Bab 5

223 16 0
                                    

"Bang, mana anak kita nie bang...dah malam nie....tak balik-balik, selalu selepas matahari terbenam baru balik..nie tak dah malam-malam buta gini..tak balik-balik lagi..saya risau laa bang..jom laa cari" kata marina, bonda raisya dengan muka risau nya...

"Anak kita tu dah besar laa yang, kejap lagi balik laa tuu" kata  carl, ayahanda raisya cuba untuk menenangkan isterinya itu...haih..'saya pun risau juga anak kita balik nie' kata dalam hati carl..dia kena laa tunjuk macho depan isteri dia...haih laa..time-time macam nie pun nak tunjuk macho ke..keselamatan anak tuu penting uittt....

"Jom , kita masuk dalam dulu...duduk-duduk tenangkn awak dulu" ajak carl.


"Yela" kata marina sambil melangkah ke rumah agam mereka yang terlalu besar.

*pin pin pin*


"Abang! Anak kita dah balik bang" kata marina lalu keluar untuk menyambut raisya, anaknya. Begitu juga carl...'bapak mana yang tak risau anak daranya tak balik oi' kata carl dalam hatinya.


"Assalammualaikum..Bonda, ayahanda...raisya minta maaf sebab balik lambat, tadi perut raisya buat hal...jadi raisya tumpang rumah orang lain kt tepi jalan masa raisya nak otw balik" kata raisya sambil menyalam ayahamda dan bondanya.


"Waalaikumsalam... Tapi kenapa tak call ayahanda ngan bonda??? Tahu tak bonda risau sangat kat kamu...selalu kamu pulang sebelum matahari terbenam..nie dh bulan muncul baru balik??" Mula dah membebel bonda raisya


"Ye bonda, raisya minta maaf...raisya janji, nanti apa-apa raisya inform kat bonda dulu k?? Dh dh..jom laa masuk ayahanda,bonda...tak baik duduk kt luar nie..nanti bonda ngan ayahanda masuk angin pula..demam kang risau raisya nanti" seraya ketawa kecil ingin bergurau dengan kedua orang tuanya


"Ish budak nie..bonda dan ayahanda kamu dah tua dah..apa yang dimasuk angin nya...bonda ngan ayahanda bukannya budak kecik lagi" kata bonda lalu masuk kedalam rumah. "Ha raisya, kamu dah makan belum?? Bonda ada masak lauk tuu" kata bonda melihat anak nya menaiki tangga untuk masuk ke dalam biliknya


"Tak pela bondaa, raisya dah makan ngan bella...raisya kenyang lagi nie..nanti kalau raisya lapar..raisya turun makan k? Selamat malam bonda..ayahanda...assalammualaikum" lalu menaiki tangga...satu sahaja tujuan raisya...katil!


Raisya terlalu penat...dah laa baru lepas hiking terus keluar makan ngan bella...lepastu perut buat hal...malam pukul 12 baru sampai kat rumah ..


'ARGH!! PENATNYA!!!' Kata raisya dalam hati.


Setelah raisya mandi, lengkap dengan pakaian...dia pun duduk atas katil nya..sambil bersila...dia terasa pelik dengan rantai yang dipakainya...dia dapat hadiah dari ayahanda nya semasa harijadi nya yang ke-17 tahun. Bila ditanya dimana ayahandanya dapat rantai tersebut..ayahanda nya mesti akan cuba mengelak dari soalan yang Raisya beri.

"Ermmmm...sejak aku pakai rantai nie...hidup aku pelik-pelik lah" raisya cakap seorang diri.



"Argh!! Tak pelah...asalkan rantai nie cantik..tapi tuu
laa..nampak macam misteri...eee seram" meremang pula bulu romanya..



"Eh..syuh syuh...aku nak tidur...huarghhh menyesal pula aku fikir bukan-bukan tadi..baik aku tidur" lalu menutup lampu disebelah katil nya..kemudian menyelimuti dirinya.


Selepas membaca doa tidur..raisya pun ingin melelapkan matanya.



"Huargh~goodnight world" kata sambil menguap besar sebaik cantik..ish tak senonoh punya anak dara.

🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸

"Macam mana?? Kau ada dapat apa-apa inform tentang dia tak??," kata lelaki tersebut yang duduk diatas kerusi sambil membelakangi gadis tersebut.


"Memng betul..rantai yang ada pada dia..rantai yang selama nie kita cari"kata gadis itu.


"Kenapa kau tak amik dari dia?? Kau ada kuasa sedangkan dia?? Dia tak tahu cara nak guna kan rantai tuu macam mana"kata lelaki tersebut lalu bangun untuk menghampiri gadis yang didepan nya sekarang.


"Memang laa aku nak amik,tapi aku rasa ada orang lain yang jaga dia...aku dapat rasakan 'dia' ada dekat situ awasi budak perempuan tuu"


"Abis? Kau takut ngan 'dia'? Kau takut kau mampus kat tangan dia..sebagaimana ayah kau dibunuh oleh 'dia'" kata lelaki tersebut dengan senyuman sinis.



"Aku, kalau boleh memang nak bunuh 'dia'...tapi aku........"


"Aku apa?? Huh" dengan senyuman yang menjengkel kan "aku tak nak tahu tentang 'dia' yang aku nak rantai dekat budak perempuam tuu..ingat! Kalau kau tak dapat kan rantai tuu dari dia..aku akan cari budak tuu sendiri..lepas tu kau tahu-tahu jela apa yang aku buat dekat kau lepas tuu" kata lelaki tersebut lalu meninggalkan gadis tersebut bersendirian didalam bilik itu.



"Argh!!! Aku benci kau! Apa yang kau nak..semua aku buat laa bodoh!! Kau senang-senang je nak ungkit tentang kisah silam aku!! Argh!!!!" Kata gadis tersebut dengan amarahya dekat lelaki itu. Gadis tersebut menghempas semua barang yang ada dekat atas meja itu




























Siapa si 'dia'??







VAMPIRE IN YOUR MINDWhere stories live. Discover now