengandung ni!" Bentak si ibu. Sakit sekali hatinya bila Hayes lebih prihatinkan Fawn dari dirinya.

               "Saya memang akan jaga mama, tapi gadis ni perlukan perhatian! Sebab tiada yang pedulikan dia lagi, mama faham tak? Saya ingatkan mama akan layan dia baik-baik, tapi lain pula yang terjadi. Mama tak pernah berubah dari dulu!" Hayes melawan.

Perbalahan mereka tercetus lagi seperti dulu. Semua ini gara-gara sikap Liosel yang angkuh dan sombong serta pembenci.

           "Huh.. saya tak nak keruhkan keadaan lagi macam dulu. Saya juga tak akan tinggalkan mama, tapi hanya satu saya minta. Tolong jangan halang apa saja saya lakukan. Saya mahu jaga gadis ni sampailah dia melahirkan anak. Kalau tidak, saya tak akan teragak-agak untuk tinggalkan mama lagi.." Hayes memberi amaran kepada ibunya sendiri.

HAYES ✅Where stories live. Discover now