'Jangan tinggalkan saya lagi, saya takut. Tak ada siapa yang nak tolong saya. Tolong'
Makin lama semakin hilang kelibat seseorang itu mengikut cahaya tersebut.
'Awak! Ja..jangan tinggalkan saya, hiks! Saya hiks! Saya takut dan sayaa! Saya sayangkan awak!!!'
Lalu lelaki itu hilang dari pandangan nya.
'Awakk!!!!'"Huh!! Huh!!" Raisya bangun dari tidurnya...degupan jantungnya begitu laju. Fuhh, 'mimpi apa jela yang ada kat fikiran aku nie haish'
"Ha?! Baru bangun??? Dah siap cepat kita nak sarapan lepastu baru kita exercise sikit sebelum nak teroka hutan tu" bella yang hanya membuka pintu bilik raisya tanpa ketukan membuatkan raisya ingin membaling bantal figura yang membuka pintu tanpa mengetuk.
"Ish! Kau nie bella, ketuk laa dulu pintu igangguk sambil menggosok matanya.
"Yang kau dok tercegat kat situ kenapa?? Cepatlah!" Suara bella yang tinggi itu membuatkan raisya kembali ke dunia realiti dan cepat bangun lalu mengambil tuala dan pergi ke tandas.
"Okay okay" raisya kelam kabut berlari.
🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸
Raisya melihat dirinya di pantulan cermin.
"Erm apa erk" guman raisya melihat dirinya di cermin
"Tie hair ponytail style check✅
Use tshirt long spring sweat check✅
Pars to track check✅
wearing a cap check✅ erm apa lagi erk??" Raisya merenung dirinya nya"Raisya!!!!! Dah siap belum cepatlah aku lapar nie tunggu kau berjanggut laa woi!!" Suara bella bergema satu rumah bila menjerit.
"Aduh! Kejap!! Kejap!!" Jerit raisya seolah-olah bella berada di lautan pasifik. Hahaha
Raisya terus keluar dari bilik, sebelum ingin mengunci pintu bilik nya, dia memeriksa beg yang disandang nya jika ada barang yang tertinggal.
"Amboi, aku dah mcm nak berkelah dah HAHAHA" Raisya berbiacara dengan diri sendiri nya melihat barang yang dibawa didalam beg.
Setelah mengunci, dia pun pergi ke dapur dan melihat bella sudah pun menjamah nasi goreng ayam dan milo panas yang dihidang oleh bella.
"Amboi kot iye pun lapar, minum laa air tu dari tadi aku tengok kau makan tak minum-minum air nya HAHAHAHA" Raisya menegur bella makan dengan gelojoh.
Hampir tersedak bella apabila ditegur oleh suara tersebut."Kau tuu haa lambat sangat, aku makan laa..lapar kot" bella berkata dengan isi mulutnya yang penuh dengan nasi goreng.
"Wo! Wo!! Rileks laa bell, okay okay makan elok-elok jangan gelojoh" raisya pula yang seram melihat bella yang makan dengan lahapnya.
Selepas mereka berdua bersarapan mereka ingin mengunci rumah tersebut tiba-tiba...
"Wei!! Wei!!! Kejap! Aku baru ingat yang aku punya rantai tertinggal kat dalam rumah, kejap jangan kunci dulu bell" jerkah raisya kepada bella yang sedang mengunci rumah.
"Ish, kau nie yela yela, cepat sikit dah nak pukul 9 nie kita dah lambat"
"Haish, rupanya tuu yang aku lupa, rantai aku lupa nak pakai rupanya" selepas membuka pintu biliknya dia terus mengambil rantai nya yang berada di atas katil yang sedang tersusun kemas dan memakai nya terus.
"Haih sebaik aku ingat kau, eh eh??? Bella aduh nanti dia marah pula aku lambat pula"
Pov raisya.
"Bell dah jom gerak" kata aku kepada bella yang sedang membuat senaman ringan-ringan.
"Dah ke??? Nah kau kunci rumah tuu, penat pula nak kesitu" bella membaling kunci kearah aku, nasib baik aku sempat tangkap.
Setelah mengunci nya, aku dan bella pun berjalan kaki ke hutan tersebut. Alah hutan tuu dekat je dengan tempat yang kitaorang duduk, sambil-sambil jalan tuu aku dengan bella bercerita-cerita aktiviti apa selanjutnya kami akan lakukan.
Dari jauh aku nampak ada figura yang berpakaian lesu tetapi menutupi mukanya dan duduk sambil menghulur tangan nya ke atas manakala muka nya ditundukkan.
"Bell, kau nampak apa yang aku nampak??"
"Dah, kau abaikan je rai. Orang sini memang cakap yang lelaki tuu memang duduk situ" bella menarik tangan aku dan berjalan laju melintasi figura tersebut.
Tapi aku terhenti dek kedengaran suara tersebut. Bella pun serentak berhenti bersama aku dan bertanya dekat aku kenapa tapi aku cakap tak ada apa-apa.Bella pun mengenggam tangan aku dengan erat dan berjalan laju, aku memandang figura tersebut dan figura tersebut memandang aku juga tetapi bukan dengan muka yang biasa tetapi dengan senyuman yang manis, dan figura tersebut bukan nya orang yang sudah berusia tetapi lelaki muda yang tampan.
Semakin lama bella menarik aku laju sekali, apabila aku memandang ke belakang lagi, lelaki tersebut dah hilang.
Dan automatik aku berhenti, bella pula terkejut"Rai kau asal???" Bella memandang aku tak puas hati.
"O...orang tuu dah hilang dah..sedangkan tadi kita tadi baru je lalu"
"Yang kau nak peduli sangat kat orang tuu kenapa??? Biar je dia. Kita dah nak sampai nie , okay?" Lembut sahaja percakapan bella.
"Ye..yela, ermm bell aku nak tanya" aku takut pula nak tanya dekat bella bila dia buat muka tak puas hati dengan aku tadi..erm maybe sebab aku buat perangai kot. Eh! Memang kau buat perangai pun raisyaa. Aku mengetuk kepala ku sambil menunduk.
"Yang kau ketuk kepala kau sendiri tuu kenapa??sewel ke???"
"Eh? Bu...bukan aku just nie haa gatal pula bahagian kepala aku nie, tak dapat nak garu aku ketuk la ha hilang laa sikit aku punya gatal tuu hahahaha" hambar je lawak bodoh aku..bella pula pandang aku dengan kening sebelah nya terangkat.
"Erm yela, ha kau nak tanya apa tadi?" Bella hanya berjalan meninggalkan aku bersendirian di belakang dan aku lari dapatkan bella, ish bella nie kang ada momok...uih naya nyaa...
"Tak ada papelah, eh?!!! WAHHHH!!! Bell cantiknyaaaaaaa"
Aku teruja apa yang berada dihadapan kami berdua.
"Lawa en??? Sebab tuu aku ajak" bella pun berjalan tetapi aku meneliti dahulu luaran hutan nie.
Aku memandang di sekeliling tak ada burung seekor pun walaupun terbang, kicauan burung pun aku tak dengar.
Aku mengangguk dan pergi mula masuk kedalam hutan yang tak lama lagi aku terokai dan akan terjadinya benda yang aku tak suka dari kecik lagi sampai sekarang
Bella siap sedia untuk mendengar jeritan aku nanti dekat dalam hutan nanti..fuh...
So guys?? Apa khabar kamu semua???
Macam duduk kuarantin, author nak tahu juga mana tahu boleh share pengalaman kan HAHAHA.DON'T FORGET VOTE AND SHARE MY STORY READERS❤❤❤
YOU ARE READING
VAMPIRE IN YOUR MIND
FantasyTHE VAMPIRE IN YOUR MIND 🌸maaf slow update✅ Mengisahkan tentang seorang gadis yang menyukai tentang alam sekitar. Dia sanggup pergi ke dalam hutan untuk menerokai apa yang ada didalamnya. walaupun itu adalah hutan larangan. Sehinggalah dia pergi ke...