Setelah habis kelas pertama, Li Mei, Siew Fang dan Xue Jee terserempak dengan beberapa sekumpulan lelaki yang nakal, lebih dikenali pembuli,
"Hey hey! Tengok, Xue Jee... Dan rakan nya!" kata Jinyuan mengambil beg Xue Jee dan berlari. "Hei pulangkan! " kata Xue Jee mengejar Jinyuan. "Li Mei! Siew Fang! Kamu dua pulang dulu" teriak Xue Jee sambil berlari.
Li Mei yang risau mula gelisah, dia risau jika terjadi apa apa terhadap Xue Jee, manakala, Siew Fang tidak risau, kerana perkara ini sering berlaku sejak mereka kecil dahulu.
***
"Jinyuan! Jangan lari dari saya! " teriak Xue Jee mengejar Jinyuan. "Kejarlah saya! Hahah" kata Jinyuan sambil berlari, tanpa disedari, mereka telah berlari masuk ke tengah hutan yang gelap dan tebal. "Jinyuan! Berhenti! " kata Xue Jee. Jinyuan masih tidak berputus asa dan terus berlari tanpa menoleh kebelakang, sehingga, Jinyuan hampir jatuh ke gaung, dan berpaut pada dahan pokok. "Jinyuan! Pegang tangan saya! " kata Xue Jee menghulurkan tangan. Jinyuan mencapai tangan Xue Jee, namun begitu malang, tanah begitu licin sehingga mereka teergelincir jatuh ke bawah. "Jinyuan! " teriak Xue Jee memeluk lengan Jinyuan. "Bertahan Jee! " teriak Jinyuan dan segera berubah menjadi naga dan segera menyuruh Xue Jee menunggangnya, namun mereka berdua hilang kawalan, Jinyuan terlanggar batu yang besar dan terhempas di atas tanah. Xue Jee tidak tercedera , hanya mengalami cedera ringan seperti luka di bahagian lengan dan lutut, mujurlah dia terdampar di atas badan Jinyuan yang telah berubah ke tubuh asalnya.
"Jee? Kamu ok? " tanya Jinyuan memengang tangan Xue Jee. "Ya saya okey, cuma, kamu sekarang cedera teruk, jadi jangan banyak bergerak, saya cuba dapatkan bantuan" kata Xue Jee memandang sekeliling.
"Maafkan saya Jee, kerana saya, kita terdampar disini" kata Jinyuan dengan sedih.
"Tidak mengapa, sekurang kurangnya kita ada pengamlaman baharu, dan hei! Saya rasa kita boleh ke atas melalui laluan batu yang tersusun seperti tangga tersebut! Cuma mengambil masa sebab gaung ini sangan dalam." kata Xue Jee memapah Jinyuan.
***
Hari semakin gelap, perkara ini merisaukan Kiat Vui. "mana adik saya ni? Dah gelap dah ni? Bagaimana kalau apa apa berlaku terhadap dia? Saya mesti cari dia! " kata nya dan segera pergi ke Shan Kai dan Pai San untuk mencari bantuan.
****
Xue Jee yang memapah Jinyuan mula keletihan dan memutuskan untuk berehat dan memetik buah daripada pokok buah ceri yang tersapat di sekitar mereka. "Mesti kamu lapar kan Jinyuan? Saya ada dapatkan kita buah ceri" kata Xue Jee memberi buah kepada Jinyuan. "Terima kasih" kata Jinyuan merenung tepat ke arah mata Xue Jee. Lalu mula tertimbul persoalan di kepalanya, "Jinyuan, kenapa kamu sering membuli saya, sejak kita kecil? " kata Xue Jee. "Saya akan jawab pertanyaan kamu apabila kita balik nanti" balas Jinyuan.
Dalam setengah jam kemudian, mereka dua tidur dalam keadaan keletihan. "Hei! Itu mereka berdua! " teriak Pai San dan membawa Shan Kai dan Kiat Vui ke arah mereka. Mereka segera membawa Jinyuan dan Xue Jee ke tempat rawatan.
Setelah mereka berdua sedar, mereka menceritakan apa yang berlaku kepada Kiat Vui dan yang lainm
"Apa? Nasib kamu berdua tidak apa apa" kata Li Mei dengan risau.
"Begini lah, oleh kerana saya guru kepada kamu, saya benarkan kamu berdua bercuti selama 1 haru untuk berehat" kata Kiat Vui dan membawa yang lain beredar agar tidak menganggu mereka berdua berehat.
"Oh ya Jinyuan! Kamu belum jawab pertanyaan saya tadi! Jadi sila jawab sekarang! " kata Xue Jee
"Kamu nak tahu kebenaran! Sebenarnya, saya suka awak! " kata Jinyuan, dan suasana menjadi sepi.
"saya menaruh perasaan saya terhadap awak, sejak saya kita berusia 12 tahun... Dah bertahun tahun saya memendam, sekarang saya terlah luahkan,... " luahan Jinyuan terhadap Xue Jee
YOU ARE READING
He is lord of Dragon(Malay)
Fantasía#18+ maybe, just read it and u know# Nama Ku Then Li Mei, aku seorang perempuan berusia 19 Tahun. Pada Dinasti Hsia,China, penjajahan antara Raja serta peperangan sering berlaku, ibu bapa ku terbunuh dan aku jadi anak yatim semasa usiaku mencecah 13...