Pai San dan Shan Kai menghampiri Kiat Vui. Mereka tidak sangka bertemu dengan idola mereka di tempat yang terbuka begitu sahaja."Kiat Vui! Tidak sangka bertemu kamu di sini" kata Pai San dengan teruja. "Kami ialah Shan Kai dan Pai San, peminag setia kamu" sambung Shan Kai.
"???" tiada respon bagi Kiat Vui yang kehairanan. "Abang, mereka ni peminat abang lah" kata Xue Jee. "Oh! Hohoho! Ya, saya ialah Kiat Vui, penyiasat terkenal kota kita! Dan penolong kepada Komander tentera kita" kata Kiat Vui dengan megah. "Wah!! Tuan Kiat Vui, sila jadi sifu kami, berilah tunjuk ajar bagaimana nak jadi pengintip upahan" kata Pai San sambil tunduk. "Neh, tu nanti, jom kita makan dulu" pelawa Kiat Vui. Mereka semua makan dengan gembira sambil berbual
"Pai San, tambah lah lagi," pelawa Li Mei. "Ok!" kata Pai San dan terfikir.
"Eh tu Li Mei! Apa salahnya saya soal dia pasal hubungan dia dengan Bai Que"
"Ehem, Li Mei, awak ada sebarang hubungan dengan Bai Que? Macam, kekasih?" kata Pai San sambil mengunyah dim sum buatan Kiat Vui.
"Hubungan? Haha... Tak lah... " kata Li Mei sambil tertawa. Shan Kai pun berbisik kepada Pai San "pstt... Mereka memang pandai berahsia".
Kiat Vui menjeling mereka, dan berkata "Pai San dan Shan Kai, ada perkara nak beritahu saya?" kata Kiat Vui. Tertimbul satu idea dari otak mereka yang dungu itu, mereka membawa Kiat Vui tidak jauh dari situ kononya ingin berbincang sesuatu.
"Psst, Kiat Vui, kalau kau nak tau, nak kami siasat hubungan Bai Que dan Li Mei. " kata Pai San kepada Kiat Vui.
"Pasal tu je? Ala.. Tak payah nak sibuk hal diorang, nanti kena sembelih baru tahu." kata Kiat Vui dengan relax.
"sekurang kurangnya ajar lah kami jadi pengintip macam awak" pujuk Shan Kai.
"ok, tapi nanti, dah nak pukul tiga, perlu hadiri latihan ni." kata Kiat Vui membawa mereka berlalu pergi.
**
"Oh ya! Dah hampir pukul tiga! Jom pergi!" ajak Xue Jee menarik lengan Siew Fang dengan Li Mei."yang bekal makanan ni macam mana?" soal Siew Fang.
"Neh, biar jak si Kiat Vui tu susun." kata Xue Jee.
***
Setibanya di dewan, mereka melihat ramai orang yang telah datang di situ. "Hei, awak gementar? Tak mengapa, kami pun baru tahun ni mula" kata Siew Fang kepada Li Mei. "Awak pun ketinggalan setahun?" kata Li Mei. " Ya, lagipun pasal naga entah apa ni saya tak peduli pun" kata Xue Jee.
Mereka semua berbaris di tempat yang ditetapkan oleh guru mereka. "Ok semua, setelah berbaris, saya nak yang baru belajar menguji kuasa mereka, agar saya tahu jenis kuasa mereka, bermula dengan awak, gadis berbaju putih berhiaskan bintang dan bulan di rambutnya". Kata guru mereka sambil menunjuk Li Mei.
"Saya?" kata Li Mei lalu berdiri. "Ya??? Awak, cepat uji, saya perlu ketahui semuanya. Kalau tak tahu kuasa kamu semua,macam mana saya nak latih kamu" kata guru mereka.
Li Mei berdiri dan tampil kehadapan, di cuba bertenang daripada rasa gementar dia. "Sekarang letak lengan awak di atas telapak tangan saya, " kata gurunya sambil menganjurkan lengan.
Li Mei meletak lengannya, namun begitu, riak muka gurunya berubah, dan mata nya terbeliak. "Encik Po? Apa terjadi?" tanya Li Mei dengan risau.
"Kamu mempunyai kuasa menyembuhkan semua orang tercedera, kemudian, kamu pandai dalam peperangan, dan yang paling mengejutkan, kamu ni mempunyai kemampuan mengawal Ying dan Yang..." kata gurunya.
Semua pelajar di dewan berbisik sesama sendiri, kecuali Siew Fang dan Xue Jee, kerana abang abang mereka telah memberitahu semuanya kepada mereka tentang Li Mei, jadi tidak hairanlah mereka mendengar semua itu, walaupun pada mula nya terkejut.
Li Mei hanya tenang dan seperti tidak peduli, kerana Li Mei tidak tahu apa keistimewaan kuasa yang dia ada.
"Ermm...jadi?" kata Li Mei.
"Jadi? Apa maksud awak, beritahu saya, siapa ibu atau ayah awak" kata guru dia.
Datang satu suara dari jauh,
"Dia ialah pewaris kepada Chang'E, dewi bulan kita" kata Bai Que dari jauh.
Sambungnya lagi,
"Saya nak awak panggil Kiat Vui, encik Po, beritahu dia yanb saya jadikan dia guru kepada Li Mei secara persendirian, dan pastikan dia tidak diganggu secara fizikal dan mental oleh pelajar lain" kata Bai Que.
Semua pelajar lain berbisik, "Anak Chang'E? Bukankah anaknya sudah meninggal?" kata sorang demi sorang.
"Encik Po, panggil Kiat Vui, dan Li Mei, sila ikut saya ke bilik khas" kata Bai Que membawa mereka pergi.
Sempat juga Li Mei menyoal.. "Boleh saya bawa Xue Jee dan Siew Fang?" kata Li Mei dengan takut.
"Ah...Li Mei,... Jangan.. Jangan..." kata Xue Jee dengan nad yang sangat perlahan seakan berbisik kepada Li Mei.
"Hmm... Boleh, panggil mereka sekarang dan sertai kamu" kata Bai Que.
Xue Jee dan Siew Fang berdiri dan mengekori Li Mei. "yaaay" kata mereka bertiga dalam keadaan berbisik.
"Eh jap, kalau macam tu, maksudnya, Kiat Vui sertai kelas kita juga?" kata Siew Fang.
"Ya, habislah, abang saya akan memggoda kamu..hehe" kata Xue Jee
"Habislah..".
Kata Siew Fang
YOU ARE READING
He is lord of Dragon(Malay)
Fantasía#18+ maybe, just read it and u know# Nama Ku Then Li Mei, aku seorang perempuan berusia 19 Tahun. Pada Dinasti Hsia,China, penjajahan antara Raja serta peperangan sering berlaku, ibu bapa ku terbunuh dan aku jadi anak yatim semasa usiaku mencecah 13...